bab26

50.9K 934 35
                                    

Aku, ibu dan Sofea menonton tv bersama pada waktu malam. Akmar dan papa seperti biasa.. Akan keluar pada waktu macam ni.

Akmar tu pun satu! Janji taknak tinggalkan aku lah, apa lah...awal awal lagi dia tinggalkan aku.

Aku memandang Zairi yang sedang berjalan ke arah kami bersama telefon ditangannya. "Ibu! Abang Im! Abang Im accident!" Kata Zairi, suaranya bergetar.

Mata ibu terbuntang luas. "Dia kat mana sekarang?!" Soal ibu sebelum bangun. Nafasnya sudah tidak teratur. Sebelum Zairi menjawab soalan ibu, ibu sudah pun jatuh terjelepuk diatas lantai. Cepat cepat aku dan Sofea menyambut ibu.

"Call abang Akmar!" Teriakku sebelum Zairi bergegas menekan sesuatu ditelefonnya.

Aku dan Sofea menunggu ibu didalam bilik wad yang dimasukkannya akibat serangan jantung.

Zairi, Akmar dan papa sedang menunggu Zaim yang dilanggar lori ketika sedang menunggang motosikal. Aku memandang Sofea yang sedang memerhatikan ibu tanpa berkedip.

Pintu dibuka. Aku menoleh ke belakang untuk melihat Akmar.. "Saya nak turun belikan makanan, awak nak apa apa?" Soal Akmar. Aku menggeleng. "Sofea?" Sofea juga menggeleng.

Aku yang sedang lali ternampak sesuatu dihadapanku bergerak. "Anak ibu!" Aku membuka mata untuk melihat ibu meraung diatas katil. Aku bingkas bangun saat Sofea menghampiri kami.

"Mana anak ibu.. Mana Zaim!" Teriak ibu sambil menepis tangan aku dan Sofea dari menyentuhnya. "Zaim ada kat--" belum sempat aku habiskan kata kata. Ibu terjun dari katil tanpa menunggu kami.

Aku memimpin ibu untuk melihat Zaim yang sedang bertarung nyawa dibilik pembedahan. "Anak ibu!" Teriak ibu sambil menekapkan badannya pada pintu kaca.

Akmar berlari mendapatkan ibu. "In shaa Allah, abang Im baik baik je ibu." Pujuk Akmar sambil memeluk bahu ibu. "Kita doa yang baik baik pada abang Im ye, ibu?" Raungan ibu semakin perlahan. Akmar memimpin ibu ke arah kerusi.

"Ibu nak solat.." Kata ibu, lemah sebaik sahaja Akmar membawanya ke arah kerusi. "Biar Zairi yang temankan." Zairi mengambil alih memegang lengan ibu.

"Sofea pun nak temankan makcik." Sofea turut memegang tangan ibu. "Sayang.." Panggil Akmar. Aku memandang ke arah Akmar yang sedang menepuk kerusi disebelahnya.. Memberi isyarat supaya aku duduk disitu.

Aku melabuhkan punggung disebelahnya. Tanpa meminta izin terlebih dahulu, aku melentokkan kepala diatas bahunya. Tanganku dipegang dan diusap sebelum aku tersedar papa tiada disitu.

"Mana papa?" Soalku sambil memejamkan mata. "Keluar jumpa orang lah." Jawab Akmar. Aku terdiam seketika.. "Awak sejuk ke?" Soal Akmar sambil mengenggamkan tanganku yang sejuk dengan haba tangannya yang panas.

"Sejuk lah juga." Jawabku acuh tak acuh. "Ni sejuk sangat ni." Akmar tertawa kecil sambil menarik tanganku diatas pehanya sebelum menyilang kakinya untuk menyelimuti tanganku yang beku.

"Awak nak balik dulu?" Aku menggelengkan kepala. "Saya nak temankan awak." Jawabku sambil menahan diri dari tertidur.

"Kalau mengantuk, bagitahu tau?" Aku sekadar mengangguk.

Aku membuka mata untuk melihat Sofea disebelahku diatas katil. Matahari dari sebalik langsir menikam mataku. Aku bingkas bangun dari situ untuk mencari Akmar..

Aku menuruni anak tangga.. "Akmar?" Panggilku. Tiada jawapan. Aku masuk ke dalam bilik kembali untuk mencari telefon.

Tak ada. Ugh! "Sofea! Nak phone kejap!" Aku menggoyangkan bahunya. "Kat tepi tu.." Aku mencari telefonnya ditepi.. Tepi mana?

"Tepi mana ni?" Aku mengerutkan dahi. "Almari." Jawabnya sambil menarik bantal sebelum menekup ke wajahnya.

Aku mendail nombor Akmar.. Tak jawab. Aku cuba lagi. Masih tidak diangkat. Aku mendail nomborku pula..

Beep!

"Awak kat mana? Kenapa tinggalkan saya?" Soalku sebaik sahaja Akmar menjawab panggilanku. Sedang aku membukakan mulut untuk bertanya lebih lanjut, panggilan dimatikan. Kenapa ni?

Akmar sengaja buat macam tu atau line kat sini teruk? Tapi kenapa hati aku terasa lain macam..

Mungkin Akmar tidak mahu diganggu. Aku meletakkan telefon Sofea diatas meja sebelum kembali ke katil bersama Sofea.

Sedang aku dan Sofea memasak spagetti cheese didapur.. Aku terdengar bunyi kereta papa diluar. Aku bergegas ke ruang tamu untuk membuka pintu.

Wajah Akmar masam mencuka, entah apa sebabnya dia tidak memandangku. "Papa nak keluar sekejap.." Papa bersuara ketika aku sedang merenung Akmar. Papa turut memandangnya. Aku mengangguk, "hati hati.." Pesanku sambil tersenyum.

Akmar berjalan masuk ke dalam rumah tanpa menyapa atau bersalaman denganku. Dia terus naik ke atas. Aku terkedu..

Kenapa dia buat macam tu.. Akmar dah tak sayangkan aku ke? "Zaim macam mana?" Soalku kepada ibu yang sedang masuk ke dalam rumah. "Alhamdulillah.. Dia dah stabil. Tapi dia masih tak sedar lagi." Jawab ibu sambil tersenyum.

"Ibu dah makan?" Soalku sambil memimpin ibu. "Ibu tak lapar.." Jawab ibu tanpa memandangku. "Ibu mesti tak makan lagi kan?" Dugaku. Ibu menggeleng. "Ibu kena lah makan sikit.. Nanti ibu tak makan, ibu pula yang sakit.. Masa tu Zaim dah bangun. Ha! Macam mana?" Aku tersengih sambil memegang tangan ibu.

Aku menarik kerusi untuk ibu. "Abang Akmar dah makan?" Soalku ketika Zairi mencedukkan spagetti ke dalam pinggan. "Belum.." Jawab Zairi sambil menghulurkan sepinggan spagetti kepada ibu.

Aku berlari naik ke atas sebelum menolak pintu bilik. Akmar tiada didalam. Tiba tiba aku terdengar bunyi air didalam bilik air.. Mungkin Akmar berada didalam.

Aku mengetuk pintu bilik air.. "Akmar.." Panggilku. Bunyi air sudah berhenti.. Tetapi Akmar masih tidak menyahut. "Akmar?" Panggilku lagi besertakan ketukan pada pintu.

Pintu dibuka. Akmar berjalan keluar dari bilik air tanpa memandangku. "Kenapa ni?" Aku memegang lengannya. Diam...

"Saya ada buat salah ke?" Soalku lagi, kali ini aku berdiri dihadapannya. "Awak marahkan saya?" Aku membongkokkan badan sambil mendongak untuk mencari matanya.

"Awak bencikan saya?" Soalku lagi. "Apa yang awak merepek ni.. Saya penat lah." Jawab Akmar, cuba melarikan diri dari bertentang mata denganku. "Penat dengan saya?" Aku masih merenung matanya supaya dia akan mengalah dan membalas renunganku..

"Tolong lah, Al.. Saya malas nak bergaduh." Akmar mengetap rahang tanpa memandangku. "Kalau nak bergaduh, bukan sekarang.. Saya tak ada masa nak layan perangai awak." Tambah Akmar lagi sambil cuba berjalan ke arah almari.

"Saya tak ajak bergaduh!" Suaraku tanpa sengaja meninggi. Akmar memandangku saat aku mengikutnya dari belakang.. "Awak balik sini, awak buat saya macam patung, awak langsung tak pandang! Saya isteri awak!" Teriakku sebelum merenungnya tajam.

"Dah tu awak nak saya buat apa? Cium? Peluk? Buat semua tu pada awak setiap masa?" Soal Akmar sinis. "Tapi semua tu apa yang awak selalu buat..kan." Suaraku kembali perlahan. "Tak rimas ke? Asyik nak berkepit 24jam?" Soalnya dengan nada yang sinis.

Terasa hati bagai ditikam... Mataku berkaca. "Kenapa tak cakap awal awal yang awak rimas dengan saya.." Gumamku sebelum membelakanginya..

"Al, please.. Bukan tu maksud saya." Akmar mengeluh. "Kalau awak rimas dengan saya.. Awak boleh cakap awal awal. Awak boleh lepaskan saya sebelum kita dapat--" aku memegang perutku yang masih kempis.

Aku menarik nafas, cuba menahan diri dari bergaduh dan menangis. Lenganku diurut. "I'm sorry.." Bahuku dikucup. Aku mengelak.

"Jangan sentuh saya lagi." Kali pertama Akmar sakitkan hati aku selepas kami dapat tahu aku mengandung..

Lelaki dan harapan palsu memang tak boleh dipisahkan..

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now