bab17

74.2K 946 12
                                    

Tepat pukul 3.01 pagi, aku terjaga. Perutku terasa loya, tekak terasa mual. Cepat cepat aku berlari masuk ke dalam tandas untuk mengeluarkan isi yang berada didalam perut yang meminta untuk dibuang.

"Ak... Akmar!" Teriakku dengan suara yang bergetar dan perlahan. Gagal.. Akmar tidak dengar. Lagi sekali isi perutku diluahkan ke dalam mangkuk tandas..

Aku merehatkan diri diatas lantai sambil memejamkan mata dan mengurut dada. Lampu dipasang.. aku membuka mata dalam keadaan yang lemah dan lesu.

Akmar berlari mendapatkan aku.. aku diangkat sebelum segalanya gelap.

Beep...

Beep...

"Isteri saya akan okay kan doktor?" Suara Akmar kedengaran seperti risau. Aku cuba untuk membuka mata.. cahaya yang terang membuatkan mataku silau.

Aku meletakkan tangan diatas dahi, cuba melindungi mata dari cahaya yang menyilaukan mataku. Akmar memandangku.

Tanganku diurutnya. "Sayang.." rambutku diusapnya beberapa kali.. aku memandang sekeliling. Aku bukan dirumah tetapi hospital.

"Kenapa dengan saya?" Soalku sambil memandang Akmar. "Awak demam panas.." jawab Akmar sambil mengucup dahiku beberapa kali. "Kenapa tak kejutkan saya?" Soal Akmar sambil memegang tanganku.

"Dah.. tapi awak yang tak dengar." Jawabku tanpa memandangnya. "Sorry.." Akmar memberiku pandangan kesal. "Saya tak dengar.." tambahnya lagi sambil meraupkan wajah beberapa kali. "Tak apa.." aku menguntumkan senyuman.

Dua orang nurse menghampiri kami.. "minum sikit cik.." pintanya sambil mengusap belakangku. "Air garam.." katanya tanpa aku soal.. aku meneguk liur..

"Untuk tambah air yang kurang dalam badan..." tambahnya lagi. Aku memandang Akmar.. Akmar mengangguk. Aku meneguk air garam sebelum hampir termuntah.. Akmar mengusap belakangku.

"Okay kan?" Bisiknya.. aku sekadar mengangguk.

"Kat rumah nanti, jangan lupa minum air banyak banyak.." pesan doktor sambil menghulurkan ubat yang dimasukkan ke dalam plastik kepadaku. "Nanti saya paksa isteri saya makan ubat.." kata Akmar sambil merangkul pinggangku.

"Lah.. isteri rupanya, saya ingat adik dengan abang tadi." Tergelak doktor dihadapan kami. Aku memandang Akmar sambil tersenyum. "Muda betul berkahwin.." gumamnya sambil menyambung tugasnya.

"Macam mana lah awak boleh demam ni sayang.." kata Akmar sambil memegang tanganku dipeha. Aku tertawa kecil.. "awak tanya saya?" Aku menjeling Akmar yang sedang memandu.. matanya fokus pada jalanraya.

"Pelik juga lah masa awak muntah tu, belum sampai seminggu lagi dah muntah." Akmar tergelang geleng kepalanya. "Maksud? Nak cakap saya mengandung lah?" Aku memandangnya. Akmar mengangkat bahu sebelum tersengih.

"Kalau mengandung pun tak apa kan.." kata Akmar.. suaranya perlahan. "Mana boleh, saya muda lagi.." aku mencebik. "Awak muda lagi, saya tak.." jawabnya. "Tapi yang nak melahirkan anak tu saya ke awak?" Soalku sambil mengusap tangannya diatas tanganku.

"Mesti lah awak tapi.. yang-" "enough.." aku ketawa kecil, Akmar turut ketawa sambil membawa tanganku ke mulutnya untuk dikucup.

"Awak sayangkan saya?" Soal Akmar sambil meletakkan tanganku diatas pehanya. "Mesti lah.." jawabku. "Since when?" Soalnya lagi. "Entah.. tiba tiba saya rasa tersayang awak. Aneh, kan?" "Tak." Akmar menggeleng sambil tersenyum.

Akmar memimpinku naik ke katil. Jam didinding aku kerling. Sudah pukul 6. "Saya nak solat kejap.. awak tidur dulu." Kata Akmar sebelum mengatur langkah masuk ke dalam bilik air.

Aku sekadar memerhati Akmar yang sudah hilang disebalik pintu bilik air.

Rambutku terasa basah, aku membuka mata untuk melihat Akmar sedang membasahkan rambutku.. "eh dah bangun." Akmar tersenyum. "Makan sikit, lepas tu makan ubat." Pintanya sambil menghulurkan sepinggan nasi goreng.

Perutku mula terasa tak enak, meloya.. tengok nasi pun dah meloya, apatah lagi kalau masuk dalam perut. Ugh!

"Taknak.." aku menggeleng. "Makan lah sikit. Satu sudu je.. please?" Rayunya sambil mengusap kepalaku.

Akmar menceduk nasi goreng didalam pinggan selepas mengangkat tubuhku supaya duduk.

"Satu sudu je.. okay?" Pintanya. Aku sekadar membuka mulut. Nasi goreng yang masih panas dimasukkan ke dalam mulutku.

Aku mengunyah perlahan sebelum menelannya. Akmar menghulurkan aku segelas air suam.. aku meneguk air sehingga habis.

Akmar menguntumkan senyuman. "Dah boleh makan ubat.." aku menunduk sambil menggeleng. Menahan diri dari mengeluarkan isi perut yang baru yang isi sebentar tadi.

Belakangku diusap.. cepat cepat aku berlari ke bilik air untuk meluah isi perutku yang ingin dikeluarkan. Akmar menepuk nepuk belakangku.. "kita makan ubat ye?" Katanya, aku mengangguk sebelum membersih mulut di sinki.

Satu demi satu pil yang diberinya aku ambil dan telan.. "awak kena banyak minum air, kalau tak.. kena tambah air dalam badan.. saya juga yang susah." Kata Akmar sambil menghulurkan aku sebotol air mineral.

"Rehat dulu.. saya nak masak." Aku sekadar mengangguk sambil memerhati Akmar yang sedang menarik pintu untuk keluar.

"Tidur.. demam lagi?" Dahiku dielus lembut. Aku membuka mata untuk melihat Akmar dan bubur didalam mangkuk. "Sakit kepala.." rengekku, padahal sakit sikit je, mengada yang lebih. "Ala.. kesiannya dia." Dahiku diurut perlahan.

"Awak tak pergi kerja?" Soalku sambil memejamkan mata. "Um.. tak." "Ni pun dianggap bekerja juga lah ni, bekerja untuk isteri." Usikku sambil memegang tangannya pada dahiku. "Yang ni bukan kerja, memang kewajipan untuk saya buat pun." Bisiknya sebelum menekapkan hidungnya pada hidungku.

"Makan dulu sayang.. nanti masuk angin pula." Kata Akmar sambil menceduk bubur didalam mangkuk menggunakan sudu.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now