bab5

79.5K 1K 9
                                    

"Nak ke mana lagi?" Soal Akmar ketika aku sedang memperbaiki lipstick yang sedikit comot didalam cermin

"Taman.." jawabku sepatah. "Buat apa?" Akmar mengerutkan dahi. "Jalan je lah.." aku menjelingnya.

"Comel cousin awak yang nama Syafika tu.." Akmar memecahkan kesunyian didalam kereta. Aku menjelingnya. "Pergi lah puji depan dia.. puji depan saya bukan dapat apa." Aku menarik muka.

Gatal.. suka hati je puji sepupu aku. Aku yang lagi cantik ni dia taknak puji pula?

Kereta dihentikan.. kami berdua keluar dari kereta bersama..

"Chocolate dan.." aku memandang Akmar yang berdiri disebelahku.

"Awak nak ais krim perisa apa?" Soalku sambil menyiku lengannya ketika dia sedang memandang gadis yang sedang merenungnya ketika melintas dibelakangku.

"Strawberry." Jawabnya sambil tersenyum.

"Eh adik.." penjual ais krim memandangku. Aku menguntumkan senyuman. "Lamanya tak nampak.." dia memandang Akmar yang berdiri disebelahku. "Boyfriend ke?" Soalnya sambil mengeluarkan kon ais krim. Aku memandang Akmar.

"Suami.." jawabku sambil mencapai ais krim perisa strawberry milik Akmar.

"Awak punya.." aku menghulurkan kepadanya. "Suami? Tak jemput pakcik pun.." aku tertawa kecil. "Nanti kenduri, saya jemput." Jawabku ketika Akmar sedang menghulurkan kertas berwarna merah kepada pakcik penjual ais krim.

"Saya boleh bayar.." aku merenungnya tajam. "Tak apa lah suami yang bayarkan.." kata pakcik penjual ais krim sambil tersenyum sumbing memandang kami.

Ais krim berperisa coklat bertukar tangan. "Thanks.." aku menguntumkan senyuman. "Nak jalan jalan dulu?" Soal Akmar sambil memegang tanganku.

"Tak.. saya kan puteri lilin, mana boleh kena panas, nanti cair..awak nak ke kumpul cecair saya?" Aku mencebik. Akmar tertawa kecil. "Tak apa lah.. saya lindung awak." Akmar berdiri dihadapan cahaya matahari.

"Tak payah lah.." aku menariknya ke sisi kembali.

"Saya nampak awak jeling perempuan tu tadi.." gumamku perlahan. "Apa dia?" Akmar menoleh ke arahku. "Jom lah balik.." aku menarik lengan baju miliknya, "gatal..." gumamku sendirian.

"Ye.. kejap."

Sebaik sahaja pulang ke rumah.. aku terus melabuhkan punggung diatas sofa. Kotak pewarna kuku bersama sehelai kertas diatas meja aku capai..

Al tertinggal kat rumah..

Papa yang hantarkan.. aku mencari warna yang sesuai untukku. "Akmar!" Laungku.. Akmar berlari bersama tuala dipinggangnya. "Ada apa ni?" Soalnya, cemas.

"Warna apa cantik?" Soalku sambil menunjukkan pewarna kuku kepadanya. "Isy! Ingat ada apa lah tadi.." Akmar meraupkan wajahnya beberapa kali.

"Jawab lah..." aku merenungnya. "None.. kuku awak dah cukup cantik dah." Akmar memandang tanganku. Cepat cepat aku mengenggamkan tangan.

"Saya nak mandi ni. Tolong jangan buat macam tu lagi.." pesannya sambil menarik hidungku. "Terkejut saya.. boleh sakit jantung tahu tak.." dia merenungku tajam sebelum aku memegang hidung yang ditariknya.

"Maaf lah.. lagi pun tadi urgent." Aku tersengih sambil menggaru kepala. Akmar menjelingku sebelum ketawa... "yeah, right.. urgent."

***

Hampir pukul 12 pagi aku masih berjaga. "Al.. tidur lah, nanti bunyi siren, kita yang susah." Akmar menepuk bahuku.

Aku memandangnya. "No-" bunyi siren semakin kuat. Kami lantas berlari masuk ke dalam bilik.

Masing masing merebahkan badan diatas katil.

Aku menarik selimut hingga ke dada. "Akmar.." panggilku didalam bilik yang gelap. "Ye?" "Telefon saya.." aku mengedipkan mata beberapa kali.

"Apa gunanya ada suami kalau telefon juga yang nak dimain?" Soal Akmar. Aku tertawa dengan nada mengejek sambil menjelingnya.

"Okay.. nak main dengan awak lah kalau macam tu.." aku menoleh ke arahnya. "Betul ni? Main saya atau main permainan dengan saya?" Soalnya sambil mengerutkan dahi. Aku tertawa kecil.. "Main permainan, main awak dapat apa je." Aku mencebik. "Tapi.. pertama sekali-" "peluk awak sebab awak takutkan gelap kan?" Akmar memotong cakapku. Aku menarik muka. "Acah tahu pasal saya je.." aku mencebik.

"Tipu lah kalau tak tahu selama dua minggu ni tinggal dengan awak.." Akmar tersengih.

"Okay awak nak main apa?" Soalnya sambil merenung mataku.. aku melarikan pandangan ke bibirnya sebelum jatuh ke leher.

"21 questions." Aku tersengih. "Okay. Perempuan dulu.." "okay.." aku mengusap dagu sambil merenung matanya. "Awak pernah bencikan saya?" Soalku.. entah kenapa tiba tiba soalan macam tu terkeluar dari mulut.

"Tak.." jawabnya sambil tersenyum. "Tapi hari tu awak ca-" "my turn.." Akmar memotong cakapku sambil mengangkat kening. "Okay okay.." aku mencebik.

"Awak pernah kencing berdiri?" Soalnya sambil mengangkat sebelah kening. "Soalan jenis apa ni?! No!" Marahku sebelum dia meletuskan tawa. "My turn..." aku mengetap bibir. "Awak pernah... menangis?" Akmar tersengih sebelum mengangguk.

"Kenapa awak menangis?!" Aku tersengih sambil merenungnya.. "my turn." Akmar menghiraukan soalan aku. Ini lah perempuan, kalau dah tahu satu benda, dia nak tahu lagi dan lagi. Ah! Benci ada otak macam ni..

"Awak pernah bercinta?" Soalnya. Aku menekup muka menggunakan tangan. "Jawab lah.." "to be honest.. tak." Aku mengetap bibir. Akmar tertawa, mungkin dia tidak percaya. "Awak pernah bercinta?" Soalku kembali.

"Pernah." Jawabnya. Entah kenapa tiba tiba aku terasa lain macam. Rasa nak marah tanpa sebab. Ke aku cintakan dia? Lagi pun dia bukan jenis lelaki yang aku suka pun...

"Dengan siapa?" Soalku tanpa memandang matanya. "My turn lah.." Akmar tertawa kecil. Tiba tiba permainan ini dah tak rasa seronok lagi.

"Awak sayangkan saya?" Soalnya sambil mencuri pandangan mataku yang berada dilehernya.

Aku merenung matanya. "Saya taknak main lagi.." jawabku perlahan. "Saya ada buat salah ke?" Soal Akmar sambil menarikku semakin rapat ke dalam pelukannya.

"Tak.. it just me." Aku lantas berpusing membelakanginya.. "goodnight." Bisiknya ditelingaku. "Goodnight." Balasku sebelum memejamkan mata..

Entah apa yang perempuan tu ada sampai Akmar pernah mencintainya..

Eh! dah kenapa pula aku ni!?

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now