bab30

47.5K 817 13
                                    

Aku menghentikan kereta di cafe berdekatan dengan tasik untuk membeli minuman yang dah lama tidakku sentuh..

Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, aku keluar dari kereta.

Sedang aku melabuhkan punggung diatas kerusi, aku ternampak kelibat seorang lelaki yang aku kenali.

Perlu ke waktu orang tengah mengidam, dia pun ada! Tapi dia bukan bersendirian.. Dia bersama seorang perempuan.

Aku merenung gadis disisinya. Not bad... Aku kembali memandang Adib. Matanya sudah tertancap padaku.

Aku dengan kekoknya menguntumkan senyuman sebelum mereka menghampiriku...

"Aleisha.." Adib menguntumkan senyuman. "Hai.. Nak ke mana ni?" Aku memandang mereka. "Jumpa awak lah." Adib tersengih sebelum aku menjadi terkebil kebil memandang gadis disisinya.

"Oh, ni kawan saya.. Mia." Gadis bernama Mia menghulurkan tangan sebelum aku berdiri untuk menyambut tangannya.

"Aleisha datang sorang je ke?" Soal Mia. "A'ah.. Sorang je. Tadi pergi check--- duduk lah." Pelawaku sambil melabuhkan punggung ditempat tadi.

"Check apa?" Mia mengerutkan dahi. "Kesihatan." Gumamku. "Aleisha sakit ke?" Mia mengerutkan dahi. "Eh tak lah.." Aku menggeleng. "Aleisha mengandung." Jawab Adib. "Oh.. I'm sorry." Giliran aku pula yang mengerutkan dahi.

Dah kenapa minta maaf sebab aku mengandung?

"Saya nak masuk toilet sekejap eh. Korang berbual lah dulu." Aku dan Mia mengangguk sambil memandang Adib.

Mia memandangku kembali selepas Adib sudah hilang dari mata kami. "Saya tahu apa rasanya hamil tanpa bapa.." Tanganku dipegang Mia diatas meja. Kalau aku tengah minum air ni, mau tersembur kat muka dia.

Aku menjadi kekok. Dia ingat aku berzina lepas tu mengandung? "Dah berapa bulan?" Soal Mia sambil memandangku. "Tiga.." Jawabku acuh tak acuh. "Saya ada ubat gugur. Awak nak?" Aku meneguk liur.

Kawan Adib ni pembunuh kandungan orang ke apa? Suka hati dia je.. "Eh tak apa lah. Saya dan suami dah lama tunggu baby ni.." Aku memegang perut yang masih tak kelihatan.

Wajah Mia berubah. "Oh...." Dia tergaru garu kepala. "Saya ingat..." "Tak apa.. Sebab saya muda lagi kan." Aku tersenyum nipis. Mia ketawa kecil sambil mengangguk.

"Tapi kenapa Aleisha sorang je yang datang?" Mia mengerutkan dahi. "Um, suami busy.." Tipuku.

"Oh... Busy."

**

Aku memasukkan kunci pintu ke dalam tombol pintu selepas tiada sahutan dari Akmar dari dalam.

Terlupa tengok kereta dia ada ke takde... Itu lah, laju sangat nak masuk dalam.

Gelap. Aku membuka lampu. Akmar ni keluar dari siang tadi ke? Pergi ke mana pula...

Jumpa Huda? Tak kot... Tapi mungkin lah? Tapi takkan lah....

Kepalaku terasa seperti diusap. Aku membuka mata untuk melihat Akmar yang sedang melutut dihadapanku. "Kenapa tak cakap yang awak dah balik?" Soal Akmar sambil membawakan bibirnya pada dahiku.

"Takde phone." Jawabku, ringkas. Akmar tersenyum hambar.. "Awak buat saya dan papa risau." Bisik Akmar pada dahiku..

"Bukannya saya nak tinggalkan awak pun." Aku mencebik sambil memejamkan mata. "Kalau awak tinggal?" Soal Akmar. "Masalahnya tak mungkin." Aku menjelingnya.

"Sebab awak hamilkan anak saya?" Akmar meneka. "Tak.." Gumamku. "Sebab saya sayangkan awak." Aku menghela nafas sebelum menarik selimut hingga ke kepala.

"I love you too.." Bisik Akmar dari luar selimut sebelum aku terdengar dia berdiri dan melangkah ke bilik air.

Tubuhku dipeluk dari belakang. Aku mengusap lengan yang berada pada perutku sebelum dada Akmar semakin rapat di belakang tubuhku. "I love you.." Bisik Akmar ditelingaku sebelum membenamkan wajah pada leherku. Aku menarik tangannya ke daguku sebelum mengucup tangannya.

"Sorry.." Bisik Akmar. "Untuk?" Soalku dalam keadaan lali. "Pasal hari tu...." "Tak apa, saya yang salah faham kot." Aku memejamkan mata, tak mahu mengingati perkara itu lagi.

"Lepas ni jangan masak lagi dah.." Tambahku lagi. "Kenapa? Awak tak sukakan masakan saya ke?" Soal Akmar sebelum mengucup belakangku.

"No, tapi baby yang tak suka." Jawabku sambil mengusap tangannya pada perutku. "Okay lah.. Demi baby, daddy stop memasak." Bisik Akmar sambil ketawa kecil.

"Tadi saya jumpa Adib." "Ha?" "Eh.. Terjumpa...." Aku membetulkan ayat. Terasa pelukan semakin longgar. "Dia dengan girlfriend dia kot.." Aku menarik lengannya untuk mengeratkan kembali pelukan.

"Dia buat apa kat sana?" Soal Akmar.. "Makan lah. Ada ke orang pergi cafe nak tengok wayang?" Aku tertawa kecil. "Pandai lah...." Akmar turut ketawa kecil.

"Saya pergi minum je.. Sebab tiba tiba tekak minta hot chocolate kat kawasan tu."

"Perempuan yang datang dengan Adib tu kan.. Dia tanya saya, nak gugurkan ke tak kandungan tu sebab dia ada pil." Aku menghela nafas.

"Bukan calang calang orang girlfriend Adib ni." Akmar tertawa kecil. "A'ah.. Dia ingat saya terlanjur, sebab tu nak tolong." "Dia tak tahu, kita yang nak sangat." Aku menjeling Akmar.

"Tipu.. Awak taknak sangat pun." Aku mencebik. "Siapa cakap?" Soal Akmar, tubuhnya terangkat.

"Me..." Gumamku. "Awak yang taknak.." Pipiku dikucup rakus. "Eh tapi tak sure lah betul ke tak dia tu girlfriend Adib." Aku masih lagi keliru.

"Biar je lah diorang.. Siapa pun girlfriend dia, asalkan bukan awak sudah." Akmar tertawa kecil. "Kalau rupanya saya....girlfriend dia, macam mana?" Aku memejamkan mata.

"Tak mungkin.." Bisik Akmar. "Confident je awak kan.." "Mesti lah.. Sebab saya tahu, isteri saya bukan macam tu."

"Kalau awak? Awak macam mana?" "Macam yang awak fikirkan lah.." Bisik Akmar. Aku mengerutkan dahi.

"Macam mana?" "Apa yang awak fikir pasal saya?" "Gatal." "Maka...gatal lah jadinya." Akmar tertawa kecil. "Ei! Menyampah lah dengan dia ni." Aku mendengus.

"Ha tahu pun.. Yang cakap saya gatal tu kenapa?" Aku mencebik sebelum memeluk lengannya pada perutku.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now