bab28

45.8K 841 27
                                    

Kami tiba dirumah papa pada pukul 11 malam selepas menghantar Sofea pulang ke rumahnya.

Ibu dan Zairi meminta untuk menumpang di rumah papa selama beberapa hari kerana tidak mahu meninggalkan Zaim sendirian disini.

"Akmar dengan Al tidur sini je lah.. Lagi pun dah lewat ni, mesti Akmar letih." Papa mengusap bahu Akmar. "Tak apa.. Mar kuat lagi ni. Lagi pun rindukan rumah." Jawab Akmar sambil memeluk bahuku.

"Rindu rumah ke.. Rindu nak berduaan dengan Al?" Usik Zairi dibelakang ibu sambil ketawa. "Both..kot?" Akmar tersengih.

Aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang kami.. "Kenapa diam ni?" Soal Akmar sambil mencuit daguku. Aku menepis tangannya.

"Awak dah mengantuk eh?" Soal Akmar. Aku menggeleng. "Kalau belum.. Kita singgah makan dulu, nak?" Soal Akmar. Aku menggeleng. "Suka hati je geleng. Biar lah.. Saya yang drive." Akmar menjelirkan lidah sebelum menghentikan kereta.

"Jom." Akmar membuka pintu kereta disebelahnya sebelum keluar dari situ. Tali pinggang keledar masih kuat melilit tubuhku. Aku bertekad.. Aku taknak keluar dari dalam kereta.

Pintu kereta disebelahku sudah pun dibuka Akmar. "Cepatlah sayang.." Tangan Akmar dihulurkan kepadaku. Aku menghiraukannya. "Cepatlah.. Tak kesian ke tengok saya berdiri lama lama kat sini?" Soal Akmar lagi. Aku memeluk tubuh tanpa memandangnya.

Tangan Akmar dililitkan pada pinggangku. "Taknak turun sangat kan.." Matanya merenungku tajam. "Ey! Lepaslah!" Aku cuba menolaknya sebelum dia berjaya mengeluarkan aku dari lilitan tali pinggang keledar.

"Dah.. Jom." Aku berpura pura tak dengar. "Degil kan..." Kakiku dipegang sebelum mata kami bertaut. Aku membuka mulut ketika tangan kanannya berada pada bahuku.

"Don't you dare.." Aku memberinya amaran. Akmar tersenyum sinis sebelum mengangkat aku keluar dari kereta. Aku terjerit kecil ketika dikeluarkan dari tempat yang lebih terasa selesa dari bersama dengannya.

"Saya taknak datang sini!" Suaraku meninggi ketika Akmar menurunkan aku ke tanah. "Ish.. Kenapa tinggikan suara ni, malu lah kat orang." Akmar mengusap tanganku. Aku merentap tanganku dari disentuhnya sebelum memeluk tubuh.

"Jom mas--" "taknak!" Aku memotong cakapnya. "Minum?" Soalnya sambil memegang tanganku. Aku menggeleng. "Makan?" Aku menggeleng.

"Kenapa ni sayang?" Soalnya sambil merenungku.

"Tempat ni cantik.." Akmar memandang sekeliling. "Jom.. Saya ambilkan gambar awak." Tanganku ditariknya.. Aku hanya melangkah mengikut gerakannya ketika ramai mata mata yang memerhati kami. Tak pernah bergaduh ke yang tengok orang bergaduh macam ni?!

Pernah.. Cuma diorang bergaduh kat rumah atau tempat tersembunyi, kau tu bergaduh depan orang ramai, memang lah orang pandang. Aku mengetap bibir..

"Awak berdiri kat tengah okay?" Akmar membetulkan posisi berdiriku ditengah tiang yang banyak. Aku membelakanginya ketika dia sedang mengira..

"Aleisha.. Apa ni." Akmar kembali ke arahku dan memusingkan tubuhku untuk menghadapnya kembali.

"Satu... Dua--" kali ini aku menekup muka menggunakan tangan. "Aleisha.. Kenapa ni?" Akmar menghampiriku. Tanganku diturunkan dari muka. "Saya taknak ambil gambar.. Saya cuma nak balik." Jawab.. Dengan nada rayu.

"Sekejap lagi kita balik lah." Pujuknya. Aku mendengus sebelum menolak dadanya ketika dia cuba merapati aku. "Saya taknak!" Suaraku meninggi.

"Sayang, a-- apa ni?" Soal Akmar ketika aku menolak dadanya dari mendekati aku lagi. Dia masih cuba menghampiri walaupun aku menolaknya.

"Al.. Jangan lah." Pergelangan tanganku dipegangnya. "Stop it!" Suaranya meninggi. Aku terdiam.. Mataku berkaca.

"Jangan sentuh saya." Aku menarik tangan darinya sebelum membelakanginya sambil memeluk tubuh. "Sorry.." Bahuku dikucup sebelum aku berlalu pergi meninggalkannya di situ..

Dalam perjalanan pulang. Aku masih mendiamkan diri.. "Cakap lah sikit.." Pipiku diusap. Aku mendengus sebelum menolak tangannya dari menyentuhku. "Alah.. Garangnya dia malam ni."

"Siapa Huda?" Soalku sambil menjeling Akmar dengan ekor mata. "Lah.. Pasal tu tak habis lagi ke?" Akmar menggaru kepalanya. "Tak."

"Huda tu pekerja papa lah." Jawab Akmar sebelum mematikan enjin kereta. Aku membuka pintu untuk keluar dari bersamanya didalam kereta.

Akmar berjalan ke arah pintu selepas mengeluarkan bag pakaian kami.. "Habis tu yang awak menggatal dengan dia kenapa?" Soalku ketika Akmar memasukkan kunci ke dalam tombol pintu.

"Bila pula saya menggatal dengan dia?" Akmar mengerutkan dahi. "Dia menggatal dengan awak." Aku membetulkan ayat. "Mana ada.." Akmar menggeleng sebelum menolak pintu.

Kami berdua masuk ke dalam.. Lampu dipasang Akmar. "Bagi sini phone awak." Aku merenung matanya. "Nak buat apa?" Soal Akmar sambil menghulurkan telefonnya kepadaku. Aku menyambutnya sebelum melemparkan iphone 6 plus miliknya ke atas lantai sehingga skrin retak.

Masih tak cukup retak, aku memijak sehingga iphone 6 plus miliknya terpatah dua. Aku memandang Akmar yang sedang merenung telefonnya dikakiku.

"Awak memang tak pernah berubah.." Gumamnya sebelum mendengus.. Membawa bag pakaian kami masuk ke dalam bilik.

Aku mengambil telefonnya yang sudah pun rosak sebelum mencampakkannya ke dalam bakul sampah.

Tak pernah berubah lebih baik dari berubah dalam sekelip mata. Sekurang kurangnya kita tahu perangai aku macam mana dari awal..

Selesai membersihkan badan.. Aku keluar dari bilik air untuk memakai pakaian tidurku.

Aku bercadang nak berbaik dengan Akmar.. Sebab telefon dia pun aku dah rosakkan walaupun kat pejabat nanti dia akan berjumpa juga dengan Huda tu.. Huh!

Akmar masih berdiam diri diatas katil. Entah dah tidur ke belum. "Akmar?" Panggilku.. Tidak menyahut. Dah tidur lah kot..

"Awak tak percayakan saya?" Oh.. Belum tidur. Aku mengeringkan rambut tanpa menjawab soalannya.

"Answer me.." Entah bila dia turun dari katil, plug pengering rambut dimatikan. Mungkin terlalu bising. Tapi bising benda lain lebih seronok berbanding bunyi bising dari mulut orang.

"Kenapa tak tanya soalan yang sama pada diri awak?" Aduh.. Harap soalan ni tak membawa kami ke gelanggang pergaduhan lah sebab aku betul betul penat malam ni.

"Awak sayangkan saya ke tak?" Tubuhku dipusing secara mengejut. Aku mengerutkan dahi. "Saya cemburu, maknanya saya tak sayang ke?" Soalku kembali. "Kalau sayang, awak kena percayakan saya.." Pintanya.

"What about you? Awak sayangkan saya?" Aku merenung matanya. "Sangat..." Jawab Akmar sambil mengucup kedua belah tanganku. "Tapi awak tak percayakan saya.." Aku mencebik sebelum memusingkan badan untuk membelakanginya lagi.

"Saya percayakan awak..." Gumam Akmar. "Tak, awak sangka saya ada affair dengan Adib sebab dia contact saya.. Padahal saya tak pernah sembang dengan dia dalam phone.." Jawabku tanpa memandangnya.

"Dan, awak hilangkan telefon saya.." Tambahku lagi. "So.. Saya rosakkan sesuatu milik awak." Aku mengenyitkan mata ketika dia memandangku di pantulan cermin.

"Tak apa.. Awak nak rosakkan apa apa, awak rosakkan je lah. Yang penting jangan bergaduh lagi." Bahuku dikucup Akmar. Aku menjelingnya sebelum membuka mulut, "awak buat dia jatuh cinta ke?" Soalku sebelum mengetap bibir.

Akmar memelukku dari belakang. Wajahku dipandangnya didalam cermin. "How should I know?" Wajah Akmar sudah berubah, dia annoyed dengan soalan yang aku tanyakan kepadanya.

"Awak buat apa kat dia?" Soalku lagi. "Entah. Mungkin dia jenis mudah jatuh cinta kot, mana lah kita tahu." Akmar mengangkat bahu dengan wajah innocent membuat aku tersengih.

"Awak pernah sentuh dia?" Soalku lagi. "What the... Tak." Akmar menggeleng. "Papa mertua saya ada kat situ lah, susah nak menggatal." Tambah Akmar lagi membuat aku tertawa kecil.

Macam mana lah aku boleh terlupa. Papa kan ada....

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now