bab45

46K 898 48
                                    

Kami menunggu makanan yang dipesan sebentar tadi sebelum Akmar mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya. "Aren't mommy look cute?" Soal Akmar kepada Andy disisinya. Andy memandang ke telefon Akmar, "mommy cantik!" Andy memandangku sambil tersenyum sebelum cahaya dari telefon Akmar menghala ke mukaku. "Oops. Terbuka flash pula." Akmar tertawa kecil. Dan aku mula menekup muka menggunakan tangan. "Satu je, please?" Pintanya. "Taknak!"

"Please sayang?" Wajahku terasa panas. Aku memejamkan mata. "Please mommy?" Giliran Andy pula memujuk. Ni mesti ajaran Akmar. "Please?" Aku mengangkat muka sambil memandang mereka. "I love you.." ucap Akmar sebelum jantungku berdegup kencang. Wajahku terasa lebih panas dari tadi. "Ak----mar." Aku meneguk liur. "So precious." Gumam Akmar sambil tersenyum nipis.

"Andy nak minta hadiah apa dari daddy untuk birthday nanti?" Soal Akmar sambil memandang Andy. "Andy nak..." Andy memegang dagunya yang comot akibat terkena cheese. "Andy nak adik!" Laung Andy membuat orang ramai memandang ke arah kami. Aku dan Akmar saling berpandangan seketika. "Andy. Perlahankan suara.." aku memegang tangan Andy diatas meja sebelum Akmar ketawa kecil. "Andy nak adik lelaki ke perempuan?" Soal Akmar, melayan. "Lelaki!" Jawab Andy. "Hm... kan Andy dah lelaki. Taknak adik perempuan?" Soal Akmar sambil tersengih, menjeling aku sekilas.

"Taknak. Budak perempuan suka menangis." Andy menarik muka sambil menggeleng. "Tak baik cakap macam tu, mommy pun perempuan juga tau." Kata Akmar sambil memandangku. "Mommy pun menangis." Huh!? Akmar memandangku sebelum aku meneguk liur. "...saya tak selemah tu----okay." Aku mengedipkan mata dua kali. "Saya tak cakap apa pun?" Akmar ketawa kecil.

"Ya, nanti daddy bagi adik lelaki ye?" Akmar mengucup dahi Andy membuat aku terasa janggal. "Yay!" Andy meloncat diatas kerusi. "Andy, duduk atau daddy taknak bagi adik." What the.....cara pujuk jenis apa ni?! Akmar memberi aku tarikh untuk rawatan matanya. Aku sekadar bersetuju untuk menemaninya sahaja ketika Andy ke tadika. "Awak okay ke pergi berdua je dengan saya?" Soal Akmar sambil menongkat dagu. "Kenapa? Awak nak pergi bertiga ke?" Soalku kembali. "Ke awak taknak pergi dengan saya?" Soalku lagi. "Aleisha, kenapa suka tukar perbualan jadi pergaduhan ni?" Akmar merenungku. "I didn't." Aku mengerutkan dahi.

"I'll pick you up at 9, boleh?" Aku sekadar mengangguk. "Kalau rawatan tu ambil masa sampai pukul 12 macam mana?" Aku mengangkat kedua belah kening. "Awak naik kereta saya pergi jemput Andy. Mudah." Jawab Akmar. Entah kenapa aku tanya soalan bodoh macam tu.

Aku membawa Akmar melawat Sofea di hospital. "Segan lah saya dengan dia.." Akmar menggaru kepalanya, risau tak diterima orang lain. "Kenapa nak segan?" Aku mengerutkan dahi. "Awak dengan dia kan.....suka berkongsi cerita. Tipu lah kalau takde cerita pasal saya." Akmar tersengih. "Kalau dia benci saya? Lepas tu dia lempar air yang dicucuk ke dalam badan dia kat saya macam mana? Sofea tu dah lah garang." Gumam Akmar sebelum aku ketawa. "Merepek lah awak ni.."

Aku menolak pintu untuk melihat Zairi dan papa yang sedang berbual dengan Sofea. Tanganku dipegang Akmar. Aku menunduk untuk memandang tangan kami sebelum mendongak untuk memandang Akmar yang sedang merenung Zairi dan papa. "Abang Mar?" Panggil Zairi sebelum berlari ke arah kami. Zairi mengambil Andy, menurunkan dia ke atas lantai sebelum menumbuk Akmar di pipi , Akmar terjatuh ke bawah bersama cermin mata hitamnya. "Zairi! Apa awak buat ni?!" Teriakku cuba menghalang Zairi dari menyentuh abangnya. "Lelaki tak guna ni dia tinggalkan kita tanpa khabar berita. Apa yang awak nak kisah sangat pasal dia?!" Tengking Zairi kembali.

"Tapi lelaki tak guna ni datang balik kepada kita! Apa masalahnya?!" Zairi masih cuba untuk menerkam Akmar, aku menolak Zairi dari menyentuh Akmar. Zairi mendengus sebelum membetulkan kot yang dipakainya, Zairi kelihatan semakin tenang. "Al tak rasa marah sebab dia tinggalkan kita?" Soal Zairi kepadaku. "Papa and Sofea sepatutnya marahkan saya sebab tinggalkan diorang juga. Tapi ada ke Zairi tengok Sofea datang berlari kat saya untuk tumbuk muka ni?" Aku memandang Zairi sambil menunjuk mukaku. Dan mereka cuba bertenang sebelum aku membantu Akmar berdiri.

"Zaim dah takde. Abang Mar sepatutnya balik kampung juga walaupun jarang jarang, tinggal dengan ibu. Jaga ibu. Atau, pujuk ibu tinggal sini. Tapi sekali abang Mar dah pergi, you're not coming back. Macam tu kau panggil keluarga?" Kata Zairi kepada Akmar. Akmar berdehem sebelum memakai kaca mata hitamnya kembali. "Kau jaga hal kau, aku jaga hal aku." Kata Akmar sebelum melepaskan pinggang aku dan pergi dari situ. Kami semua tergamam. "Kau memang tak berguna. Sampai mati aku takkan anggap kau abang!" Teriak Zairi. Langkah Akmar terhenti sebelum dia mengenggamkan tangan, dan perlahan lahan Akmar berjalan pergi. Aku sangkakan Akmar dan Zairi selalu berjumpa, ternyata Akmar meninggalkan semua orang.

Kenapa lah Akmar buat macam tu pada adik dia? Kau jaga hal kau, aku jaga hal aku. Boleh tahan pedih juga kalau terkena ayat tu oleh orang yang kita sayang. Apa sebab Akmar buat semua tu? Siap hindarkan diri dari pulang ke kampung. Semua ni ada kena mengena dengan mata dia ke? Semakin lama Akmar semakin pandai berahsia.Tak kira macam mana pun, aku akan tetap cuba korek rahsianya sedikit demi sedikit. Tunggu lah...

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now