bab3

93.9K 1.1K 12
                                    

Akmar POV

"Wah.. cantiknya kereta." Sapa Aiman sebaik sahaja aku keluar dari kereta. Aku memandang kereta milik bapa mertuaku.

"Kau merompak ke apa.." soalnya lagi sambil merenung kereta BMW berwarna silver yang aku pandu..

"Tak lah.. bapa mertua aku kasi." Aku menggigit bibir. Terlepas cakap...

Mereka memandangku. "Kau dah kahwin?! Bila?" Soal Wan sambil berlari ke arahku.

"Dah.." jawabku.. "tak jemput pun eh.. macam ni kawan." Aiman menepuk belakangku dengan nada hampa.

"Nanti kenduri aku jemput lah." Aku menelan liur. Dah tak tahu nak jawab apa lagi. Takkan nak mengaku kena tangkap basah? Mesti diorang fikir aku ni bukan bukan.

"Isteri kau mesti bukan orang biasa ni.." Mirza bersuara ketika aku memeriksa enjin pada kereta pajero yang dihantar pagi tadi.

"Dia memang bukan manusia biasa aku rasa.." aku mencebik. Mirza tertawa kecil. "Kenapa? Kau kahwin dengan haiwan ke apa?" Seloroh Mirza sambil menghampiri aku untuk mengorek rahsia.

"Perangai tu.. isy! Buruk.. kalau aku tahu perangai perempuan memang macam tu, memang tak lah aku nak kahwin." Gumamku. "Kau kena kahwin paksa ke apa ni?" Soal Mirza dalam keadaan berbisik.

Mirza adalah rakanku dari kampung, kami datang ke bandar bersama untuk mengubah hidup.. tiada satu pun rahsia diantara kami. "Lebih teruk dari tu Za.. aku kena tangkap khalwat." Bisikku. Matanya terbuntang luas.

"Kau biar betul Mar?!" Mirza mengerutkan dahi. "Kau tengok muka aku ni, kau nampak muka aku muka bahagia ke tak?" Soalku sambil membuat muka serious. Dia ketawa.

"Tapi macam mana?" Mirza mengerutkan dahi. "Kau tahu kan Johan ajak aku teman dia ke majlis bodoh apa tu.." aku merenung Mirza yang sedang fokus mendengar ceritaku, Mirza mengangguk.

"Malam tu.. aku dengan budak ni masih blur, tak tahu apa pasal semua orang berlari.. aku biasa lah, kau pun tahu aku ni noob dan slow. Tapi tak tahu pula budak tu pun sama level aku je. Masa tu pula kitorang tengah gaduh.. rupanya ada pak haji dah lama usha tempat tu. Tempat tu sarang maksiat rupanya.." aku bercerita dengan panjang lebar kepadanya.

"Budak tu umur berapa? Lawa tak? Expert tak?" Soal Mirza. "20.. muda sangat! Lawa tu, tak langsung.." tipuku. Tipu lah kalau cakap gadis berkulit putih, rambut yang sempurna kedudukannya, bibir masih merah walaupun tidak mengoles lipstick, pipi masih gebu walaupun tidak menyapu blusher, bentuk badannya yang seperti model.. dia adalah bidadari, tapi perangai kurang waras dia tu... sorry to say lah... bukan type aku.

"Expert apanya? Dia asyik hina aku je." Aku mencebik. "Nasib kau lah Mar.." Mirza tertawa kecil.

"Bapak budak tu tak marah ke?" "Sabar lah.. ni aku nak cerita pasal bapak dia lah ni.." aku memarahi Mirza. Mirza ketawa sambil mengangguk.

"Rupanya bapak dia tu orang yang kita selamatkan bulan lepas.." aku menepuk dahi. "Yang mana ni?" Mirza tergaru garu kepalanya. "Alah! Yang-" "abang.." suara tu..

Aku dan Mirza menoleh ke belakang untuk melihat seorang gadis yang sudah aku kenal. Aleisha. Matanya bertembung denganku ketika mata mata pekerja disini merenungnya.

Dia menghampiriku. "Peluk saya.." bisiknya sambil menjegilkan mata. "Ke-" "peluk.." Al lantas menarik lenganku untuk memeluknya. Bunyi bunyi terkejut dari mulut para pekerja disitu membuatkan aku menjadi segan.

"Papa kat belakang.." bisiknya. Aku hampir mengangkat kepala dari bahunya untuk melihat bapanya, Al lantas mencubit belakangku. "Jangan lah tengok." Marahnya.. aku tertawa kecil sambil menyembunyikan mulut pada lehernya.

"Akmar.." aku lantas mendongak untuk memandang bapanya yang menghampiri kami. Al masih tak lekang senyuman pada bibirnya.. pandai betul dia berlakon.

Aleisha POV

Aku tersenyum ketika papa menghampiri kami. "Mana sorang lagi?" Soal papa kepada Akmar. Siapa pula yang papa maksudkan?

"Ni.. Mirza." Akmar menoleh ke belakang, aku turut menoleh bersama dengannya.

Lelaki bernama Mirza menghampiri kami.. mata kami bertaut sebelum aku melarikan pandangan darinya.

"Terima kasih kerana bantu saya tempoh hari." Papa mengucapkan terima kasih kepadanya. "Tak apa lah Encik, lagi pun.. Akmar yang banyak membantu." Mirza tersenyum.

"Encik-" "papa.." aku membetulkan ayat Akmar. Ada ke patut dia panggil papa, Encik. "Tak apa lah Al.. dia belum biasa." Papa membelanya. Aku menjeling Akmar sebelum menguntumkan senyuman kepada papa.

"Isteri abang ni nak ke mana dengan papa?" Soal Akmar sambil mengusap pipiku. "Nak shopping sebab suami kita sibuk jadi orang suruhan." Jawabku sambil tersenyum.. senyuman yang sedang aku paksa..

"Bagus lah isteri abang dah nak keluar dari rumah. Dah takde puteri lilin yang takutkan matahari.." pipiku dicubit kuat. Aku tersengih sambil menepis tangannya. "Harap tak cair lah kat luar sana." Perli Akmar lagi.

"Bye.. jumpa kat rumah nanti." Aku melambaikan tangan ke arahnya ketika memegang lengan papa sebelum masuk ke dalam kereta.

"Papa tahu apa yang Al cuba buat.." aku menoleh ke arah papa, aku menjadi cuak. Jangan lah tambah lagi sebulan. Baru sehari dah rasa macam hidup dengan budak berumur dua tahun.

"Al cuba ambil hati suami Al kan?" Papa tersenyum. "Ah.. ye.." aku mengangguk laju. "Dah mula rasa cintakan dia ke?" Soal papa. "Sangat..." jawabku sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap. Cinta lah sangat!

Kami menuju ke pakaian lelaki. "Papa nak beli untuk papa ke?" Aku mengerutkan dahi. "Tak lah.. untuk Akmar." Jawab papa.

"Buat apa nak belikan untuk dia? Dia tinggal dengan Al kan cuma enam bulan.." aku mengerutkan dahi.

"Selama enam bulan tu dia menantu papa. So..." papa mengangkat kedua belah keningnya. "Yelah.." aku mengalah juga akhirnya..

"Akmar muat tak?" Soal papa sambil meletakkan kemeja berwarna putih yang besar pada tubuhku. "Dia tak gemuk lah.." aku memeluk tubuh. "Tak rasa macam singkat sangat ke?" Ngomelku. "Okay kot.." aku tersengih ketika papa mendapat ukuran yang sesuai.

Beberapa helai kemeja sudah dibeli. "Al tahu tak saiz seluar dia?" Soal papa. "Pinggang dia besar sikit dari Al.." kataku sambil membayangkan pinggangnya ketika aku memeluknya.

"Panjang pula.. pinggang dia kat atas pusat Al.." "cekap lah Al.." kata papa sambil ketawa. "Biasa lah. Al kan boleh ingat dalam sekelip mata." Aku tersengih. "Akmar suka warna apa?" Soal papa. "Oh.. yang tu Al tak tahu." Aku tergaru garu kepala sambil memerhati neck tie yang disangkut.

Akmar POV

"Kau cakap dia buruk!" Mirza merenungku. "Bagi kat aku je lah.. kalau kau rasa dia tu buruk." Tambah Mirza lagi. Aku tergaru garu kepala yang tidak gatal

"Kau nampak tak cara dia pandang aku tadi?" Soal Mirza.. aku mencebik. "Nampak tak cara dia peluk aku tadi?" Soalku kembali. "Aik.. cemburu ke?" Mirza meletuskan tawa.

"Isteri kau lawa!" Azman menepuk bahuku. "No wonder lah kau tak jemput kitorang." Aiman turut mengusik sambil tertawa kecil. "Yes.. aku nak sembunyikan dia dari korang." Kami meletuskan tawa.

Kalau lah mereka tahu aku dan Al dirumah macam mana.. mesti diorang tak salute sampai macam ni. Nasib badan...

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now