bab14

65.5K 968 22
                                    

Aku ke kolej seperti biasa.. lagi dua minggu surat perceraianku akan disahkan.

Sudah berapa bulan tidurku tidak nyenyak.. aku tidak dapat fokus pada pelajaran, aku tidak mempunyai selera.. aku akan kehilangan segala galanya..

"Awalnya you!" Bahuku dicuit. Aku menoleh ke belakang untuk memandang Lisa yang melabuhkan punggung disebelahku.

"Um.. terajin." Jawabku sambil ketawa. "Dah tiga hari I nampak batang hidung Sofea.." aku memandang sekeliling. "Itu lah.. dia cakap dia tak sihat. Lagi pun, dia ada batang hidung ke?" Lisa meletuskan ketawa. "Lah! Yeke! Kesiannya.." aku sekadar tersenyum.

"You taknak pergi melawat dia ke?" Soal Lisa. "Nanti nanti lah.. I pun busy sikit." Jawabku.. Lisa tersenyum sebelum mengangguk.

"Lamanya I tak borak dengan you.." Lisa merenung mataku. "Kan.." aku menguntumkan senyuman. "You dengan Akmar macam mana?" Soal Lisa. "Dua minggu lagi bercerai lah." Jawabku tanpa memandangnya.

"Oh!" Lisa menekup mulut menggunakan tangan. "Dia ke the reason why under your eyes getting darker?" Soal Lisa sedikit berbisik. Aku tidak mengangguk, menggeleng juga tidak. "I'm not sure.." aku mengangkat bahu.

"You loved him, don't you?" Lisa mengangkat kedua belah keningnya. "I'm not sure.." aku tertawa kecil.. "you are.. alah Al, dengan I pun you nak sembunyi ke?" Lisa menguntumkan senyuman.

"Kalau you cintakan dia.. kenapa you nak bercerai?" Lisa mengerutkan dahi. "I tak rancang pun nak bercerai sebenarnya.. tapi bila dia asyik sebut pasal tu je, I jadi rimas tahu tak.. I dah tak peduli apa nak jadi, jadi lah. Tapi tu dulu lah.. sekarang I rasa macam menyesal pula." Aku tertawa kecil.

"You ni.. keras kepala tau, suka ikutkan sangat perasaan tu.. lepas tu menyesal. Come on Al, if you loved him, don't let him go." Lisa menggeleng. "Sepatutnya ayat tu I bagi dekat dia." Aku mengetap bibir. "Tapi.. dia pun dah lepaskan I." Aku memandang Lisa sambil tertawa kecil.. ketawa yang aku buat untuk menutup kesedihan.

Puan Mariam sudah masuk ke dalam kelas. "I tak tahu nak cakap apa lah Al, tapi kalau you sayangkan dia.. you boleh cancel kan." Kata Lisa sebelum bergerak ke tempat duduknya kembali.

"Aleisha? You okay?" Aku mendongak untuk memandang Haikal yang sedang merenungku. "Ya.. I'm sorry, you cakap apa tadi?" Soalku sambil memandangnya. "I tanya.. kalau malam ni I ke rumah, you okay tak?" Soal Haikal sebelum mengerutkan kening..

"Oh.. ya, boleh je.. takde masalah." Aku menguntumkan senyuman. "I datang around 9, boleh?" Soalnya lagi. Aku mengangguk. "Papa ada kat rumah kan?" Soalnya. "Ada kot. Tak pasti." Aku mengangkat bahu.

"Okay.. see you tonight." Haikal menguntumkan senyuman. "Jom? I nak jumpa kawan lepas ni." Aku sekadar mengangguk sebelum bangun.

"Aleisha.. family Haikal datang." Pintu bilikku diketuk. Aku mengerutkan dahi. Kenapa bawa family? Aku ingat cuma dia seorang..

Aku berjalan ke arah ruang tamu dimana Haikal dan keluarganya sedang menunggu.

"Dah besar panjang pun Al.." mama Haikal menguntumkan senyuman. Aku menghampirinya untuk bersalaman.

"Kami datang bersebab.." bapanya menguntumkan senyuman. Jantungku berombak kencang. Papa memandangku. "Aleisha pergi suruh Mak Cah buatkan air.." kata papa. Aku mengangguk. "I temankan.." Haikal bersuara sebelum mengikutku dari belakang.

Aku masuk ke dapur untuk melihat Mak Cah sudah pun menyediakan air. Aku masih tidak kembali ke ruang tamu.

"You cakap nak datang jumpa papa.." aku memulakan perbualan. "Memang nak jumpa papa lah kan.. tapi bukan I, parents I." Haikal tersenyum sumbing sambil memandangku.

"You okay kan?" Soalnya sambil memandangku. Aku tidak menjawab..

"You marah?" Soal Haikal sambil merenung mataku. "Why should I?" Soalku sambil mengerutkan dahi.

"Sebab Haikal ke kenapa Al nak tinggalkan Akmar?" Soal papa sebaik sahaja mereka keluar dari rumah. "Haikal? No.. sebab papa." Aku merenung papa tajam. "Apa pula sebab papa.." papa mengerutkan dahinya. Dah apa benda yang aku merepek ni tiba tiba salahkan papa pula. Tetapi emosiku masih tak dapat dikawal...

"Papa asyik cakap pasal bercerai bercerai bercerai, papa tak bagi peluang untuk Al rasa gembira sebab setiap saat Al akan fikirkan pasal bercerai!" Teriakku, semakin parah aku menyalahi papa walaupun aku sedar akan kesalahan sendiri. Semakin berkerut dahi papa. "I don't get it.. bukan ke Al yang nak sangat bercerai?" Soal papa sambil memeluk tubuh.

"Yes! I was!" Teriakku sebelum melarikan diri masuk ke dalam bilik..

Aku menguncikan pintu sebelum naik ke katil.. memang, memang aku nak bercerai. Tapi itu dulu, sebelum aku mula sayangkan Akmar, sebelum aku tahu bagaimana rasanya bila disayangi.. sebelum aku tahu bagaimana rasanya selamat setiap kali dipeluk Akmar.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now