bab13

65.7K 1K 42
                                    

Aku pulang ke rumah tepat pada pukul 11.30pm.

Aku membuka pintu yang tidak berkunci. Akmar dah balik lah ni..

Lampu pula sudah pun terpadam.. sekadar bersuluh cahaya di tv. "Akmar?" Panggilku..

"Awak cakap nak balik awal.." suara Akmar dipenjuru dinding.. dia duduk diatas kerusi tanpa memandangku. "Saya cakap balik sebelum 12 kan.." aku menghampirinya.

"Awak keluar dengan siapa?" Soal Akmar lagi. "Kawan.." jawabku. "Siapa?" "Haikal.." Akmar lantas bangun dari kerusi dan berlalu pergi dari situ.

Aku mengikutnya masuk ke dalam bilik. "Awak suka?" Soal Akmar.. "suka apa?" Soalku sambil menanggalkan dress hitam ditubuh.

"Kita akan bercerai?" Soalnya lagi.. aku terkedu. "Jawab.." pintanya, separuh mendesak. "Akmar.." aku memandangnya yang sedang membelakangiku.

Surat yang sudah berapa bulan tidak disentuh kini dicapai Akmar. Pen diatas meja diambilnya. "Awak buat apa ni?!" Soalku sambil menarik surat perjanjian dan pen dari tangannya.

"Bebaskan awak. Itu yang awak nak, kan?!" Suaranya meninggi. Kali pertama aku dengar Akmar meninggikan suara. "Apa awak merepek ni?! Dia cuma kawan!" Marahku kembali.

"Kawan?! Awak pernah cintakan dia, tak mustahil awak takkan cintakan dia lagi.." Akmar merenungku tajam sebelum Akmar menarik kembali kertas ditanganku.

"Akmar.. please, saya taknak gaduh." Aku menggelengkan kepala. Akmar melepaskan keluhan dari mulutnya..

"Maaf. Saya takde hak.." suaranya kembali perlahan. Aku mengambil surat ditangannya kembali sebelum meletakkannya diatas meja sebelum menekap tangan dipipinya.. "saya isteri awak.." bisikku sambil merenung matanya.

Aku mendekatinya sebelum masuk ke dalam pelukannya. "Saya isteri awak.." bisikku lagi sebelum menariknya ke katil..

"Awak ada hak ke atas saya." Tambahku lagi... "Saya takkan buat apa apa yang tak patut pada awak. Sebab—— sebab kita akan... berpisah." bisiknya sambil merenung mataku. Aku menolak Akmar yang berada dihadapanku.

"Kenapa nak bercerai sangat?!" Marahku. "Sebab saya tak cantik?!" Marahku lagi. "Its our deal.. kan?" Soal Akmar sambil memandangku. "Ada saya cakap nak bercerai? Tak! Langsung tak!" Marahku tanpa memandangnya.

"Kalau awak nak bercerai sangat. Okay!" Aku mencapai pen diatas meja sebelum menanda tangan diatas kertas dan melemparkannya kepada Akmar sebelum melarikan diri ke dalam bilik air.

Aku membasuh muka dengan air suam beberapa kali.. aku memandang wajah dicermin. Air mataku menitis. Aku sangka dia cintakan aku...

Ternyata semua yang dia fikirkan cuma bercerai.. aku tak cantik bagi dia? Atau dia mencintai orang lain?

"Aleisha.." pintu diketuk. Aku mendiamkan diri. "Aleisha.. awak okay?" Soal Akmar dari luar.

Diam..

Sudah tiada tanda tanda Akmar masih dihadapan pintu lagi. Aku membuka pintu bilik air perlahan lahan. "Maafkan saya.. saya tak berniat nak sakitkan hati awak.." Akmar yang entah datang dari mana menarikku ke dalam pelukannya.

Aku menolak Akmar sebelum menerpa ke almari untuk mencari pakaian untuk tidur..

"Saya minta maaf.. saya taknak bercerai." Kata Akmar lagi sambil berdiri disisiku. Aku berpura pura tidak dengar.

Aku merebahkan badan diatas katil dan membelakanginya. Katil disebelah sedikit tenggelam, Akmar sudah baring disebelahku. Tangannya diletakkan diatas pehaku sebelum aku menepis dan menarik selimut hingga ke paras leher.

"I'm sorry.." bisik Akmar sambil meletakkan tangan pada pehaku yang dialaskan selimut diatasnya. Dia tahu aku masih takut walaupun dalam keadaan macam ni.

**

Sudah masuk seminggu aku tidak bercakap dengan Akmar.. tetapi Haikal.. hari hari, sampai bosan.

Papa cakap nak datang ke rumah petang ni.. aku sekadar menunggu kedatangan papa walaupun sekarang masih pagi.

"Saya belikan ais krim magnum perisa coklat untuk awak.." Akmar masih cuba memujukku.. aku sudah bosan dengan pujukan yang dia cuba lakukan walaupun aku agak rindukannya..

Telefon berdering. Aku membaca nama yang terpapar di skrin telefon. Haikal..

"Hi.. princess." Sapanya. "Ya.. hai." Jawabku acuh tak acuh. "Buat apa? Free?" Soalnya. "Tak free. Sorry." Jawabku, jujur. "Alah.. yeke, baru plan nak ajak tengok wayang." Katanya sedikit hampa.

"Um, what about tomorrow?" Soalku sambil tersengih. "Sure.. I'll pick you up.." "no thanks.. I boleh pergi sendiri." Aku tertawa kecil. "Susah betul nak ajak princess ni naik kereta kita.." aku tersengih sebelum mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

"Ada plan dengan Haikal?" Soal Akmar.. aku masih mengabaikannya. "Tak apa.. awak pergi lah. Saya okay je. Lagi pun dia kan kawan awak." Nada Akmar seakan memerli. Aku menghiraukannya.

Bunyi loceng ditekan. Aku menerpa ke arah pintu kerana aku tahu, itu semestinya papa.

"Lewatnya papa datang." Kataku sebelum mengucup pipi papa. "Biasa lah.. papa kan selalu sibuk." Jawab papa sambil tersenyum. "Akmar mana?" Soal papa sambil memandang sekeliling. Aku mengangkat bahu.

"Al okay tak dengan Akmar?" Soal papa. Aku sekadar mengangguk. "Dah sign ke belum?" Soal papa. Aku mengangguk lagi. Bunyi tapak kaki ditangga. Mungkin Akmar.

"Maaf. Akmar solat sekejap tadi sementara tunggu papa." Kata Akmar sebelum bersalaman dengan papa. Papa tersenyum.. "Al tak solat sekali?" Soal papa sambil memandangku. "Al pernah solat tak?" Soal papa lagi. Aku terdiam.

"Solat.." tipu Akmar.. papa menguntumkan senyuman. "Mana surat tu? Dah boleh hantar rasanya.." kata papa sambil memandang aku dan Akmar silih berganti.

"Ada dalam bilik.." jawabku. "Akmar dah tandatangan?" Soal papa. Akmar memandangku... "belum." Jawabnya.. pandangannya dilarikan ke arah lain.

Aku mengambil surat perceraian diatas meja, didalam bilik untuk membawakan kepada Akmar..

Akmar merenungku sambil memegang pen. "Saya taknak.." bisiknya perlahan sambil menggeleng. Dia menelan liur. "Sign je lah.." kataku acuh tak acuh walaupun jantungku berombak kencang dan berharap supaya Akmar tidak menjatuhkan tandatangannya.

Akmar merenungku mataku.. lama.. "saya lepaskan awak sebab saya cintakan awak.." gumamnya sebelum menelan liur. "Saya harap Haikal dapat bahagiakan awak.." tambahnya lagi. "Saya harap dia akan peluk awak setiap malam.. dan tak bawa awak ke hotel murah sebab taknak kejutkan hantu didalam dinding.. saya harap dia tak pening dengan sikap awak yang mengubah perisa ais krim setiap kali cuaca berubah. Saya harap setiap kali awak tak boleh tidur, dia akan bukakan video untuk awak.. saya harap dia akan sayangkan awak seperti mana saya sayangkan awak.." kata Akmar sebelum menurunkan tandatangannya diatas kertas.

Aku dapat rasakan mataku berkaca. Cepat cepat aku melarikan pandangan ke arah lain. "Al nak balik dengan papa.." kataku tanpa memandang sesiapa..

"Al taknak habiskan masa dengan Akmar kat sini?" Soal papa sambil menghampiriku. Aku menggeleng.

Selesai mengemas pakaian.. aku turun ke bawah. Akmar merenungku dan bagasi yang berada diatas lantai. "Saya tolong bawakan.." dia menghampiriku. Aku menggeleng. "Tak apa.." jawabku tanpa memandangnya. "Take care.."

Aku menoleh kebelakang untuk melihatnya yang sedang menunduk.. "Akmar.." panggilku, mungkin namanya akan aku panggil buat kali terakhir dan dia akan menjawab.. mungkin selepas ini aku hanya mampu memanggil namanya, dan dia takkan menyahut.

Dia mendongak.. "ya?" Dia merenungku.. "thanks for loving me.." kataku sebelum berdehem untuk mengawal nada suara yang hampir pecah. "Tak apa.." Akmar tersenyum hambar sebelum berjalan ke arah dapur. Aku melambaikan tangan ke arahnya walaupun dia tidak melihat..

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now