bab8

69.7K 1.1K 24
                                    

"Al takde isi lagi ke?" Soal ibu.. aku mengerutkan dahi sambil memandang Akmar. Aku kurus sangat ke sampai ibu dia tak nampak isi?

"Mengandung lah kakak." Zairi bersuara. Wajahku menjadi panas sebelum menggeleng. "Kau buat macam mana ni Mar? Mesti tak kuat kan." Zaim mengusik. Aku memandang Akmar yang sedang merenung mereka..

"Mungkin nanti kot.." jawab Akmar, tenang. "Kitorang nak anak saudara secepat yang mungkin.." usik Zaim. Akmar memandangku sebelum merenung nasi didalam pinggannya kembali.

Aku berehat didalam bilik Akmar.. "maybe I should be more like her.." aku mengikut lirik yang dinyanyikan Selena Gomez ketika mendengar lagu.

Aku membuka mata ketika earphone ditarik dari telinga. Aku memandang Akmar. Tilam kecil dan panjang dihampar diatas lantai disebelah katil yang sedang aku baring.

"Goodnight.." bisiknya sebelum merebahkan badan diatas tilam berwarna krim itu. Aku menoleh ke arahnya. "Akmar.." panggilku. Akmar membuka mata untuk memandangku.

"Tidur tanpa awak dibelakang untuk lindungi saya..rasa——-tak selesa.." kataku sambil memandangnya. Akmar tersenyum sumbing..

"Tidur dengan ruang yang banyak pun rasa tak selesa walaupun saya memang suka tidur dengan ruang yang luas." Mata kami bertaut sebelum aku mengetap bibir.

"Boleh tak kalau—— saya..." aku menelan liur.. Akmar sabar menunggu soalan yang akan keluar dari mulutku. "Boleh saya tidur dengan awak?" Soalku sambil menarik selimut hingga ke mulut untuk menutup bibirku yang sedang tersenyum malu.

Akmar tersenyum. "Awak nak tidur atas lantai ke?" Soalnya. "Nanti awak sakit badan.." katanya sambil memandangku. "Saya tak kisah.. asalkan, awak ada kat sebelah.." aku lantas turun ke bawah untuk merebahkan badan disebelahnya.

Aku mengiring menghadapnya.. mata kami bertaut.. "nak tanya sikit.. boleh?" Soal Akmar sambil menarikku ke dalam pelukannya. Tempat yang membuatkan aku merasa lebih selamat. "Tanya lah.." gumamku.

"Setiap kali awak nyanyi.. kenapa awak suka ambil part sedih je?" Soalnya sambil meraup rambut yang menutup mataku ke belakang. Aku menguntumkan senyuman.

"Sebab..." aku menggigit bibir sebelum mengangkat bahu. Akmar tertawa kecil.. "tak apa lah.. tidur.. esok nak bangun awal." Bisik Akmar. "Nak ke mana?" Soalku sambil mengusap pipinya menggunakan jari telunjuk. Jariku menari dipipinya, perlahan lahan menuju ke hidung dan seterusnya bibir.. bibirnya yang berwarna merah.

"Jumpa ayah." Bisiknya sambil merenung mataku. "Ayah awak kat mana?" "Esok lah.." bisiknya sambil memegang tanganku pada bibirnya.

"Can I..." aku memejamkan mata. Segan.. "yes. Awak boleh kiss saya." Aku membuka mata sambil tersenyum sebelum mendekatkan wajahku padanya.. jantungku berdegup kencang, terasa bagai malam ini adalah malam terakhir aku diatas muka bumi ini.

"Goodnight.." bisiknya. Aku membatu pada dadanya..

Bunyi papan diatas lantai dihentak. Aku membuka mata untuk melihat aku berada diatas katil. Aku bermimpi ke semalam? Bunyi papan dihentak lagi. Aku berpusing ke arah Akmar yang sedang solat.. rajinnya dia.

Aku pun sudah tidak ingat bila kali terakhir aku solat. Aku juga tidak pasti.

Aku membuka mata sedikit untuk memandang Akmar yang sedang menadah tangan untuk membaca doa.

Dia menoleh ke arahku beberapa kali sebelum kembali memandang tangannya..

Namaku disebut.. Akmar terdiam seketika. Jantungku berombak kencang.. dia berdoa untuk aku ke?

Bunyi esakan.. suaranya sekejap hilang sekejap kuat. Aku tidak dapat mendengar sepenuhnya.

"Aku ikhlas cinta dan sayangkan dia." Aku memejamkan mata kembali.. aku tidak mampu berbuat apa apa.

Sudah tiada bunyi suara, sekadar esakan.. aku menelan liur ketika dia menghampiriku..

Perlahan lahan dia merebahkan badan disebelahku.. ingin sahaja aku memeluknya erat tetapi aku tidak mampu. Akmar menarikku ke dalam pelukannya, dia tahu aku memang perlukan pelukannya.

***

"Al.. bangun, kita dah janji nak jumpa ayah." Aku lantas membuka mata untuk melihat Akmar yang sedang menyarung seluar jeans hitamnya.

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap ketika Akmar sedang menghidupkan enjin kereta.

Aku tidak mengeluarkan suara dalam perjalanan kami untuk berjumpa bapanya. Aku menyentuh bibirku.. ciuman dari Akmar terasa hangat seperti betul betul menyentuh bibirku. Tak sangka aku cuma bermimpi.

"Kenapa? Menyesal cium saya semalam?" Soal Akmar. Aku menoleh kearahnya. "Cium awak?" Aku mengerutkan dahi. "Oh.. dah curi ciuman pertama kita lepas tu dia buat buat lupa pula.." Akmar mengangguk sambil menarik muncung. Berpura pura kecewa. Aku meletuskan tawa.

"Betul lah saya cium awak?" Aku mengerutkan dahi. "Saya ingat mimpi sebab bangun tadi dah ada atas katil." Tambahku lagi. "Yelah... saya yang angkat naik katil pukul 3 sebab takut awak sakit badan nanti, saya juga yang susah.." terangnya tanpa memandangku.

Aku tersenyum.. baik sangat Akmar ni, bertuah betul aku dapat jadi isteri dia walaupun perkahwinan kami cuma sekejap...

"Jom.." pintu dibuka. Aku melangkah keluar dari kereta. Aku memandang sekeliling. Kubur? Ayah dia penggali kubur ke?

Tanganku ditarik Akmar. Aku sekadar mengikutnya..

"Ni lah tempat ayah." Akmar menguntumkan senyuman sebelum menghampar tikar kecil yang hanya muat untuk aku dan dia sahaja.

"Ayah.. Mar dah dapat isteri yang cantik macam yang ayah selalu pesan." Kata Akmar sambil mengusap batu nisan dihadapannya. "Akmar dah ikut cakap ayah, kalau kita rajin solat.. nanti Allah hadirkan bidadari untuk kita." Akmar merehatkan kepalanya diatas batu nisan yang tertulis nama bapanya.

"Nama dia Aleisha.. perkahwinan kami, mesti ayah taknak dengar. Kalau ayah dapat tahu macam mana cara kami berkahwin mesti ayah akan marah Mar.." aku meletakkan tangan pada pehanya.. "mesti ayah akan rotan Mar macam dulu dulu sebab Mar nakal.." Akmar memejamkan mata.

"Tapi dia taknak lama lama dengan Mar. Dia nak tinggalkan Akmar.." Akmar menjelingku sambil tersenyum hambar. "Awak yang nak tinggalkan saya." Aku menjelingnya kembali.

"Ayah tolong marah dia sekejap sebab nak tinggalkan anak ayah ni." Akmar tertawa kecil. "Tak cukup handsome ke anak ayah ni sampai orang boleh tinggal suka suka hati je?" Soalnya lagi sambil tersengih.

Buku kecil dikeluarkan dari jaketnya. "Mar datang bawa dua hadiah.. satu menantu untuk ayah, dua.. doa." Aku langsung tidak memandang Akmar.. segala yang keluar dari mulutnya membuatkan aku terasa sayu.

Selesa membaca Yassin.. aku berjalan beriringan dengannya masuk ke dalam kereta.

"Ibu awak sihat?" Soal Akmar tiba tiba. Aku memandangnya sebelum mengangkat bahu. "Dia tinggalkan saya dengan papa sejak saya kecil lagi." Jawabku..

"Oh, sorry.. saya tak tahu." "Saya yang tak cerita." Aku menguntumkan senyuman. "Nak makan dulu tak?" Soal Akmar sambil memandangku. "Tapi ibu dah ma-" telefonku berdering. Aku lantas menjawab panggilan entah dari siapa tanpa melihat dahulu siapa pemanggilnya.

"Assalamualaikum." Salam diberi. Papa. "Walaikumsalam." Aku menjawab. "Papa dah sediakan surat untuk Al dengan Akmar." Aku menelan liur sambil menjeling Akmar disebelah. "Al, um...- boleh tak kalau kita bercakap lepas Al balik?" Aku mengurut dahi.. "okay.. dah balik nanti bagitahu papa." "Alright.. love you." "Papa love you too." Jawab papa sebelum mematikan panggilan.

"Papa nak jumpa ke?" Soal Akmar. Aku memandangnya sambil mengangguk. "Kenapa?" Soalnya lagi. "Papa cuma.. rindu. Tu je." Aku tersengih.

Aku tak sanggup kehilangan Akmar... aku takut tiada tempat yang akan membuatkan aku merasa selamat lagi.

Macam mana kalau satu malam aku berada ditempat yang gelap dan masa tu Akmar dan aku sudah berpisah.. lengan siapa yang akan merangkulku?

Degupan jantung siapa yang akan membuatkan aku kembali tenang?

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now