bab18

68.9K 969 11
                                    

Tepat pukul 3 pagi, aku terjaga didalam bilik yang gelap. Aku mendongak untuk melihat Akmar yang merehatkan dagunya diatas kepalaku.

Sudah menjadi tabiatnya selepas aku pulang ke sini dia sudah tidak memakai baju ketika tidur. Aku menarik selimut hingga ke paras dadanya.. Akmar merengek seperti bayi yang diganggu tidurnya, aku mengusap belakangnya perlahan lahan cuba untuk tidak mengejutkannya.

Usahaku gagal rupanya. "Tak boleh tidur?" Soal Akmar, suaranya kedengaran seperti serak. Aku menggeleng. "Nak tengok video?" Soal Akmar sambil memandangku. Aku menggeleng. "Tidurkan saya.." pintaku. Tanpa bertanya, Akmar mengucup bibirku.

Bukan itu maksud aku——-

"Saya ada kelas pagi esok." Kataku selepas Akmar berhenti menciumku. Akmar mengalihkan kepalanya dari situ sebelum mengangguk. "Oh..kay." Akmar meneruskan anggukannya.

Selesai menyarung dress labuh, aku membantu Akmar mengikat tali leher. Dahiku dikucup beberapa kali. "Saya ingat hujung minggu ni nak bawa ibu datang sini." Kata Akmar sambil merenungku. Aku mengangguk. "Bawa Zairi dengan Zaim sekali.." aku mengusap tali leher yang sudah pun kemas pada lehernya.

"Mesti lah.. untuk usik saya kan." Daguku dicuit sambil ketawa. "Lepas tu.. saya ada surprise untuk awak." Akmar mengetap bibir. "Iphone 7?" Aku memandangnya.. "um, mungkin murah sikit kot.." Akmar tergaru garu kepalanya. Aku ketawa kecil.

"Apa je surprise dari awak.. semua tu priceless."

**

Aku melabuhkan punggung disebelah Sofea. "Tiga hari tak datang kolej lepas dah bahagia!?" Bingit sahaja suara Sofea ketika aku melabuhkan punggung disebelahnya. Aku ketawa kecil sambil merenungnya. "Aku tak sihat.. ni mesti sebab berjangkit dengan kau punya demam lah ni!" Aku menjelingnya. "Lah.. yeke?" Sofea mengerutkan dahi. "Ye lah.." aku mencebik.

"Kesiannya.. mesti suami kau jaga sampai tak tidur malam kan." Usik Sofea sambil memegang dahiku. Aku ketawa sambil menepis tangannya dari menyentuh dahiku.

"Oh.. semenjak dah bersuami ni, aku nak pegang dahi pun dah tak boleh." Sofea mengeluh kasar.

Mataku tertancap pada seorang lelaki yang sedang merenungku. Renungan tajam.

Aku mengangkat kedua belah keningku kepada Haikal.. cuba untuk bertanya, aku ada apa apa masalah dengan dia ke?

"Al dan Sofea. Pay attention please." Pintanya sebelum menyambung menulis sesuatu dipapan putih. "Biasa lah.. orang tengah broken." Bisik Sofea sambil ketawa. Aku menyiku lengannya ketika aku ternampak Haikal menjeling kami dengan hujung matanya. Aku meneguk liur sebelum menyiku lengan Sofea lagi ketika dia tidak berhenti henti mengutuk Haikal dihadapan.

"Korang kalau taknak diam. Korang boleh keluar dari kelas saya!" Meja ditepuk Haikal kuat sehingga tiada sesiapa berani membuat bising lagi. Aku tidak berani bertentang mata dengannya..

"What the fuck are you guys waiting for?! Keluar dari kelas sekarang!" Tempiknya. Aku menjadi serba salah.. Sofea sudah pun bangun. Wut.... kering betul hati perempuan ni, keluar macam tu je.

"Ingat aku hadap sangat dengan kelas ni." Kata Sofea, sinis.. sebelum menggalas bag. "Al? What are you waiting for? Pergi ikut your best friend." Kata Haikal, sinis. Aku turut mencapai bag galas aku sebelum keluar.

"Dia tak boleh tau bawa masalah peribadi ke kolej.." kata Sofea sebelum menyedut air teh o ais limau menggunakan straw. "Kau pun satu.. kenapa lah cakap macam tu depan dia." Aku menepuk dahi. "Mana lah aku tahu telinga dia tu macam telinga gajah." Sofea mengeluh sebelum kami ketawa.

"Biar je lah dia. Tak mati pun takde kelas dia." Sofea cuba memujuk hati kami. "Tapi subject yang dia ajar kita, kita boleh mati kalau tak lulus tau." Aku meneguk liur. Hati aku masih tak mampu dipujuk kerana aku tahu, kami lemah..

"Kau takpe lah dah berkahwin. Ada suami. Aku ni kalau gagal subject dia, mati aku kena gusti dengan bapak aku Al.." Sofea mengedipkan matanya beberapa kali.

"Aku nak cari suami kaya kat mana ni.. tolong! Dato! I want to be yo wife.." Sofea membuat drama di kedai makan. "Ha... doa kau dah dimakbulkan aku rasa." Kata aku sebaik sahaja terlihat seorang lelaki yang mungkin berusia 40 an berjalan keluar dari kereta BMW berwarna hitam. Sofea turut menoleh ke arah yang sedang aku lihat.

"Allahu.. Al, buat sugar daddy boleh lah. Nak jadikan suami memang tak laaaaaa.." Sofea berpura pura mengesat peluh pada dahinya sebelum aku ketawa melihat drama yang berlaku dihadapan mataku.

"Kau faham tak aku nak yang kaya, muda, handsome, sado." "Kau cakap je lah nak yang perfect." Aku mencebik. "Sort of." Sofea tersengih.

"Wujud lagi ke yang kaya, muda, handsome, sado? Semua tu dalam satu orang? Hm.. susah tu." Aku mengusap dagu.

"Akmar?" Sofea mengangkat kening beberapa kali sebelum aku mengangkat tangan sambil mengenggam buku lima. "Nampak ni!" Sofea ketawa. "Oh! Dulu bukan main eh, kau nak berkongsi macam macam dengan aku. Sekarang aku ajak kongsi suami, kau dah taknak pula." Sofea meletuskan tawa.

"Sorry lah.. aku taknak dapat HIV." "Kurang asam punya perempuan kau cakap aku ada HIV."

"Tapi Akmar ada abang tau." Aku mengangkat kening. "Kaya?" Soal Sofea, teruja. Aku merenungnya tajam. "Taknak lah, miskin." Sofea mencebik. "Tapi handsome." Aku tersengih sebelum membuka mulut kembali, "tapi Akmar lagi handsome lah." Aku tersenyum.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now