bab27

47K 866 24
                                    

Aku memerhatikan Akmar yang baru sahaja selesaikan solat magrib. Aku menunggu dia mengajak aku solat bersamanya tetapi...dia masih menghiraukan aku seolah olah dia tidak nampak kewujudan aku didalam bilik ini bersamanya. Wajahnya kelihatan terganggu... tetapi dia tidak menceritakan apa apa kepadaku.

Aku berhenti merenungnya selepas aku tersedar Akmar juga sedang merenungku. "Kenapa?" Soalnya, cuba mencari mataku yang sedang meliar untuk melarikan diri dari terus merenungnya. Aku mengalah dan turut membalas renungan matanya. "Kenapa?" Aku mengerutkan dahi.

Akmar melepaskan keluhan sambil menggelengkan kepala. Telefon bimbitnya berdering. Ah! Aku baru perasan.. Telefon aku masih ada pada dia.

"Ak----" suaraku tersekat saat dia menjawab panggilan tersebut. "Ya, okay.. Baik baik. Thanks." Tu je? Tu je??????

Dia mematikan talian sebelum merenung ke arahku lagi.. "Saya nak telefon saya balik." Gumamku perlahan. Akmar menyeluk kocek baju melayunya sebelum mengangkat bahunya.

"Entah.. Saya terhilangkan phone awak agaknya.." "Betul betul lah!" Lagi sekali, suaraku tak sengaja ditinggikan. "Ingat orang ada masa ke nak main main dengan awak?!" Teriakku sambil bangun dari situ.

"Takde masa nak main main dengan saya tapi ada masa nak bermain dengan orang lain?" Soalnya sinis. Aku mengerutkan dahi. Bermain dengan orang lain? Aku ke? Bila?

"Merepek..." Aku terduduk kembali. "Merepek?" Soalnya sambil menghampiriku. "Dah lah.. Saya taknak bergaduh dengan awak tentang perkara yang pelik macam ni." Aku menyembamkan muka pada kedua belah tapak tanganku yang diangkat ke pipi.

"Kita sepatutnya selesaikan, bukan berdiam macam ni. Ceritakan semuanya pada saya." Akmar melutut dibawahku sambil memegang tangan yang berada pada mukaku.

"Saya tak faham apa yang awak cakapkan.. Macam mana saya nak ceritakan pada awak?" Soalku sambil melepaskan muka dari tangan.

"Tak cukup ke kasih sayang yang saya bagi pada awak selama ni?" Soalnya, suaranya agak perlahan tetapi aku masih mendengarnya. "Cukup.. Lebih dari cukup." Jawabku sambil mengusap pipinya. "Tapi---" Akmar mengeluh. Aku memegang kepalanya sebelum menarik Akmar naik ke atas katil bersamaku.

"Apa yang bermain dalam fikiran awak ni? Let it all out." Bisikku sambil merebahkan badan diatas katil sebelum menarik Akmar di sebelahku.

"Adib.." Bisiknya. "Kenapa dengan dia?" Aku mengerutkan dahi. "Dia call awak cakap rindu semalam." Semakin berkerut dahiku. "Sebab dia rindukan saya, sebab tu awak marahkan saya sampai macam tu sekali? Serious lah.." Aku mengedipkan mata beberapa kali.

"Yes.. Macam mana dia boleh dapat nombor awak? Ke dah lama berkawan dengan dia?" Akmar merenung mataku. "Mana ada!" Aku menggeleng laju. "Mana lah saya tahu mana dia dapat nombor saya.. Maybe Haikal." Aku mengangkat bahu sambil menolak rambut hadapannya yang semakin panjang ke belakang.

Akmar terdiam seketika...

"Awak tak rindukan dia, kan?" Soal Akmar. Aku menjeling Akmar sambil ketawa. "Kenapa saya nak rindu dia pula?" Aku mengerutkan dahi.

"Dia kan handsome, muka pun macam mat saleh." "Merepek.." Balasku sambil tersengih. "Awak lagi handsome.. Dah lah handsome, baik pula tu."

"Yeke baik ni?" Akmar turut tersengih. "Betul lah.." "Baik banyak ke sikit?" Soal Akmar lagi. "Banyak!" Aku mengangkat kening sambil tersengih.

**

Aku bersiap untuk pulang.. Telefon Akmar berdering lagi. Akmar sedang mandi. Aku membaca nama yang tertera pada skrin telefonnya.

Huda ofis. Aku menjawab panggilan dari Huda.. "Mar, I dah sediakan tempat untuk you meet up dengan Puan Sri, make sure you buat dia jatuh cinta macam mana you buat kat I tau." Jantungku berombak kencang. Siapa ni? Kenapa gatal sangat....

Aku mengaktifkan loud speaker.. "Hello.." Sengaja aku mengeluarkan suara.

"Sorry?" Huda kelihatan keliru. "Siapa ni?" Soalnya. Dia tanya aku siapa?! "Who are you?" Soalku kembali. "I'm asking you first.." "Well.. I tanya you balik." "You adik Akmar eh?" Soalnya. Aku menarik muka.. "I isteri dia."

Akmar keluar dari bilik air sambil memandang aku dan telefonnya ditanganku.

Akmar menghampiri aku sebelum aku menghulurkan telefon kepadanya kembali. "Oh... I---" "Ya sorry.. Apa dia?" Akmar merenungku yang sedang mengikat rambut, berpura pura tak hiraukan perbualannya dengan Huda walaupun sebenarnya aku sedang mencuri dengar perbualan mereka.

"Ah! Finally.. my bad. Ni betul betul bukan wife Akmar kan?" Huda ketawa kecil. "Ya.. Bukan.." Mata Akmar masih merenungku. "Well. I dah set tempat dan date untuk you berjumpa dengan Puan Sri. Nanti I nak you buat dia fall in love macam mana you buat kat----" Akmar mematikan perbualan.

"Ya Allah.. Sumpah semua tu cuma gurauan." Akmar menghampiriku. "Tak apa.." Jawabku sambil tersenyum hambar. "Awak percayakan saya kan?" Soal Akmar sambil memegang pipiku.

Aku mengangguk. Dia cuba mengucup bibirku tetapi aku menolak dadanya. Aku menggeleng. "Papa suruh cepat sikit.."

Fall in love macam mana you buat kat I.. The fuck is that?

"Al!" Sofea menjerit ditelingaku. "Apa?" Aku menekup telinga sambil menjeling Sofea. "Makan dulu!" Jerit Sofea lagi.

Aku mengambil tempat duduk disebelah papa sebelum ibu menceduk nasi goreng ke dalam pinggan dan menghulurkan kepadaku.

"Akmar dah siap ke?" Soal papa sambil memandang aku yang sedang memecahkan telur mata yang berwarna kuning. "Ha.. Dah." Jawabku, blur. "Kau dah kenapa?" Sofea tertawa kecil.

"Entah. Lapar kot." Jawabku acuh tak acuh. "Zaim dah bangun?" Soalku sambil memandang ibu dan Zairi silih berganti. "Tak lama lagi dia bangun lah, kot.." Jawab Zairi, tak yakin. Aku sekadar mengangguk.

Aku memerhatikan Akmar yang sedang menuruni anak tangga... Matanya tertancap padaku.

Aku melarikan pandangan ke arah nasi goreng didalam pinggan selepas Akmar menguntumkan senyuman.

Belakangku diusap Akmar. Aku memaksa diri untuk tersenyum sebelum menjarakkan diri dari disentuhnya.

Sikuku terlanggar siku papa sehingga pinggannya bergerak ke hadapan. Aku mengetap bibir menahan diri dari ketawa atas kesalahan yang aku lakukan.

Sofea tertawa kecil. "Kau ni tak boleh ke duduk diam?" Soal Sofea sambil merenungku.

"Aleisha ni.. Akmar bagi Al makan apa ni sampai hyper macam ni? Habis pinggan papa berlari." Bebel papa sambil menggelengkan kepala.

Akmar menarik kerusi dihujung meja. "Al tak sabar nak balik, tinggal berdua dengan Akmar kot.. Sebab tu tak boleh duduk diam, kan?" Usik Akmar sambil mengusap tanganku diatas meja.

Aku menarik tanganku dari disentuhnya sebelum tersedar wajah Akmar berubah.. Sofea menendang kakiku sebelum aku mendongak untuk memandangnya yang sedang mengangkat kening.

Aku menggelengkan kepala sebelum kembali menunduk untuk bermain nasi didalam pinggan dengan sudu tanpa memasukkannya ke dalam mulut.

Tiba tiba seleraku mati.

Hanya bunyi sudu dan garfu bersentuhan, tidak ada sesiapa yang membuat bising lagi.

#sorry lama tak update :(

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now