bab4

84.1K 1.1K 11
                                    

Aleisha POV

Aku memerhatikan Akmar yang baru tiba di rumah. "It's 11:21pm." Kataku sambil memeluk tubuh.

"Saya kerja sampai malam.. balik sini pun dah dekat setengah jam." Jawabnya tanpa disoal. "Saya cuma bagitahu yang awak balik lewat. Salah?" Soalku sambil mencebik.

"Salah sebab awak tiba tiba bagitahu sekarang pukul berapa tanpa sebab. Macam lah saya tak ada jam nak tengok sendiri." Akmar menjawab. "Tanpa sebab? Bersebab lah tu.. balik lewat, tinggalkan isteri sorang sorang kat rumah. I'm a girl, and I..." aku menjeling cctv yang dipasang. Terlupa!

"Abang lapar?" Soalku sambil menguntumkan senyuman. Akmar turut merenung cctv yang dipasang. Senyumannya muncul di bibir. "Jom masuk bilik? Abang mesti letih kan.. saya urutkan bahu abang.." aku menanggalkan jaket hitam yang dipakainya.

"Nanti lah masuk bilik. Kita duduk sini dulu ye sayang?" Akmar menarikku untuk duduk diatas sofa bersamanya.

Beraninya dia! Siap lah kau lepas ni!

"Tolong picitkan kepala abang.. sakit lah." Akmar menarik tanganku supaya memegang kepalanya. "Rambut awak berminyak.....sayang.." gumamku sambil mengetap gigi sebelum aku berpura pura ketawa walaupun dalam hati nak je tarik rambut dia ni.

"Awak suka tak?" Soal Akmar. "Gila kau tak suka.." aku meneruskan tawa palsuku.

"Abang, saya letih lah.. nak tidur." Aku menarik muncung. "Tapi abang nak berehat kat sini.." Akmar merehatkan kepalanya pada bahuku. Aku memegang kepalanya. Kalau aku pusing kepala dia ni macam skru, bahagia hidup aku!

"Pukul 12 nanti bunyi siren.. nak ke dengar bunyi bising?" Aku mencubit belakangnya. Dia lantas mengangkat kepalanya dari bahu.

"Yelah.." Akmar mengalah juga. Aku terus menariknya masuk ke dalam bilik. "Berani eh awak buat macam tu!" Marahku didalam bisikan. "Kita kan suami isteri?" Jawab Akmar tanpa merasa bersalah.

"Tapi saya taknak awak.. awak pun taknak saya." Aku memeluk tubuh sebelum melabuhkan punggung diatas katil.

"Saya nak mandi, tukar baju sekejap.. nak membebel, awak buat lah lepas ni.." gumam Akmar dengan nada tak bermaya. Mungkin terlalu penat bekerja. "Buat lah apa yang awak nak." Aku mencebik.

Bunyi pancuran air didalam bilik air sudah berhenti.. aku meletakkan telefon diatas meja sebelum berpura pura sudah tertidur. Akmar berjalan keluar dari bilik air dengan tuala dililit pada pinggangnya..

Aku menelan liur ketika terlihat dadanya yang bidang. Kan menarik macam ni..

Pintu almari dibuka.. Akmar mengeluarkan beberapa bag dari dalam almari.. pakaian dia, aku terlupa nak bagitahu tadi, sibuk membebel.

Dia menoleh ke arahku. Alamak.. dia tahu ke aku belum tidur?! Dia tahu ke aku sedang perhatikan dia ni? Mati lah aku! Takkan nak ubah posisi tidur secara tiba tiba...

Akmar menghampiriku.. jantungku berombak.. apa dia cuba buat ni! Tangannya turun ke bawah. Makin kuat jantung aku berdegup. Perlahan lah sikit, nanti Akmar dengar..

Akmar cuba nak buat sesuatu yang tak baik ke ni?! Dasar lelaki! Perlu ke aku bertindak sekarang? Aku merasakan sesuatu yang gebu dan lembut ditarik naik ke atas tubuhku. Dia menyelimutkan aku. Oh...

Macam mana lah aku boleh terlupa nak selimut tadi.. semua ni Akmar punya pasal lah, nak keluar dari bilik air tak bagitahu dulu. Rambut hadapanku yang jatuh ke wajah aku, diusap Akmar ke belakang telingaku.

"Goodnight.." bisiknya. Aku menelan liur. Apa yang Akmar cuba buat ni..

Selesai solat.. Akmar baring disebelahku. Lampu tidur turut termati. Serious lah papa!

Aku memusingkan badan ke arah Akmar.. malam ni je, betul betul last. Peluk aku..

Akmar bagai boleh dengar apa yang hati aku meminta, Akmar menarikku ke dalam pelukannya. Rambut hadapanku yang kembali menutup mata, ditolaknya ke belakang..

Aku merapatkan kepala pada dadanya.. mendengar jantungnya berdegup... tenang.

***

Hari cuti.. papa menyuruh Akmar membawaku ke majlis yang dianjurkannya.

Cuma mampu berdoa supaya itu bukan majlis yang seperti dahulu ketika aku dan Akmar ditangkap tanpa berzina.

"Terima kasih sebab belikan pakaian untuk saya.." kata Akmar sebaik sahaja keluar dari bilik persalinan. Aku memandangnya dari atas dan bawah..

Kacak..

Dia sememangnya kacak.. aku tak boleh menafikannya lagi. Walaupun pakaian yang dipakai bekerja hanya lah pakaian mekanik yang entah apa apa.. tapi rupa dia tu memang okay lah.. bahagia hidup kalau tengok hari hari. Aku tersenyum sendirian..

"Awak okay?" Soal Akmar sambil memandangku. "Ah.. ya." Aku lantas memandang cermin dihadapan kembali.

"Pegang tangan.." kataku sebaik sahaja keluar dari kereta bersama Akmar. "Kat sini ramai cousin saya.. awak cakap yang awak ni, um..." aku memandangnya atas bawah. "Not from here.." tambahku lagi.

"Dan.. awak ada company sendiri kat.. Canada." Akmar sekadar mengangguk.

"Alis!" Aku menoleh ke belakang untuk melihat sepupu yang agak rapat denganku kerana aku menjaganya dari kecil.. "hi Abby.." aku memeluknya.

"Kenapa akak Alis tak bagitahu akak dah kahwin?" Soalnya, dengan nada marah.

"Akak... um." Aku berfikir sejenak. "Akak Alis kahwin kat tempat lain, sebab tu dia tak sempat nak bagitahu.." jawab Akmar. Aku memandangnya sambil tersenyum. Boleh tahan juga dia ni dalam menipu.

"Ini ke suami kakak Alis?" Soalnya sambil tersenyum. "Kacaknya!" Jeritnya. Aku mengerutkan dahi. "Isy.. diam lah. Malu je." Marahku sambil mencubit pipinya.

"Tapi kacak sangat! Macam suami Abby." "Suami Abby?" Aku mengerutkan dahi. "Ala.. mat saleh.. berlakon cerita apa entah." Jawabnya. "Ee! Tak malu, suka hati je mengaku suami." Aku mengejek sambil ketawa.

"Jom lah.." aku memaut pinggang Akmar. "Okay.. jom, Alis." Aku merenungnya tajam. "Sekali lagi awak panggil Alis, saya akan korek anak tekak awak supaya awak tak boleh bercakap lagi." Aku meletakkan jari telunjuk pada dagunya.

"Ala.. comelnya korang!" Aku dan Akmar memandang dihadapan untuk melihat ibu saudaraku, Rita.

"Ni ke anak saudara auntie?" Soalnya. Aku tersengih.. "pandai Alis pilih ye.." pipiku diusap. "Sama cantik, sama padan.." auntie Rita tersenyum.

"Awak cantik ke.." Akmar memandangku atas bawah. Aku merenung Akmar sambil menarik muka. "Setahu saya, saya kacak je.." gumamnya dengan yakin. "Menyampahnya saya dengar." Aku menjulingkan mata ke atas. Akmar tertawa kecil.

"Dah sampai pun.." aku mendongak untuk memandang papa dihadapan kami. Aku melepaskan tangan Akmar untuk memeluk papa.

"Kalau Akmar pakai macam ni kan bergaya, handsome pula tu." Kata papa. Aku turut memandang Akmar. "Takkan lah saya nak pergi kerja pakai macam ni? Nanti orang cakap saya tak betul pula.." Akmar tergaru garu kepalanya. Aku tertawa kecil. "Tapi awak memang tak be-" aku tidak sempat menghabiskan kata kataku kerana papa sudah pun menjelingku tajam.

"Jom.. papa kenalkan menantu papa dengan semua orang." Papa menepuk bahu Akmar sambil tersenyum. Kalau papa nak kenalkan Akmar pada semua orang, macam mana bila kami bercerai nanti? Tak ke malu je yang aku dan papa dapat?

Atau papa ada niat lain?

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now