bab23

62.6K 862 9
                                    

Awal pagi lagi kami bertolak ke rumah papa.. aku sudah tidak sabar nak berjumpa dengan mereka yang kini dikenali sebagai satu keluarga.

"Dah kenapa tiba tiba senyum ni?" Daguku dicubit. Aku menjeling Akmar yang sedang menyandar belakangnya disofa.

"Saya tengah bayangkan.." aku mengetap bibir. "Bayangkan apa?" Soal Akmar sambil mengerutkan dahi. "Ada lah..." jawabku. "Apa dia? Bagitahu cepat..." pinta Akmar. "Kalau taknak?" Soalku sambil tersengih. Akmar memegang kedua belah pipiku.

"Okay.. this is awkward." Aku lantas menoleh ke arah suara yang kedengaran terlalu dekat dengan kami. Sofea. Aku menepis tangan Akmar supaya berhenti. "Bila sampai? Tak dengar pun.." aku bangun sebelum berjalan ke arah Sofea.

"Mananya nak dengar.. orang tengah sibuk kan." Perli Sofea sambil ketawa. Panas mukaku dibuat Sofea.

"Wah.. semakin kacak Akmar sekarang." Puji Sofea sambil menjeling Akmar yang sedang tersengih. "Mananya tak kacak, ada orang tolong kacakkan." Aku menoleh ke arah Akmar yang sedang merenungku. "Maksudnya.. awak mengaku lah yang awak ni kacak?" Aku mengerutkan dahi sebelum menarik muka.

"Um, apa yang boleh cakap, kan.." Akmar mengangkat bahu. Aku dan Sofea menjulingkan mata ke atas sebelum aku terdengar suara papa.

"Dah siap ke semua?" Soal papa yang sedang menuruni anak tangga. "Dah!" Jawabku, teruja. Setiap kali bercuti dengan papa mesti aku seorang yang paling teruja. Tapi dulu kami hanya berdua, cuma kadang kadang Sofea turut mengikut kami untuk menemani aku. Tapi sekarang, dah lebih dari dua..

Akmar mengambil tempat duduk pemandu, papa pula mengambil tempat disebelahnya.

Terpaksa lah aku duduk dibelakang sekali dengan Sofea. Ibu dan Zairi dah ambil tempat ditengah. Tak apa lah, sekali sekala mengalah.

"Nak ke mana?" Soal Sofea kepadaku. "Kau tanya aku?" Aku merenungnya. Sofea ketawa sambil menekup mulutnya menggunakan tangan. "Dah tu nak tanya siapa lagi.. kau sorang je yang dekat dengan aku." Kata Sofea sambil membetulkan posisi duduknya untuk menyandarkan belakang pada kerusi dengan lebih selesa.

"Al dengan Sofea nanti tidur dalam khemah berdua tau." Kata papa ketika keadaan semakin sunyi. Mata kami terbuntang luas. "Khemah?!" Aku dan Sofea memandang satu sama lain sebelum memandang papa.

"Taknak lah..." aku menggeleng laju. "Sakit lah belakang kita nanti." Sofea memegang bahunya. "Ingatkan nak tidur kat tempat yang selalu kita pergi tu.." muncung dibibirku ditarik.

"Yeke? Kat mana? Al pergi bercuti dengan papa ke? Bila?" Soal Akmar. "Tahun lepas. Ingat saya takde kehidupan ke apa?" Soalku kembali sebelum mereka ketawa. "Al ni, kalau tak cuti.. dia tak keluar dari rumah memang tak sah." Papa tersengih.

"Mana ada. Al ikut je kalau papa nak bawa. Tapi selalunya papa sibuk." Semakin panjang muncungku ditarik.

Aku dan Sofea bertekak kerana masing masing mahu tidur diatas kerusi dengan lebih selesa.. "dah nak sampai ni.. sabar lah." Pujuk papa. "Nasib lah dapat anak anak macam ni." Papa sememangnya menganggap Sofea seperti anak kerana Sofea sahaja rakanku dari kecil sehingga sekarang yang masih kekal.

"Sayang.. kita dah sampai ni." Rambutku diusap ke belakang. Aku membuka mata untuk memandang Akmar yang sedang membukakan pintu sebelum kembali berhadapan denganku. Aku mendepakan tangan.

Akmar merenungku sebelum mengangkat tubuhku. Aku ketawa kecil ketika diangkatnya.

"Manjanya dia.." suara Sofea. "Menyampah!" Sofea meletuskan tawa. "Ni yang rasa nak kahwin ni!" Tambah Sofea lagi sebelum aku meminta untuk diturunkan Akmar.

"Kahwin je lah. Takde siapa yang halang pun." Aku mencebik sebelum memeluk tubuh.

Lengan Akmar dirangkul pada leherku. "Eh.. menyampah betul ni!" Sofea memegang kepala. Aku ketawa sebelum mencapai tangannya.

"Tak apa. You're still the one." Aku mengenyitkan mata pada Sofea sebelum dia mencebik. "Kau dengan kau punya you're still the one tu dah boleh bakar hidup hidup dah. Berapa kali kau guna ayat tu syaiton!" Marah Sofea sambil mencubit tanganku.

"Nanti Al dengan Akmar bila dah ada anak anak, boleh lah datang tinggal kat sini." Kata papa sambil membukakan pintu.

"Bila nak ada anak?! Boleh lah aku tumpang tidur rumah korang." Sofea mengusik. Aku ketawa sambil menyiku lengannya.

Kami berjalan masuk ke dalam mansion papa yang sudah lama ditinggalkan. Agak banyak juga lah debu dan habuk.. papa mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya sebelum menelefon seseorang, mungkin pencuci rumah kot.

"Al, siapa cepat.. dia dapat bilik besar." Bahuku dicuit sebelum aku menoleh ke arah Sofea yang sedang berlari naik ke atas tangga.

Aku turut berlari naik ke atas sebelum menarik Sofea ke belakang untuk masuk ke dalam bilik besar. Aku ketawa sambil membukakan lampu. "Not fair.." kata Sofea dalam keadaan termengah mengah sambil merenungku tajam. Aku menoleh ke arah katil bersaiz king.

"Al nak katil ni papa.." rengekku sambil menarik baju papa. "Mana boleh. Ni aku punya." Sofea lantas naik ke atas katil. "Kongsi lah.. lagi pun banyak lagi bilik kan?" Papa memujuk.

Aku memandang Sofea yang sedang menjelirkan lidah. "No way.. keluar sekarang." Aku menunjuk ke arah pintu sebelum papa membebel kepadaku kerana mengusir orang.

"Yelah.. kita tidur berdua." Aku menguntumkan senyuman. Kenangan 10 tahun lepas bermain dikepala.

"Suami kau macam mana?" Soal Sofea sambil ketawa. "Tidur bertiga lah?" Gurauku. "Nyum.." Sofea menjilat bibir. "Ee! Kau keluar sekarang!" Aku menolaknya sambil ketawa. "Aku tidur bilik sebelah je lah. Boleh skodeng juga apa yang korang buat." Sofea ketawa nakal.

"Kau skodeng lah. Aku cungkil biji mata kau masa kau tengah perhatikan kami baru tahu." Aku mengugutnya. "Kau tengok lah Al.. kat dinding ni kan ada lubang?" Sofea mengangkat kening. "Al.. Sofea, turun cepat!" Laung papa dari bawah. Aku memandang Sofea sebelum kami berlari turun ke bawah.

Aku dan Sofea berehat diluar rumah ketika mereka sedang mencuci rumah yang berhabuk dan berdebu. "Ada orang lah kat situ.." kata Sofea sambil memandang ke arah mansion yang dikelilingi tasik disebelah kami.

Aku turut menoleh ke arah mansion itu. Kereta tu.. macam kenal je?

Jangan jangan...

Seorang lelaki memakai kaca mata keluar dari kereta bersama beberapa orang rakannya.

Tak salah lagi. Itu memang dia. "Weh, tu kan...." Sofea mengerutkan kening. Aku mengangguk sebelum membelakangi mereka.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now