bab38

38.7K 826 26
                                    

"More chocolates?" Aku mengerutkan dahi sambil memandang Andy. Andy tersengih. "You do loved them too, don't you mommy?" Kata Andy sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. "Not anymore." Gumamku sebelum menutup pintu kereta. "Kawan Andy ni parents dia buka kilang coklat ke macam mana?" Soalku sebelum menukar gear. "Tak tahu..." Andy mengangkat bahu. "Semua tak tahu. Makan coklat tahu pula.." usikku. Andy ketawa kecil. "Kawan Andy suruh kirim salam kat mommy. Dia suruh Andy kiss pipi mommy bagi pihak dia." Andy ketawa. Gatalnya budak budak sekarang.

"Mommy..." panggil Andy. Aku menjeling Andy. "Yes honey?" "Mom-----my, mommy sayangkan daddy?" Soal Andy sambil merenungku. Keningku berkerut. "Kenapa Andy tanya?" Andy terdiam seketika. "Sebab-----" Andy sedang berfikir. "Kawan Andy cakap mommy tak sayangkan daddy sebab tu mommy taknak jumpa daddy. Is it true?" Aku memandang Andy. "Siapa kawan Andy ni?" Aku menjadi tak selesa dengan kawan misterinya yang aneh.

"Kawan Andy lah." Jawab Andy, acuh tak acuh. "Do I----" "mommy sayangkan daddy tak?" Andy memotong cakapku. Aku tidak menjawab. "Mommy! Mommy sayangkan daddy tak?!" Lenganku dipegang Andy. "Why?" Soalku kembali. "Mommy sayangkan----daddy tak?" Suara Andy mula pecah. Aku menjeling Andy yang mengesat air matanya supaya tidak jatuh. Hatiku terasa sebak melihat Andy merindukan daddy yang dia tak pernah jumpa. "Andy nak daddy." Andy bersandar. Aku mendiamkan diri. "I want to see daddy!" Kata Andy lagi. "Andy nak daddy tinggal dengan kita!" Teriaknya. "I miss him." Suara Andy kembali perlahan. "We don't need him.." gumamku tanpa memandang Andy. "I------I need him." Andy menundukkan kepala.

Aku mengangkat Andy keluar dari kereta kerana dia tertidur selepas mengamuk didalam kereta sebentar tadi. Sofea membantuku meletakkan Andy diatas sofa. "Andy nak daddy dia." Aku memberitahu Sofea. "Wha---- how?" Sofea mengerutkan dahi. "Biasa lah kawan... mesti lah cerita pasal kebahagiaan hidup, lepas tu Andy pun teringin." Aku menghela nafas.

"Hm... susah juga macam ni." Sofea memberiku senyuman simpati. "Itu lah.. kau okay ke tinggal sorang malam ni?" Aku memandang Sofea sebelum dia mengerutkan dahi. "Aku? Tinggal sorang? Excuse me? Aku pun nak ikut korang jugak!" Kata Sofea sebelum ketawa. "Bagus lah. Malam ni Andy nak tidur dengan atok dia. Kau boleh lah teman aku." Aku tersengih sambil memandang Sofea. "Ooo... kau anggap aku peneman dikala kau sunyi je ke?!" "Dah tu nak gelar kau apa?" Aku menjeling Sofea sambil tersengih. "Soul mate. How about that?" "Gay."

"Atok!" Jerit Andy ketika berlari ke arah papa yang sedang berjalan keluar dari rumah. Andy terlompat lompat meminta papa mendukungnya. "Malam ni Andy tidur dengan atok!" Andy kelihatan teruja. "Betul ke aunty Sofea cakap kat sini ada t-rex?" Andy memandang sekeliling. Papa memandang Sofea, Sofea kelihatan kekok. "Ada.. kalau Andy nakal, t-rex tangkap Andy jadikan Andy anak dia." Mata Andy terbuntang luas. Dia memeluk papa. "Andy taknak nakal!" Teriak Andy sebelum kami ketawa melihat telatahnya yang lucu. Aku mengeluarkan bag pakaian untuk aku dan Andy, Sofea juga melakukan perkara yang sama.

"Dah lama tak datang sini." Sofea memandang sekeliling. "Kan.." gumamku. Aku memandang kereta milik Akmar yang diberi papa ketika kami baru berkahwin tersimpan rapi didalam garaj yang tidak ditutup pagar. Suara Andy menjerit bergema seluruh ruang tamu. "Andy. Perlahankan suara, nanti t-rex sangka anak dia ada dalam rumah." Usikku. "Sorry, mommy! Andy  janji tak buat lagi." Andy meminta maaf sebelum memeluk peha papa.

Aku berjalan masuk ke dalam bilik lamaku. Aku merebahkan badan diatas katil, menyembamkan wajah pada bantal dimana Akmar akan berada kalau kami pulang ke rumah papa. Anehnya, bau Akmar masih melekat pada bantal. Aku memeluk bantal yang mempunyai bau Akmar.

Dadaku terasa sakit. Bayangan Akmar didalam kepala sedang bermain rambutku yang panjangnya hingga ke paras pinggang. Lagi satu bayangan Akmar bersama perempuan simpanannya bermain didalam kepalaku. Bantal dipelukan aku lepas. Aku meraupkan wajah beberapa kali. "Mommy! Paksu datang!" Bilik diterjah masuk. Aku memandang Andy yang kelihatan teruja. "Paksu nak bawa kita pergi makan!" Teriak Andy lagi sambil melompat.

Aku berjalan keluar dari bilik sebelum kami menuruni tangga. "Paksu nak belanja makan ke?" Aku tersengih sambil memandang Zairi yang sedang mengangkat Andy. "A'ah... paksu belanja malam ni." Andy menjadi teruja. "Eh, selalu nampak Zairi kat sini. Zairi tinggal dengan papa eh?" Aku mengerutkan dahi. "Zairi bekerja dengan papa lah." Jawab papa dibelakangku. Lah... aku betul betul ketinggalan lah ni. "Tapi malam pun?" "Zairi tinggal sini sekali." Papa menguntumkan senyuman. "Kenapa tak bawa ibu?" "Ibu taknak. Nak temankan Zaim katanya." Jawab Zairi. Aku mengetap bibir.

Aku duduk bersebelahan papa di kedai makan sambil memerhati Sofea yang sedang selfie dengan berbagai gaya. Aku menahan diri dari ketawa. "Kau ni memang takde benda lain kan nak buat selain gelakkan orang!" Tanganku diatas meja dicubit Sofea. "....papa," aku menjeling Sofea dan Zairi yang sedang melakukan hal sendiri. "Yes?" Papa memandangku. "Ingat tak pekerja papa yang nama dia-----" aku mengetap bibir. Terlupa nama. "Yang-----" aku mengerutkan dahi.

"Kenapa Aleisha?" Soal papa. Aku menggeleng. "Nothing." Dadaku terasa sakit. Aku tak dapat mengingati nama perempuan gatal tu! Makanan sampai. Aku meletakkan Andy di atas ribaku kerana tidak mahu menganggu papa.

"Mommy nak ke toilet, Andy jangan susahkan atok tau." Pesanku pada Andy yang sedang bermain games didalam telefonku. "Al...right." Gumam Andy. Aku berjalan masuk ke dalam toilet untuk mencuci muka. Malam ni aku tidak mengenakan make up, jadi tidak menjadi masalah kalau wajahku terkena air. Aku terpandang ke arah pintu sebelum ternampak kelibat Akmar dan aku menunduk untuk membasahkan wajah lagi. Mataku terbuntang luas. Aku menoleh ke belakang dengan air disinki mengalir. Jantungku berdegup kencang.

Aku berlari keluar dari bilik air untuk mencari Akmar. "Akmar!" Aku menjerit, memanggil namanya. Aku amat yakin itu adalah dia. Itu adalah Akmar. "Akmar!" Teriakku lagi. Kali ini pandanganku kabur. Aku mencari disetiap kawasan. Tak ada! Aku bersandar pada dinding. Aku dah tak waras ke? Kenapa aku buat macam ni pada diri sendiri? Tak ada sesiapa. Itu semua ilusi. Aku cuma---- mungkin aku cuma rindukan dia. Aku menekup muka menggunakan tangan sebelum air mata mengalir.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now