bab44

42.6K 815 23
                                    

"Dah sihat ke?" Aku melabuhkan punggung diatas katil disisi Sofea yang semakin susut badannya. "Lain kali minum air banyak banyak, kan dah kena cucuk sana sini." Sengaja aku membebel pada Sofea yang mendiamkan diri. Sofea merenungku sebelum tersenyum hambar. "Nyamuk mana yang gigit kau ni? Biar aku tampar dia untuk bagi peringatan pada kaum kerabat dia, jangan cari pasal dengan kau lagi dah." "Al.... sakit sendi aku, urutkan." Tangannya dihulurkan kepadaku. "Mengada..." aku mencebik, tetapi masih mengurut juga.

"Aku tak sempat cerita pasal kisah hidup aku lagi kau dah pengsan. Ha! Nak mengelat lah tu." Aku menjeling Sofea yang sedang ketawa. "Kau ni macam tahu tahu je." "Ni alang alang kau dah terbaring, ni lah masanya untuk aku ceritakan segalanya pada kau." Aku tersengih sebelum menceritakan tentang Akmar dan Andy pada siang tadi.

Oh! Tak lupa juga pasal Zairi.

**

"Assalamualaikum.." pintu diketuk dua kali. Suara tu, macam kenal? Aku bergegas ke pintu. Masa aku tengah kemas rumah lah, orang nak datang pun. Aku membuka pintu untuk melihat Akmar yang tersenyum nipis memandangku. "Awak dah siap?" Soal Akmar. Aku mengerutkan dahi sebelum mataku terbuntang luas. "...not...yet." Gumamku, kekok. Aku terlupa! "Awak terlupa?" Akmar berjalan ke hadapan sebelum menutup pintu di belakangnya tanpa dijemput masuk. "Andy kat mana?" Soal Akmar lagi. "Oh, no wonder Andy sibuk minta saya carikan pakaian untuk dia." Aku ketawa kecil. "Is he in his room?" Soal Akmar lagi, matanya tak lekang dari merenung wajahku.

"Andy mandi." Jawabku sebelum Akmar mengangguk sebelum mengemam bibirnya. "Awak---- um, tak apa lah." Akmar ketawa kecil. "Duduk lah dulu, saya nak bersiap." Kataku sebelum berpusing ke belakang, tanganku ditarik. "Can I come with you?" Jantungku berdegup kencang ketika Akmar menarik aku, membawa ke dadanya. Aku meneguk liur. "Daddy!" Aku tak pasti sama ada Andy adalah penyelamat atau baru sahaja memusnahkan masa kami berdua. Akmar melepaskan tubuhku sebelum mengangkat Andy.

Aku bergegas berlari naik ke atas, didalam bilik. Jantungku tak henti henti berombak. Aku memandang tanganku, jari jemariku menggeletar. Aku nervous, Akmar menyentuh aku lagi selepas bertahun lamanya... aku meraup wajah beberapa kali sebelum berjalan ke arah almari, mencari pakaian yang sesuai.

Aku mengambil tempat duduk dibahagian hadapan. Aku menjeling Andy melalui cermin pandang belakang, Andy sudah pun tertidur. Boleh lah aku borak sikit dengan Akmar. "Kenapa awak tak balik kampung?" Aku memulakan perbualan. Akmar tidak menjawab. "Awak tak rindukan ibu?" Soalku lagi. "Aleisha.." panggil Akmar, lembut sahaja suaranya. "Saya rindukan ibu. Nanti lepas semuanya dah okay, saya balik. Okay?" Soal Akmar. "Itu janji ke?" Soalku kembali. Akmar ketawa kecil sebelum mengangguk.

"Birthday Andy nanti awak bawa hadiah tau?" Pesanku. "InshaaAllah." Gumam Akmar. "Andy nak apa?" Soal Akmar sambil menjelingku sekilas sebelum memandang ke hadapan kembali. "Awak." Gumamku. "Saya?" Aku mengangguk. "Macam yang awak pernah nakkan saya or----" "Akmar!" Marahku, terasa panas mukaku ketika ini. Akmar meletuskan tawa. "Sejak bila awak malu dengan saya ni?" Akmar mengangkat kedua belah kening.

"Andy nak awak.....dengan kami." Aku meneguk liur. "Oh..." gumam Akmar. "I can't." Akmar berdehem. Aku melarikan pandangan ke luar tingkap. Baru je lepas kena reject. "Is it because of her?" Aduh mulut ni! Her?! Aku cuba nak cari gaduh ke ni?! "Siapa?" Soal Akmar kembali. "I don't know. You tell me!" Suaraku meninggi. Jangan jawab! Aku boleh jadi gila kalau macam ni. "Tak pernah ada her dalam hidup saya selain awak dan ibu.." gumam Akmar sebelum meletakkan tangan diatas pehaku.

"Lies!" Aku menolak tangannya dari menyentuhku. "I swear-----" "stop. Saya taknak dengar apa apa." Aku menghentikan Akmar. Akmar mengeluh. "The day after Andy's birthday.. kemaskan barang awak dan Andy, saya bawa awak balik." Kata Akmar. Aku memandangnya. "Taknak!" Aku memeluk tubuh. "What do you want Aleisha? Awak tak pernah bagitahu saya apa yang awak nak?" Akmar kelihatan sudah bengang.
"Saya----- saya, saya cuma nak putarkan masa...bila saya acah pandai memasak, dan cuba jadi isteri yang baik... dan berikan awak makanan yang betul bukannya yang terlajak atau terkurang garam." Aku berdehem tanpa memandangnya. "Atau mungkin saya nak elak masa kat hotel--- or not." Kali ini aku terlepas tawa. "A perfect plan from God." Gumam Akmar. "Lepas tu awak berubah, awak dah tak perlukan saya lagi dah." Aku memandangnya. "I'm sorry.." gumam Akmar, dia mengenggam tanganku dan kali ini aku tidak menolak.

"Saya janji akan betulkan semuanya dalam masa terdekat." Aku terdiam. "Saya janji. Saya akan pastikan, kesilapan kedua takkan terjadi lagi." Tambah Akmar lagi. "The day after Andy's birthday, I'll take you guys with me. Okay?" Aku memandang Akmar sebelum mengerutkan dahi. "...no." Gumamku. "Kita mulakan semuanya balik. Kalau awak masih marahkan saya, sekurang kurangnya fikir pasal Andy. Pasal masa depan Andy." Tanganku digenggam erat sebelum dilepaskannya. "Bukan ke tu yang Andy nak?" Soal Akmar. Aku tidak menjawab..

Kereta diberhentikan. Aku memandang ke luar sebelum pintu kereta dibukakan. Aku memerhati sekeliling. Funfair. Dimana Akmar membawa aku ke sini selepas aku membaca texts yang menggerunkan dihantar oleh----- taknak ingat. Dan kami bergaduh di sini. "Saya teringin nak bawa awak ke sini." Bisik Akmar dari belakang. "Last time I brought you here, awak marahkan saya for no reason." Gumam Akmar. "No reason awak cakap. Pernah ke saya marah tanpa sebab?" Aku merenungnya tajam. "Tapi sebab apa je?" Akmar mengerutkan dahi. "Hu.....da."

Halkum Akmar turun naik. "How do you know?" Akmar mengerutkan dahi. "Saya baca mesej yang dia hantar pada awak." Jawabku tanpa memandangnya. "She's in the past." Akmar mengusap pipiku membuat aku bertambah marah. She's in the past?! What the fuck does that suppose to be mean?

"Oh, she's in the past? Mudahnya kan awak cakap." Aku tersenyum sinis. "She's not my girlfriend." Akmar mencari mataku. Aku mengetap rahang sambil memeluk tubuh. "What about your perempuan simpanan. So, dia girlfriend awak lah?" Aku merenung Akmar tepat pada mata. "They're nothing! I'm using them for---- ah! Aleisha, please? Kenapa nak hancurkan hari gembira kita dapat bersama dengan Andy dengan soalan soalan menyakitkan hati tu?"

"Sebab.... the thoughts of you with someone else's killing me.." gumamku sebelum Akmar menarik aku ke dalam pelukan. "I know.. saya memang teruk. Saya jahat. Saya bodoh, tak fikir sebelum bertindak. Dan tak pernah hargai awak.." bisik Akmar ditelingaku sebelum Andy yang tertidur dipelukan Akmar, merengek.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now