bab32

41.5K 892 96
                                    

Aku cuba memejamkan mata. Jam didinding tak henti henti berdetak.. Mungkin kerana bilik yang sangat sunyi membuat bunyi jam kedengaran lebih kuat dari nafas yang aku hembus..tetapi masih tak cukup kuat untuk menenggelamkan suara yang bermain difikiran aku, berbisik tentang apa yang Akmar lakukan dibelakangku.

"Argh!" Akhirnya jeritan terlepas jua. Aku bangun dari katil. Telefon yang baru ku beli, aku sambar.. Cuba menelefon Akmar. Tak dijawab.

Sibuk sangat ke dia ni? Aku cuba mendail nombor papa.. Jantungku berdegup kencang, kalau papa cakap Akmar sibuk, maknanya aku sudah menuduh suamiku..

"Aleisha?" Suara serak papa dicorong telefon. Aku meneguk liur. "Papa dah tidur?" Soalku, suaraku perlahan sahaja ketika ini..

"Almost.." Papa mengeluh sebelum aku terlepas tawaku. "Sorry.. Um, Al rindukan papa." Aku mengetap bibir. Papa ketawa kecil.

"Eh suami kat sebelah pun masih rindukan papa ke?" Usik papa..tetapi usikan papa membuat hati aku terluka. Akmar disebelah? Aku memandang ruang kosong disebelahku.

Alangkah gembiranya aku kalau apa yang dikatakan papa itu benar.. "Tadi kenapa Akmar balik awal? Dia tak sihat ke?" Jantungku berdegup kencang. Balik awal? Tapi pagi tadi.. Akmar cakap yang dia balik lewat.. Maknanya aku tidak menuduh Akmar.

Akmar curang.. Pandanganku mula kabur, setitis air mata kiriku jatuh diikuti sebelah kanan.

"Y---- ya, Akmar tak——— sihat." Suaraku pecah. Cepat cepat aku mematikan talian. Aku mendail nombor Akmar lagi..

Tak dijawab. Aku cuba lagi dan lagi dengan air mata yang menitis tak henti henti. Aku benar benar terluka dengan apa yang dilakukan Akmar.

Dia berubah 100%. Tidak seperti dahulu lagi.. Panggilanku dijawab juga akhirnya! Cepat cepat aku mengesat air mata dengan tangan. Aku mula tersenyum.. Gembira, akhirnya Akmar menjawab panggilanku.

"Hel---" "hello?" Jantungku yang tadinya sudah kembali normal kini berdegup kencang. Suara perempuan. Dan suara itu bukan milik Huda. Ianya milik orang lain, mungkin perempuan yang aku dan Sofea ternampak bersama Akmar siang tadi?

"Hello? You there?" Soalnya lagi. "Siapa tu?" Suara Akmar.. Aku memejamkan mata membiarkan air mata jatuh berjuraian. Aku tak kuat. "Sorry, wrong number." Kataku dengan suara yang pecah sebelum mematikan talian.

Akmar penipu!!! Lelaki tak guna! Aku meletakkan tangan pada kepala. "Aku benci kau!" Aku teresak esak dipenjuru katil sehinggalah aku terasa penat.. Dan mataku terpejam, tetapi tidurku tak lena.

Aku dapat merasakan kehadiran lain ketika aku terlena. Aku membukakan mata untuk melihat Akmar yang sedang melutut dihadapanku.

Butang kemejanya ditanggalkan dari atas. "Sorry sebab lewat.." Bisik Akmar sebelum mengucup dahiku. Aku mengerling jam didinding. 5:56 pagi. Aku memejamkan mata, tiba tiba terasa sayu. Aku sekadar mengangguk..

"Sorry juga sebab buat sayang terjaga." Tambahnya lagi sambil mengusap kepalaku. Bibirku ketap erat, tak mahu bertanya apa apa... Bukan sekarang. Aku perlukan masa yang sesuai.

"I miss you.." Bisik Akmar. "Tidur lah.. Saya nak solat sekejap." Bisik Akmar sebelum bangun dari hadapanku. Aku menarik selimut hingga ke kepala membiarkan air mata gugur..

Aku mengetap bibir supaya esakanku tidak didengari Akmar.

**

Aku membuka mata untuk melihat Akmar masih dibuai lena. Mungkin kerana terlalu penat....mencurangi aku.

Aku merenung wajahnya, lama... Perasaan benci tiba tiba kembali sayu.

Aku mengucup pipinya sebelum Akmar merengek.. Mungkin kerana tidurnya terganggu.

Sengaja aku rajinkan diri untuk memasak hari ni walaupun kulitku alergik ketika mengandung. Spaghetti aku masukkan ke dalam periuk yang mendidih air panas.

Aku membuat bebola daging sendiri dengan menggunakan daging hancur.. "Sayang masak ke?" Aku menoleh ke belakang untuk memandang Akmar yang mengerutkan dahi.

"Awak kan tak boleh masak." Akmar memerhati. "Nanti kulit awak jadi gatal gatal lagi." Tambah Akmar lagi. "Demi suami tercinta, saya sanggup buat apa je.." Aku tersengih.. Dia masih tidak menunjukkan apa apa reaksi.

"Sini, biar saya tolong." Akmar menghampiriku ketika aku sedang mengangkat periuk kaca yang aku masukkan spaghetti ke dalamnya. "Tak payah, saya boleh buat." Aku menarik kembali periuk kaca yang berada ditangan kami.

"No!" Akmar mengetap rahang. Aku melepaskan periuk kaca ditanganku.. Tak sangka Akmar juga turut melepaskannya.

Bunyi kaca pecah diantara kami.. Spaghetti dan air panas menyentuh kakiku. Aku melompat ke belakang diikuti Akmar.

Akmar mendengus. "You ruined everything!" Getus Akmar sebelum berlalu pergi dari situ. Aku terkedu.

Everything? Including.....us?

Aku mengutip serpihan kaca yang pecah diatas lantai dengab tangan..sebagaimana aku akan mengutip serpihan hatiku yang dihancurkan Akmar.

"Saya belikan awak makanan." Pipiku dikucup ketika aku hampir terlelap dihadapan tv. Aku membuka mata untuk melihat Akmar yang sedang membukakan bungkusan untuk kami berdua.

"Lain kali.. Jangan masak lagi, tau?" Pesan Akmar. "Baik." Aku menguntumkan senyuman. "Nah, makan.." Sudu dan garfu dihulurkan kepadaku.

Aku memerhatikan Akmar yang menyuap nasi ke dalam mulutnya. Tanpa sedar.. Aku memandangnya.. Memerhati suami yang dulunya aku dapat merasakan kasih sayangnya padaku, sekarang aku sudah tidak merasakannya lagi..

"I love you.." Ucapku. Mata kami bertembung. Akmar melarikan pandangan ke nasi didalam pinggan. Tiada balasan..

Aku tersenyum hambar sebelum menatap nasi dihadapanku. Aku tak ada selera.

Akmar cintakan orang lain... Dan orang lain tu bukan aku. Aku bukan lagi pemaisuri dihatinya..

"Awak taknak cakap awak sayangkan saya balik?" "Ya, ya... I love you too." Jawab Akmar.. Bermalas malasan.

Aku tersenyum hambar... Masih bahagiakah aku diperlakukan sebegini oleh lelaki yang aku cintai?

#Cerita ni tak macam SAYANG SANGAT tau(kecam la kalau berani, saya sudah bersedia untuk fight!!!) Cerita ni mungkin ending dia pelik sikit(atau banyak). Tapi, bagi hangpa yang suka kisah dongeng aa. Orang yang sedaq kehidupan sebenaq ni macam mana, mesti tenang ja baca, paling ganas pun maki author sebab nokharom betoi perangai. Dah la update setahun sekali. Ending pun macam asgjlshyvdbatacs

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now