bab12

66K 918 23
                                    

Aku menyiapkan separuh assignment yang diberi Mrs Li San diatas katil..

Bunyi air pancuran didalam bilik air ditutup. Bunyi pintu dibuka.. aku masih fokus pada laptop walaupun Akmar yang keluar dari bilik air dalam keadaan separuh bogel.

"Buat apa tu?" Soal Akmar sambil menanggalkan tuala yang dililit pada pinggangnya. Aku menjadi kekok tetapi berpura pura sedang fokus pada kerjaku.

Laptop dihadapan masih aku renung walaupun otak sudah terbang ke Akmar.

"Siapkan nanti lah.. jom tidur?" Pelawa Akmar. Aku masih mendiamkan diri.. boxer didalam almari dicapai dan disarungnya.

Jariku terhenti menaip, "saya tidur lewat sikit.." aku bersuara, perlahan.. "tidur sekali lah." Pintanya. "Awak tidur lah dulu.." "taknak, nak tunggu awak." Aku menarik muka..

Perutku sudah terasa mual.. jam didinding aku kerling. Patut lah. Sudah pukul 2 pagi. Memang dari kecil setiap kali aku berjaga hingga lewat malam, aku akan terasa mual..

Aku memejamkan mata seketika sebelum segala isi perutku terkeluar dari mulut terkena buku catatan disebelah laptop. Akmar mendekati aku. "Kenapa ni? Awak demam?" Dahiku dipegang. "Tak." Aku menggeleng.

Buku catatan yang dipenuhi muntah aku bawa ke dalam bilik air untuk mencuci.

Bunyi siren semakin kuat.. fikiranku mula serabut. Aku memegang kepala, rambutku ditarik.. aku menjerit didalam bilik air. "Stop!" Teriakku. Bunyi sesuatu dipecahkan.. selesai membasuh muka, aku keluar untuk melihat Akmar merosakkan siren disebelah katil kami.

Aku tertawa kecil. "Sorry.. saya dah rosakkan alarm papa." Akmar menggaru kepalanya. "Tak apa. Sekurang kurangnya dia dah diam." Aku tertawa kecil.

"Jangan berjaga sampai pagi kalau dah tahu perut tu tak tahan." Bisik Akmar ketika aku merebahkan badan disebelahnya.

Aku sekadar mengangguk sebelum aku memeluknya.. "Al.." rambutku dibelai.. "yes?" Aku memandang matanya..

"Awak tak boleh bergantung semuanya pada orang.." bisik Akmar. "Sebab nanti bila orang tu dah takde, awak akan rasa helpless." Tambahnya lagi.. orang yang dimaksudkannya mungkin adalah dirinya sendiri.

Aku terdiam seketika..

"Tapi saya tak perlukan orang tu.. saya perlukan awak." Bisikku.. mata kami bertembung. Akmar tersenyum sumbing sebelum mengucup dahiku..

Aku menariknya ke dalam pelukanku. "Saya.." aku menarik nafas. Akmar menundukkan kepalanya untuk memandangku. "Ya?" "Saya sa..." aku menggeleng.. ayat yang aku mahu keluarkan dari mulut, aku menelannya kembali.

I'm not ready yet..

**

"Saya nak keluar dengan kawan.." kataku sebaik sahaja menyarung vans dikaki. "Siapa?" Soalnya. "Sofea dan Haikal.." jawabku sebelum Akmar memandangku.

"Lelaki yang kita jumpa di kampung tu?" Soalnya sambil mengerutkan dahi. "Lelaki yang awak pernah cinta tu?" Soalnya lagi. "Dia lecturer saya lah.." aku menguntumkan senyuman.

"Oh.. sekarang dia jadi lecturer pula?" Soalnya lagi sambil merenungku. "I'm leaving. Bye.."

Aku menjemput Sofea dirumahnya.. "hai. Sorry lambat." Sofea membuka pintu keretaku. "Tak apa.. dah biasa." Aku menjelingnya yang sedang ketawa.

"So.. kau dengan suami kau macam mana?" Soal Sofea sambil memandangku. "Macam tu lah.. tak berubah." Aku tertawa kecil. "Kau setuju ke nak bercerai?" "No.." aku menggeleng.

"Nanti lah aku slow talk dengan papa." Aku menjelingnya beberapa kali. "Atau aku hantar kau untuk bercakap dengan papa aku?" Aku tersengih. "Aku pula yang kena bercakap dengan papa kau?" Soal Sofea. Aku mengangguk. "Tu papa kau ke papa aku?" Soalnya lagi. Aku tertawa kecil. "Ala.. kau ni tak boleh tolong kawan." Aku mencebik.

Sebelum aku dan Sofea turun dari kereta.. aku ternampak kelibat seorang lelaki sedang melambai ke arah kami. "Awalnya dia.." kata Sofea sambil ketawa. "Itu lah.. baru pukul 8.." jawabku sambil memandang jam ditangan.

"Tak sabar nak jumpa kau kot." Usik Sofea. "Takde maknanya.." aku menarik muka. "Dulu kau pun sukakan dia kan..." Sofea ketawa kecil, sengaja mahu mengusik aku lah tu. "Diam lah kau.." marahku sebelum kami mendekati Haikal.

"Dah lama sampai?" Soal aku sambil memandangnya. "Lama lah juga.." jawabnya sambil tersenyum. "Jom lah.." pintanya. Aku dan Sofea mengangguk..

Kami berehat dibawah pondok sebelum mataku tertancap pada pondok ais krim. "Kau nak ke?" Soal Sofea. "Mesti lah." Jawabku sambil bangun dari situ diikuti mereka.

"Kau suka perisa apa?" Soal Sofea. "Strawberry.." jawabku. Perisa kegemaran Akmar. Haikal membayar untuk ais krim kami. "Al memang suka ais krim ke?" Soal Haikal ketika kami berehat dipondok yang disediakan untuk para pengunjung..

"Suka.." jawabku sambil tersengih. "Sebab masa I berusia 8 tahun, setiap hari papa..." aku mematikan ayatku apabila Haikal tidak menumpukan perhatian. Uh.. okay.

"Malam ni free?" Soalnya.. aku mengangguk. "I takde buat apa apa pun. Memang free lah." Aku tertawa kecil. "Malam ni.. dinner?" Soalnya sambil memandangku.

"Ya.. sure." Aku menguntumkan senyuman. "I ambil you kat rumah.." katanya lagi. Aku menggeleng laju. "Kita jumpa kat sana lah." "Um.. why?" Haikal mengerutkan dahi. "Sebab I kena balik rumah before 12.." jawabku.

"I boleh hantarkan before 12." Dia menguntumkan senyuman. "Haikal.. no." Aku mengerutkan kening. "Okay.. sorry. You pergi sendiri. Tapi jangan buat buat lupa pula." Pesannya. "I dah macam halimunan dah kat sini.." Sofea bersuara sambil ketawa.

"Takpe lah.. I pun dah nak balik.. jumpa you malam ni." Haikal bangun dari situ sebelum menguntumkan senyuman. "Macam mana dengan Akmar?" Soal Sofea. "Dinner je pun.." jawabku acuh tak acuh.

**

Akmar masih belum pulang ke rumah.. aku meninggalkan nota untuknya.

Saya keluar makan dengan kawan, jangan risau saya balik awal..

Love, Al

Aku tiba ditempat yang dijanjikan dengan Haikal.. tempahan yang dibuat atas namanya, aku sekadar menyebut namanya sebelum diiringi ke meja yang Haikal tempah.

Kerusiku ditarik Haikal.. "thanks." Aku menguntumkan senyuman. Haikal membalas senyumanku.

"You look pretty tonight." Katanya sambil merenung mataku. Aku tersenyum simpul.. aku menundukkan kepala kerana matanya tak habis habis merenungku.

"You banyak berubah.." dia menguntumkan senyuman. Aku mendongak untuk memandangnya. "Berubah? You tak kenal I pun.." aku mengerutkan dahi. "Are you sure?" Soalnya sambil tersenyum.. "rasanya lah.. kita tak pernah bercakap pun." Dahiku semakin berkerut.

"Kita tak pernah bercakap.. tapi I kenal you." Haikal tersengih. "And I think.. I'm in love with you." Tambahnya lagi sambil meletakkan tangan diatas tanganku.

Aku tersenyum tetapi aku mahu menangis. "You makin cantik.." tambahnya lagi. "I love your eyes.." perlahan lahan aku menarik tanganku dari situ.

"So.. you ada boyfriend?" Soalnya sambil menggigit bibir. Aku menggeleng. "Kiranya I ada peluang lah ni.." Haikal tersengih.

"I'll be your boyfriend if you want to." Haikal tersenyum sinis..

"You sukakan I?" Soalnya lagi.. "you memang banyak bercakap eh?" Soalku sambil ketawa. "Tak.. I banyak bercakap dengan orang yang I suka je." Jawabnya sambil merenung mataku sedalam yang mungkin.

Aku melarikan pandangan ke meja.. aku sepatutnya seronok kerana Haikal sukakan aku. Tapi kenapa aku gelisah? Sebab Akmar?

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now