TUJUH TAHUN KEMUDIAN..
"Anyz!!",
Anyz Syaheera segera menghentikan langkah dan menoleh ke belakang bila nama panggilannya dilaung dari jauh.Kelihatan Yuyu,rakan sekuliah dan merangkap member gossipnha sedang berlari anak mengejar langkahnya yang sedikit jauh.
" Ya?", soal Anyz sambil tersengih melihat manik-manik halus di dahi gadis itu.Maklumlah,dia ni kalau berjalan mengalahkan berlari anak.Jadi faham-fahamlah lajunya tu macam mana.
Yuyu tercungap-cungap di sebelah.Naik turun dadanya mencuba untuk mengambil kembali nafas yang sudah habis digunakan ketika mengejar langkah Anyz seketika tadi.
"Kau.. ni.. tak dengar ke aku panggil? Nak tercabut anak tekak aku tau!", omel Yuyu.Ikatan rambutnya dibetulkan.Gara-gara mengejar langkah sahabat bertuahnya ni,habis serabai rambutnya dek kerana ditiup angin.
Anyz menayang sebaris gigi hadapannya.Sungguh,di tak dengar pun namanya dipanggil dari tadi.
" Ye la,ye la.Sorry la ye? Aku tak dengarlah kau panggil",
Yuyu menjeling langit.Nak buat macam mana? Dia dah terbiasa dah diabaikan oleh teman sendiri.Haihh,nasib baiklah mereka ni dah kenal dari tahun pertama.
Kalau tidak,Anyz ni memang dah kena maki free dengan Si Yuyu ni tau!"Ye la.. ehh,kau nak ke mana ni?", soal Yuyu.Jam dipergelangan tangannya dipandang sekilas.
" Aku nak pergi cafe.Faz ajak makan sekali.Jomlah kalau nak join sekali",
"Er,tak apa ke? Tak ganggu?",
" Tak adalah.Kitorang bukannya nak buat apa pun",
"Hah.. cun! Jom,lapar lah",
Sampai sahaja di cafe,hanya Yuyu sahaja yang memesan makanan manakala Anyz hanya memesan segelas sirap ais untuk membasahkan tekak.Selepas sahaja habis kelas Garde Manger bersama dengan Sir Ikwan,setitik air pun belum masuk ke dalam mulutnya lagi.Dia tak lapar,cuma haus.
" Beb,last year ni makin banyak kerja yang kita kena buat,kan? Aku ingatkan kuranglah sikit stress kita untuk tahun ketiga ni", ujar Yuyu sebaik sahaja sepinggan nasi goreng kampung telah selamat masuk ke dalam perutnya.
"Hm,nak buat macam mana? Dah nama pun tahun akhir.Kenalah struggle sikit dari tahun-tahun sebelum ni", ujar Anyz tenang walaupun kepala otaknya sudah mula serabut dengan tugasan,exam dan ni belum masuk lagi dengan karnival-karnival yang telah diwajibkan bagi pelajar Culinary Arts untuk disertai.
Ingatkan ambil jurusan kulinari ni tak adalah susah sangat jika dibandingkan dengan jurusan yang lain.Sekali tengok,sama sahaja.Tiada beza.Cumanya Culinary Arts ni lebih banyak assignments kemahiran.
" Oh ya,lepas graduate ni,kau pergi mana? Mesti kau terus kahwin dengan Encik Tunang,kan?", Yuyu tersenyum mengusik.
Encik Tunang.
Pasti yang dimaksudkan Yuyu ialah tunangnya,Seif Haffaz.Mereka tidak merahsiakan status hubungan mereka dari semua penuntut di sini tapi mereka tidaklah juga terlalu mendedahkan tentang status hubungan mereka.Senang kata,hanya kenalan terdekat saja yang tahu dia dan Seif Haffaz sudah bertunang.
Anyz tersenyum sipu.Disedut saki baki air sirap di dalam gelas sehingga habis."In Shaa Allah,Yuyu.Aku dengan Faz memang dah rancang hujung tahun ni tapi.. belum pasti lagi.Tengok dululah macam mana", ujar Anyz.Dia dan Seif Haffaz sudah mengikat tali pertunangan tiga bulan yang lepas.
"I'm glad to hear that.Apa-apa pun,kau kena hati-hati tau.Jaga Faz tu elok-elok sikit", tegur Yuyu.Kini intonasinya lebih serius berbanding tadi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romance"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...