bab16

78.8K 1K 3
                                    

Akmar membuka pintu apartment kami sebelum menarik bagasiku ke dalam. "Home sweet home.." aku tersengih sambil memandang Akmar yang sedang merenung aku tajam dihadapan pintu.

"Rindu tak?" Soal Akmar sambil tersenyum. "Rindu! Especially awak..." aku mengenyitkan mata sebelum ketawa. "Lepas ni lampu dah tak terpadam?" Soalku sambil memandang Akmar. Akmar menggeleng. "Lepas ni tak payah takut dah.." bisiknya sambil menghampiriku.

"Tapi saya suka gelap." Aku menarik muncung. "Eh? Sejak bila?" Akmar mengerutkan dahi sambil ketawa. "Sejak saya tahu akan ada awak untuk peluk saya.." jawabku sebelum mengetap bibir...

"Jom?" Tangannya dihulurkan kepadaku. "Taknak.." aku berpusing membelakanginya.. "oh, taknak.." Akmar mengangkat aku naik ke bahunya. Aku terjerit kecil akibat terkejut sebelum membiarkan diri diatas bahunya.

"Sayang.. awak nak makan apa?" Soal Akmar sebaik sahaja aku keluar dari bilik mandi. "Ikut awak lah. Ke nak saya masak?" Soalku sambil memandangnya. Akmar ketawa, "kita masak bersama?" Akmar memberi cadangan. Aku turut ketawa sebelum Akmar mendekati. Bunyi loceng—— keningku berkerut. Siapa pula yang sibuk datang rumah orang waktu orang nak beromantik ni?! Akmar keluar dari bilik beberapa minit sebelum masuk kembali.

"Sayang.. Sofea datang." Akmar melabuhkan punggung diatas katil. "Sekejap.." aku lantas menyarung pakaian dalam sebelum memakai tshirt berlengan pendek dan legging untuk berjumpa Sofea.

Aku keluar untuk mendapatkan Sofea. "Macam ni kau eh.. tak jadi cerai tak bagitahu aku.." bisik Sofea sambil mengetap gigi. Aku ketawa.. "aku plan nak bagitahu kau esok.." jawabku. "Haikal?" Soalnya dalam nada berbisik. "Tak jadi lah. Sebab kau dengan Lisa betul.." "first time kau cakap kitorang betul!" Sofea meletuskan tawa.

"Tapi kan.. Akmar tu kacak juga." Kata Sofea masih lagi berbisik. "Kan..." aku mengiyakan. "Haikal dah tahu ke?" Soalnya sambil memandangku.

"Tak...." jawabku sambil meneguk liur. "Bila kau nak bagitahu dia?" Soal Sofea sambil mengangkat kedua belah keningnya. Aku tak tahu....

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now