bab6

78.5K 1K 6
                                    

"Tengah masak apa tu?" Soal Akmar sambil merenung buku masakan diatas kabinet dapur. "Pandai masak tak?" Soalnya lagi. "Mesti lah!" Jawabku dengan yakin sambil tersengih.

"Pagi esok kita balik kampung saya, nak?" Soal Akmar sambil melabuhkan punggung diatas kerusi dihadapanku.

"Kita? Kampung awak? Nah, thank you.." aku menggeleng laju. Terima kasih sahaja lah!

"Saya dah jumpa dengan family awak tapi awak tak boleh berjumpa dengan family saya? Oh.. okay, faham... siapa lah kita ni kan." Akmar tersenyum hambar sebelum aku membuka mulut..

"Yelah.. berapa hari?" Soalku sambil memotong bawang secara membulat.. walaupun sedikit hancur, tetapi pada mata aku, bawang diatas papan pemotong ini masih bulat.

"Tiga hari je.." jawabnya. Aku merenung Akmar dengan air mata yang terkeluar.. "kenapa menangis ni? Tak sabar nak jumpa mertua ke macam mana?" Usiknya sambil mengesat air mataku menggunakan ibu jari.

"Biar saya yang potong bawang.. awak masak je." Aku sekadar mengangguk.. setuju sahaja. Aku tidak sanggup memotong bawang lagi.

"Akmar... dah siap!" Laungku dari dapur.. bunyi tapak kaki Akmar berjalan dengan laju menuju ke dapur, entah lah.. mungkin dia sedang berlari.

"Tak sabarnya nak rasa masakan pertama isteri selepas beberapa minggu kahwin." Akmar tersengih. Aku turut tersengih..

"Saya buatkan air dulu.." kataku sambil berjalan ke arah peti sejuk.

Aku menjeling Akmar yang sedang makan dimeja makan tanpa sebarang kata kata yang menyakitkan hati. Mungkin sedap kot..

Aku membawakan jus oren kepadanya. "Sedapnya awak masak sayang.." wajahku menjadi panas.. aku perasan wajahnya juga turut berubah warna kerana terpanggil aku sayang. "Sorry.." aku tertawa kecil sebelum menggeleng untuk memberi maksud tak apa.

Aku menceduk lauk ayam masak madu ke dalam pinggan.

Aku masukkan ke dalam mulut. Masin! Cepat cepat aku meludahnya ke tangan. "Masin lah." Aku memandang Akmar yang tersengih. "Tapi cubaan pertama isteri masak, not bad lah.." Akmar cuba memasukkan ayam ke dalam mulutnya lagi.

Cepat cepat aku menarik tangannya. Mata kami bertaut sebelum aku menggeleng.

"Tak payah lah makan." Aku menarik ayam didalam tangannya supaya dia berhenti makan.

"Kita makan kat luar ya?" Aku menguntumkan senyuman. "Tapi yang ni pun dah sedap lah.." jawab Akmar. Aku merenungnya, "okay. Habiskan semuanya. Saya nak makan luar." Kataku sambil memeluk tubuh. Mata Akmar terbuntang luas. Dia cepat cepat melepaskan ayam masin itu ke dalam pinggan. "Awak ajak saya sekali lagi please.." pinta Akmar sebelum kami berdua ketawa terbahak bahak.

***

Selesai mengemas pakaian didalam bagasi.. aku dan Akmar terus masuk ke dalam kereta.

"Kenapa tiba tiba nak balik?" Soalku sambil memandangnya. "Sebab dah sebulan berkahwin dan tak balik jumpa ibu ayah.." jawabnya. "Nak juga tunjuk isteri cantik ni dekat keluarga." Jarinya mengusap pipiku. Aku melarikan pandangan ke arah lain. Semakin susah untuk aku nafikan dia bukan suami yang terbaik.

"Nak beli ais krim dulu?" Soal Akmar. Aku mengangguk sambil tersengih. "Nak perisa apa?" Soal Akmar sambil memandangku. "Vanilla." Jawabku sebelum Akmar keluar dari kereta.

"Memang setiap kali sejuk, awak akan makan perisa vanila ke?" Soal Akmar sambil memandangku. Aku mengangkat bahu. "Memang selera berubah mengikut cuaca agaknya.." aku tertawa kecil. "Nasib baik hati tak pelik macam tu." Akmar tersengih. "Awak nak cakap saya pelik lah ni?" Aku merenungnya. "Tak.. tapi pelik tu awesome." Akmar tersengih.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now