bab22

68.8K 912 20
                                    

Aku memasukkan pakaian kami ke dalam bag. "Tak siap lagi ke.." soal Akmar yang baru masuk ke dalam bilik. "Dah nak siap lah ni.." jawabku acuh tak acuh.

"Ibu dah siap?" Soalku ketika Akmar sedang melabuhkan punggung disebelahku. "Dah.. Zairi pun dah." Jawab Akmar. "Sayang dah bagitahu papa?" Soal Akmar sambil memandangku.

"Dah.. saya dah bagitahu semalam." Jawabku sebelum menguntumkan senyuman. "Tapi semalam sayang tidur awal." Akmar mengerutkan dahi.

"Saya terjaga pukul 3." "Lepas tu sayang buat apa?" Soal Akmar lagi. "Buat apa? Cuba untuk tidur balik lah." Jawabku sambil mengerutkan kening.

"Kenapa tak kejutkan saya?" Soal Akmar. "Sebab.... awak nampak nyenyak je tidur." Gumamku. "Saya boleh dodoikan awak macam ni." Akmar mendekatiku, menarik aku ke pelukannya untuk mendodoikan aku. Aku ketawa.

Dan pintu terbuka. Aku dan Akmar memandang ke arah pintu. Zairi. Cepat cepat aku menolak tubuh Akmar dari menyentuhku sebelum aku bangun.

Rahang Zairi terbuka. "A-- aku----" Zairi berlari meninggalkan kami. "Apa ni! Suka biar pintu tak berkunci tau!" Marahku tanpa memandangnya. Dua kali aku dapat malu!

"Mana lah saya tahu.. ingatkan nak borak dengan awak sekejap. Rupanya lain pula jadinya, sebab tu lah saya tak kunci pintu." Tanganku dipegang Akmar. Aku menepis tangan Akmar dari menyentuhku.

Akmar menangkap tanganku yang sedang menampar pehanya. "Sakit lah sayang.." mata kami bertembung.. wajah Akmar didekatkan kepadaku..

Aku menjeling pintu dibelakangnya sebelum menolak Akmar. "Pintu tu tak reti tutup tapi nak buat macam macam kat orang." Aku mendengus sebelum Akmar bangun dan menutup dan mengunci pintu.

Aku memerhatikan Akmar yang sedang memandang kereta. "Kenapa?" Soalku, aku juga turut memandang kereta. "Kalau ibu duduk didepan, nanti awak duduk dibelakang." Kata Akmar, tak berpuas hati. "So?" Aku mengerutkan dahi. "Zairi pun ada kat belakang." "Alah.. biar je lah. Dia muda pada saya kan." Aku mengangkat kening.

"Mana boleh.." Akmar tergaru garu kepalanya. "Awak duduk atas riba saya je lah.." usik Akmar sambil melaga bahunya pada bahuku. "Merepek lah awak ni." Aku menampar tangannya yang sedang menyentuh tanganku.

Akmar tertawa kecil sebelum membantu ibu mengangkat barang mereka masuk ke dalam kereta.

Aku dan ibu masuk ke dalam kereta.. Akmar dan Zairi dihadapan.

Dalam perjalanan.. ibu menceritakan pengalamannya datang ke bandar bersama suaminya, ayah Akmar.

"Ibu.." panggil Zairi ketika suasana sedikit tegang. "Hm?" Ibu bermalas malasan menjawab. "Tak lama lagi.. ibu akan dapat cucu tau." Zairi ketawa terkekeh kekeh disebelah Akmar. Wajahku berubah warna.. "kau ni, jangan lah." Akmar menyiku lengan Zairi.

"Tapi betul la kan?" Zairi menjeling aku dibelakang sambil ketawa. "First time aku tengok secara live." Zairi menghabiskan sisa tawanya.

"Selama ni tengok tak live lah? Tengok yang direcord?" Bidas Akmar kembali. "Maybe..." Zairi meletuskan tawa lagi. "Apa apa je lah korang ni." Ibu menggeleng. "Ibu dengar tak ni adik cakap.. ibu akan dapat-- ouch! Sakit lah!" Zairi mengaduh kesakitan. "Ha tahu pun.. diam lah kau." Marah Akmar. "Nanti aku tak belikan apa yang kau nak baru tahu.." ugut Akmar. Zairi terdiam sebelum menyandarkan belakangnya pada tempat duduk.

"Ibu sejuk ke?" Soalku sambil memegang tangan ibu. Sejuk betul ni!

Aku mencapai sweater milikku yang disangkut untuk menyelimuti tubuh ibu. "Ibu letak kepala kat sini.." aku menepuk bahu sebelum ibu melentokkan kepalanya pada bahuku.

"Nak makan dulu tak?" Soal Akmar sambil memberikan signal.. "boleh juga.." jawab Zairi. "Aku tak tanya kau. Aku tanya Al dengan ibu." Akmar mencebik.

"Boleh lah.. untuk segarkan mata ni." Kata ibu sebelum mengangkat kepalanya dari bahuku.

Aku memegang tangan ibu ketika kami masuk ke dalam kedai makan..

"Seafood.." Zairi mengukirkan senyuman pada bibirnya. "Kau pilih lah nak makan apa.." kata Akmar kepada Zairi. "Sayang nak ikut pilih lauk ke nak duduk dengan ibu?" Soal Akmar sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar.

"Saya teman ibu je lah.." jawabku sambil menguntumkan senyuman. Akmar mengangguk. Aku mencari tempat duduk dengan ibu ditempat yang tiada ramai orang.

"Dah lama ibu tak keluar macam ni.." kata ibu sambil memandang sekeliling. "Nanti.. setiap minggu Al datang bawa ibu ke tempat macam ni, nak?" Aku menguntumkan senyuman. "Susahkan Al je.." ibu menggeleng. "Apa yang susahnya, tak ada lah."

Selesai mengisi perut.. kami berjalan ke arah kereta. "Is that your car?" Tegur satu suara. Aku dan ibu turut menoleh ke arah gadis yang memakai dress berwarna maroon yang hanya separas peha.

Wajahnya seperti Chinese.. "ya?" Akmar mengerutkan dahi. "Sorry.. I block kereta you.. sekejap ye." Dia menguntumkan senyuman kepada kami. Akmar membuka pintu kereta untuk ibu.. kerana ibu kelihatan mengantuk.

Aku memandang kereta Alza berwarna kuning dibelakang kereta Akmar. Akmar memandangku.. aku turut memandangnya.

"Sorry again.." kata gadis itu sambil mengeluarkan kad dari dalam handbag yang digalasnya. "This is my card." Katanya sambil menghulurkan kepada Akmar. Aku mendekati mereka, mengambil kad ditangan seorang gadis disitu, "thank you. I'll making sure my husband not to contact you." Aku menguntumkan senyuman.

Wajah gadis itu berubah.. "oh.. I'm sorry. I ingatkan adik.." dia tergaru garu kepalanya sebelum berlalu pergi dari situ. Zairi meletuskan tawa. "Perempuan zaman sekarang. Nampak orang naik kereta mewah je.. mula lah nak menggatal." Zairi menggelengkan kepala.

Zairi turut masuk ke dalam kereta. Kali ini dia duduk dibelakang. Akmar membukakan pintu untukku..

"Ibu dah tidur ke?" Soal Akmar kepada Zairi dibelakang. Tiada jawapan. Aku menoleh ke belakang sebelum ketawa kecil. "Dua dua dah tidur lah.."

Tanganku yang berada diatas peha dipegang Akmar.. jam didalam kereta aku kerling. 12:54am. Kesian pula dengan papa nanti dia kena bangun untuk buka pintu pula.

"Macam mana kalau papa dah tidur?" Soalku sambil menjeling Akmar. "Cuba whatsApp.. kalau dia tak balas, kita balik rumah dulu lah." Jawab Akmar. Aku mengangguk sebelum menghantar pesanan pada papa.

Me
Papa dah tidur ke?

Beberapa minit kemudian telefon bergetar.

Papa👨💞
Not yet..

"Belum.." jawabku sambil memandang Akmar. Akmar mengemamkan mulutnya sebelum mengangguk.

"Ibu, Zairi.. dah sampai ni." Akmar mengejutkan adik dan ibu didalam kereta.

Aku menekan loceng, sekali je.. taknak bising, nanti papa marah. Pintu dibuka. Zairi dan Akmar bersalaman dengan papa.. "masuk lah.. buat macam rumah sendiri." Papa menguntumkan senyuman sambil menjenguk ke luar rumah. "Abang Akmar tak datang ke?" Soal papa sebelum menutup pintu.

"Tak.. abang sibuk sikit." Tipu Akmar. Dia memang bijak dalam menyembunyikan sesuatu. Papa sekadar mengangguk.

"Kitorang balik dulu." Kata Akmar sambil merangkul leherku. "Tak tidur sini ke?" Soal papa. Aku menjadi serba salah pula. "Baju kitorang tak ambil lagi. Esok dah nak bertolak kan?" Aku memberi alasan. Papa mengangguk.

"Eh sekejap.." papa memegang lenganku. Aku memandang papa. "Al ajak Sofea sekali ke?" Soal papa. "Um.. ya." Jawabku. "Uh.. patut lah dia tanya papa macam macam semalam." Papa tertawa kecil.

"Okay. Goodnight.. hati hati drive." Pesan papa. "Papa pun. Tidur elok elok.." pesanku kembali.

"Awak ajak Sofea?" Soal Akmar dalam perjalanan pulang kami. Aku mengangguk. "Saya memang selalu ajak dia kalau nak bercuti.. sebab saya takde mama kan.. bosan juga lah dengan papa je.. nanti papa ke toilet, saya nak ke mana." Aku tertawa kecil.

"Rapat betul eh awak dengan Sofea." Akmar tersengih sambil menjelingku.

"Dah mengantuk ke?" Soal Akmar ketika aku hampir terlelap.. tangannya diletakkan diatas tanganku.

"Almost. Jangan lah tanya setiap 5 minit!" Rengekku. Akmar ketawa sebelum mengangguk, "baik puan!"

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now