bab1

123K 1.2K 18
                                    

Aku menjeling Sofea dan Lisa sebaik sahaja aku pulang ke bilik...

"Kau kena tangkap ke Al?" Soal Sofea sambil merapatiku. "You didn't say anything about that place!" Aku merenung Lisa tajam. "You didn't say tu sarang maksiat.. I ingat cuma majlis private." Aku mengetap rahang sebelum menarik bagasiku keluar dari situ.

"Al.. I'm sorry. I tak sangka akan jadi macam ni!" Teriak Lisa ketika aku menekan butang lif. Aku menghiraukan mereka. Semua ni salah mereka! Ugh! Kalau lah aku tak ikut.. mesti tak jadi macam ni!

Aku memandang Akmar dari atas sehingga ke bawah. "Apa?" Soalnya. "Don't talk to me.." aku melarikan pandangan ke lantai.

"Saya nak cerai." Kataku sebaik sahaja pintu teksi dibuka Akmar. "Awak tahu.. susah untuk bercerai sebab kita berkahwin dalam cara..." Akmar tidak menghabiskan ayatnya.

Aku membetulkan dress singkat pada tubuh. "Nak balik rumah awak atau saya?" Soal Akmar. "Yours.." jawabku sepatah. "Okay.. tapi I live in-" "saya cakap rumah awak.." aku mengetap rahang sambil memeluk tubuh.

Akmar membayar duit kepada pemandu teksi sebaik sahaja kami tiba di rumah flat.

"You must be kidding me.." gumamku perlahan. Aku masuk ke dalam rumahnya.. "sorry, bau lelaki.." Akmar menoleh ke arahku. "Busuknya! Ugh!" Aku menekup hidung menggunakan tangan.

Aku mengeluarkan pewangi dari dalam handbag untuk spray segala bau lelaki didalam rumahnya.

"Kawan saya selalu lepak sini.." katanya sambil melabuhkan punggung diatas sofa.

Aku keluar dari bilik air selepas mencuci make up..

Akmar sudah pun menyiapkan tempat tidur diatas sofa. "Oh, awak dah ada tempat tidur.. that's good. So, mana bilik tidur untuk saya?" Soalku sambil memandang sekeliling.

"Ini rumah untuk melepak je kot.. tak perlu bilik tidur." Jawabnya. Aku mengusap leher.

"Idea siapa yang nak tinggal dirumah saya?" Soal Akmar. "Saya ubah fikiran.. balik rumah saya!"

***

"Parents awak takde kat rumah ke?" Soal Akmar. Aku menoleh ke belakang untuk memberinya renungan tajam supaya jangan bercakap dengan aku lagi.

"Awak boleh guna bilik hujung tu.." aku menghulurkan kunci bilik tetamu kepadanya.

"Esok papa saya balik.. kita selesaikan semua ni di mahkamah.." aku memeluk tubuh.

"Kenapa nak bercerai sangat ni? Tak ke seronok having me as husband?" Soalnya sambil tersengih menunjukkan giginya yang tersusun cantik.

"First.. I don't even know you. Second, I'm too young to be a wife. Third, I'm not ready yet for any marriage, for this marriage. Fourth, I don't love you. Fifth, you're not my type. So please, back off." Aku menjelingnya.. Akmar tertawa kecil.

"Saya terlalu bodoh untuk faham." Akmar menghabiskan baki tawanya. "Never mind.. I'm going to sleep." Aku lantas berjalan ke arah bilikku.

"Papa! Bila papa nak balik?! Lambat lagi ke Al kena tunggu ni?" Marahku selepas papa menjawab panggilanku.. "esok pagi papa sampai kita selesaikan semua.. okay?" "Papa balik awal sikit boleh? Al taknak lah jadi isteri dia! Dia dah lah miskin, rumah pun busuk!" Rengekku dalam mengadu..

**

"Eh. Tak cakap pun kita ada tetamu?" Soal Mak Cah ketika Akmar melabuhkan punggung dihadapanku.

"Ah ye.. lupa nak bagitahu." Aku tergaru garu kepala yang tidak gatal. "Kawan Al ke?" Soalnya lagi. Aku sekadar mengangguk. "Kacak orangnya. Putih gebu.. macam mat saleh." Puji Mak Cah sambil senyum tersipu malu.

Aku menjeling Akmar yang sedang menekan telefonnya. "Awak tak kerja ke?" Soalku sambil memandangnya.

"Kerja." Jawabnya. "Sekarang tak pergi lagi?" Soalku lagi. "Risaunya awak pada suami awak ni." Akmar menguntumkan senyuman.

"Eh tolong lah.. orang cuma tanya je. Ye lah, malas saya nak hadap muka awak lama lama kat sini." Aku mencebik.

"Assalamualaikum.." pintu dibuka. Papa!

Aku lantas bangun dari kerusi untuk bersalaman dengan papa sebelum memeluknya.

Papa memandang Akmar yang sedang bangun... mesti awkward kan. Sebab aku sedang merasakannya.

Papa menguntumkan senyuman sebelum menghampiri Akmar. "Okay je papa tengok suami Al.." bisio papa sebelum menoleh ke arahku. "What? No!" Aku menggeleng.

"Macam ni lah.. papa bagi Al dengan..." papa memikirkan namanya. "Akmar.." aku bersuara.

"Akmar tempoh enam bulan. Korang selesaikan perkahwinan ni dengan berbaik dulu.." kata papa. "No way!" Aku memotong cakap papa.

"Papa dah janji!" Teriakku lebih kuat. "I didn't know it was him.." papa memandangku. "He's a nice guy. Trust me.." papa merenung mataku. "No... this is bullshit! You don't even know him, papa! We don't even know this guy!" Teriakku sebelum melarikan diri masuk ke dalam bilik.

Tiba tiba papa sukakan Akmar.. semalam papa cakap nak selesaikan hari ini juga. Tapi bila papa tengok dia, papa ubah fikiran. Macam tu je?

"Alis, turun makan dengan papa." Pintu bilikku diketuk. "Go away!" Teriakku. "Semua tak sayangkan Al! Mama, papa.. nenek je yang sayangkan Al.." aku teresak diatas katil.

"Papa sayangkan Al.. papa janji, selama enam bulan Al berbaik dengan Akmar, papa bantu Al selesaikan semua ni." Pujuk papa diluar bilikku.

Aku membuka pintu. "Papa janji?" Aku mengesat air mata menggunakan lengan baju. "Papa janji.." papa menarikku ke dalam pelukannya.

"Tapi he's a nice guy though.." bisik papa. "Papa! No.." rengekku sambil menggeleng.

"Papa dah carikan Al dengan Akmar apartment dengan kereta. Cukup untuk Al dengan Akmar hidup dengan senang tanpa bantuan papa atau sesiapa." Kata papa tanpa memandang aku mahupun Akmar.

"Al tak kisah sangat pasal barang semua tu. Al cuma nak masa enam bulan tu habis dengan cepat je.." aku menjeling Akmar yang sedang merenungku.

"Papa ada cakap tak yang.. papa akan pasangkan cctv didalam apartment tu?" Papa tersenyum sumbing. "What for?" Aku mengerutkan dahi.

"Just in case Al tak ikut peraturan yang papa tetapkan.." "peraturan? Peraturan apa?" Aku dan Akmar saling membalas pandangan.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now