bab42

42.9K 842 36
                                    

Aku mengambil Andy di tadika sebelum ternampak Akmar yang memakai kaca mata hitam menunggu dihadapan pagar tadika. Mungkin Akmar juga sedang menunggu Andy. Akmar memandang keretaku, dia melambaikan tangan sebelum aku menghentikan kereta tidak jauh darinya. "Kenapa kau kat sini?!" Marahku didalam kereta, cermin kereta diketuk. Aku menghiraukannya sambil memandang ke tempat lain sebelum aku terdengar bunyi pintu dibuka. "Ha! Tabiat lama, tak suka kunci pintu!" Akmar menyergah. Jantungku berdegup kencang. Gementar bila berhadapan dengan dia. Akmar ketawa kecil ketika aku memandangnya.

"Terkejut?" Dia mengambil tempat duduk disebelahku sebelum menutup pintu. "Apa awak buat ni?!" Teriakku. Dia memandangku sebelum tersenyum. "Takkan duduk dengan isteri pun tak boleh? You owe me an apology." Akmar memeluk tubuh sambil merenungku. "Saya? I owe you an apology my ass." Gumamku sebelum dia ketawa. "Kenapa awak tinggalkan saya?" Soalan Akmar membuat tubuhku menggigil. Aku mematikan enjin kereta sebelum keluar dari situ.

Aku tak mahu berbual dengan Akmar tentang apa yang telah berlaku. Akmar turut mengikut aku keluar dari kereta. "Kalau tak ada orang cakap lagi, saya nak cakap ni.. hari ni awak nampak cantik sangat." Akmar bernafas dibelakang leherku. Aku tidak bergerak, terkaku disitu. "What do you want, Akmar?" Soalku tanpa memandangnya. Akmar berjalan ke hadapan, menghadap aku. Aku menundukkan kepala, tidak mahu bertentang mata dengannya. "I want you back." Aku mendongak untuk memandangnya. "I want Andy.." tambahnya lagi. "I want us. Together. Forever." Aku merenung Akmar tajam. "Awak dah hilang sa----" "Yes, if only I could turn back ti----" tanpa berfikir panjang, aku menghayun tanganku ke pipi Akmar. Dan kami masing masing terdiam.

Kaca mata hitamnya terjatuh ke bawah. Mata kirinya---- jantungku berdegup kencang. "Ma----- mata awak." Aku memegang kedua belah pipinya sebelum Akmar membongkokkan badan dan aku merapatkan wajahku dengannya untuk melihat matanya, dan parut pada kelopak matanya yang seperti ditoreh. Jantungku berdegup kencang. Terasa serba salah dengan apa yang aku lakukan sebentar tadi... "kenapa dengan mata awak?" Aku mengusap bawah matanya yang sedikit gelap akibat tidak cukup tidur, dia memegang tanganku pada pipinya sebelum menurunkan tanganku. Kaca mata hitamnya yang terjatuh diambilnya kembali. "Jangkitan kuman." Jawab Akmar sambil memakai kaca mata hitamnya kembali.

"Tak rawat?" Aku mengerutkan dahi. Dia menggeleng. "Saya anggap ni semua atas dosa saya pada awak." Akmar menguntumkan senyuman. Aku merentap tangan dari dipegangnya. "You're not that stupid.." aku mengerutkan dahi. Akmar mengangkat bahu. "Get a treatment!" "Nope." Akmar menggeleng. "Oh! Ya, saya lupa.. awak penakut." Aku mengangkat kedua belah kening sambil tersenyum sinis, sengaja sakitkan hati dia supaya dia pergi dapatkan rawatan. "Memang. Tapi saya lagi takut kehilangan awak." Aku dapat merasakan wajah sinisku bertukar menjadi wajah yang sedang menahan diri dari meraung. "I-----" "daddy!" Aku menoleh ke arah suara kecil Andy.

Akmar memandangku sebelum berjalan ke arah Andy. Akmar mengangkat Andy. "Kenapa daddy tak temankan Andy waktu rehat tadi?" Rengek Andy sambil memeluk tubuh. "Mommy datang dengan daddy?" Andy mengerutkan dahi. Akmar mengangguk, tipu! "Andy lapar!" Andy turun dari lengan Akmar sebelum menerpa ke arahku. "Masuk dalam kereta." Aku menguntumkan senyuman. "Tapi Andy nak pergi dengan daddy." Aku tercengang. "Wh----what?" Aku mengerutkan dahi. "Maksud Andy. Daddy pergi makan dengan kita." Andy tersengih sambil menggaru kepala.

"Tapi, daddy kan busy." Aku mengusap kepala Andy sambil memandang Akmar. "Tak, daddy tak sibuk pun." Akmar menguntumkan senyuman sebelum berjalan ke arah kami. Aku mengerutkan dahi. Aku dan Akmar?! Didalam kereta yang sama? No. Way..

"Wah! Seronoknya!" Andy menjerit di tempat duduk belakang. "Seronok kan?" Akmar menoleh ke belakang sekilas untuk memandang Andy sebelum memandang ke hadapan kembali. Andy mengangguk. "Kalau lah Andy boleh keluar dengan mommy and daddy lagi...." Andy tersengih menunjukkan gigi susunya sebaris. "Mesti lah Andy akan rasa lagi." Aku menguntumkan senyuman sebelum memandang Akmar, "kan?" Aku merenung Akmar sebelum Akmar mengangguk. "Iya, sayang.." sayang?! Wajahku terasa panas. Cepat cepat aku melarikan pandangan ke arah lain. Andy ketawa girang, "betul ke?!" Senyuman Andy menjadi lebar. Aku memandang Akmar sambil mengangguk. "Sabtu minggu depan, daddy datang ambil Andy dengan mommy. Nak?" Soal Akmar. Aku mengerutkan dahi. "Nak pergi mana?!" Andy sudah tidak sabar. "Hm... yang tu rahsia lah." Akmar tersengih. "Ee! Tak sabarnya!"

Akmar membawa kami ke mcDonald di tempat aku dan Adib terserempak dahulu. "Andy cakap dah lama mommy tak bawa makan kat mcD kan?" Soal Akmar ketika membuka pintu kereta untuk Andy. Andy mengangguk. "Mommy asyik beli pizza je," Andy mencebik. "Andy kan suka pizza?" Aku mengerutkan dahi. "Ya.. tapi Andy pun suka mcD juga."

Andy berkepit dengan Akmar dihadapanku. Hati aku dicuit rasa cemburu. Entah lah cemburu pada Andy atau Akmar. "Mommy tak sentuh pun makanan." Kata Akmar kepada Andy. Andy memandangku. "Kenapa mommy tak makan?" Andy mengerutkan dahi. "Mommy nak daddy suapkan kot?" Akmar tersengih. Andy memandangku sambil mengangguk. "Mommy nak daddy suapkan!" Andy ketawa, girang.

"Hm, mommy taknak buka mulut pun? Macam mana ni?" Akmar merenungku, "mommy! Buka lah mulut. Daddy nak suap." Andy berdiri diatas kerusi, Akmar merangkul pinggang Andy supaya tidak jatuh. "Andy, sit down." Aku merenung Andy. "After mommy buka mulut." Andy memeluk tubuh sambil ketawa kecil. Ni mesti Akmar yang ajar ni! Aku membuka mulut sedikit sebelum Akmar kelihatan kaku dihadapanku, "cepat lah!" Desakku. Akmar menguntumkan senyuman sebelum memasukkan nugget ayam ke dalam mulutku dan Andy kembali duduk.

Aku menyedut minuman sebelum terpandang Akmar. Air jernih turun dari belakang kaca mata hitamnya. Jantungku berdegup kencang. "Tunggu keja----jap tau." Suara Akmar pecah. Hati aku terasa sayu. Akmar... menangis? "Daddy pergi mana mommy?" Soal Andy ketika memandang ke belakang. "Toilet.." gumamku. "Daddy sakit perut ke?" Soal Andy. "Ya sayang, daddy sakit perut."

Aku memandang Akmar yang berjalan keluar dari bilik air. Dia menguntumkan senyuman sebelum melabuhkan punggung dihadapanku. "Are you okay?" Soalku. Akmar  sekadar mengangguk. "Akmar----" "mommy..." aku dan Akmar serentak memandang Andy yang memotong cakapku. "Kenapa mommy panggil daddy, Akmar? Aunty Suri panggil uncle Haizat, abang." Aku dan Akmar saling berpandangan sebelum wajahku terasa panas. "Andy, makan dulu." Akmar mengusap kepala Andy.

"Awak nak cakap apa tadi?" "Daddy." Andy mencelah lagi. Akmar memandang Andy sebelum aku menghela nafas. "Kenapa daddy panggil mommy, awak? Uncle Haizat panggil aunty Suri, sayang." Akmar memandangku sebelum ketawa, kekok. "Okay, first of all... siapa dia aunty Suri dan uncle Haizat ni?" Akmar memandang Andy. "Kawan baik mommy lah. Diorang yang jaga Andy masa mommy kerja." Andy tersengih.

"Andy nak mcflurry?" Aku cuba memancing Andy supaya dia tidak menyampuk lagi. Andy mengangguk laju. "Saya belikan." Akmar menawar diri. Aku sekadar mengangguk sambil memerhatikan Akmar.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now