bab21

64.1K 1K 12
                                    

"Al tolong bawakan untuk ibu ye?" Aku meminta izin selepas melihat ibu yang keletihan. Ibu menguntumkan senyuman sebelum mengangguk.

Aku mengangkat pinggan kosong.. dalam perjalanan ke dapur, aku terdengar suara Akmar.

"Aduh.. kenapa lah kau cakap macam tu dekat isteri abang." Aku bersembunyi dibelakang dinding, cuba untuk mencuri dengar perbualan mereka. "Miza terlepas cakap. Maaf sangat." Miza sedang merayu.

"Dah lah isteri abang kuat cemburu. Kau ni.." suara Akmar kedengaran seperti risau. Diam..

Aku mengambil peluang untuk menghantar pinggan ke dapur. "Biar saya tolong." Akmar cuba mengambil pinggan dari tanganku. "Tak payah." Aku menepis tangannya sebelum meletakkan pinggan pinggan kotor masuk ke dalam sinki.

Akmar membantu aku membawa pinggan yang berisi bihun kembali ke ruang tamu.

Aku mengutip pinggan kosong diatas meja lagi. Tetapi seorang lelaki yang memakai jubah putih sudah pun mengutipnya terlebih dahulu. Dia memandang aku.. "biar saya yang--" dia menghulurkan pinggan kepadaku. Ah, okay.

"Eh Adib. Ingatkan dah taknak datang tadi." Mungkin sepupu atau rakan Akmar. Aku kembali ke dapur untuk meletakkan pinggan kosong ke dalam sinki. "Al.. sebenarnya kan..." Miza menghampiriku.

"Siti tu bukan big issue pun.. dia cuma orang yang dulu Akmar minat je." Miza memandangku. Dulu minat? Sekarang masih lagi tak? "Oh.. okay." Aku tersenyum hambar sebelum berlalu pergi. "Miza! Kau keruhkan lagi keadaan!" Marah Aqilah..

"Ni isteri aku.. Aleisha." Tanganku dipegang Akmar. Aku memandang lelaki berjubah putih yang bernama Adib dihadapannya. "Oh.. isteri kau." Dia menggaru hidung. "Ya.." jawab Akmar. Aku tersenyum nipis kepada Adib sebelum meminta diri kepadanya untuk keluar mengambil angin luar.

Telefon berdering. Mungkin papa.. selalunya waktu macam ni papa akan call.

"Aleisha!!" Adoi.. bingit telinga aku. Sofea rupanya. Kalau aku tahu tu dia.. mesti aku decline je tadi.

"Apa?" Soalku malas. "Bila nak lepak?!" Dia menjerit. Mesti dah bosan sangat kat rumah tu. "Gila apa nak lepak?" Aku tertawa kecil. "Aku rindu kau." Sofea membuat bunyi tangisan yang mengada ngada.

"Kalau kau rindu aku. Kau join aku dengan papa bercuti. Nak?" Soalku sambil tersengih. "Segan lah aku.." tiba tiba dia segan?! "Dulu kita merantau sama sama dengan papa, takde masalah pun. Sekarang kau segan?" Aku menarik muka..

"Sekarang kau dah bersuami. Dulu lain cerita." "Ala.. kita tidur sekali lah." Aku cuba memujuknya sebelum tersedar ayat aku macam pelik je bunyi. Aku nak cakap, aku dan dia yang tidur sekali. Akmar tidur tempat lain.

"Wu.. bertiga?" Sofea berotak biru mula menyoal. Aku ketawa kecil. "Maksud aku.. kita berdua je lah." Jawab aku sambil mendongak untuk memandang bulan. "Okay. On! Bila?" Soal Sofea.. bunyi macam teruja.

"Minggu depan kot. Kita kan cuti dua minggu." Aku tersengih. "Boleh lah... nak bawa boyfriend boleh?" Soal Sofea sambil ketawa. "Bawa je kalau ada."

"Assalamualaikum.." sapa satu suara. Aku menoleh ke kanan untuk memandang Adib yang sedang menanggalkan songkok dikepalanya. Rambut hitamnya ditolak ke belakang sebelum meletakkan songkok dikepalanya kembali.

"Walaikumsalam.." jawabku sebelum menguntumkan senyuman. "Nanti call balik." Kataku kepada Sofea sebelum mematikan perbualan. Aku memandang Adib yang sedang merenungku.

"Bila berkahwin?" Soal Adib sambil mengerutkan dahi. "Dah lama dah.." jawabku sambil tersengih. "Akmar tak jemput saya pun." Adib merenungku.

"Um. Kitorang tak buat kenduri kat sini.. sebab tu awak tak dijemput. Kalau kat sana nanti jauh sangat." Alasan...

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now