HAYYAZ melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lemah.Jam sudah menunjukkan angka 1.25 minit pagi.Dari petang tadi dia keluar mencari Anyz dan sampai sekarang baru dia pulang ke rumah.Puas dia mencari Anyz tapi masih belum jumpa.Sehingga ke saat ini masih tiada tanda-tanda gadis itu.
Hayyaz melabuhkan punggungnya di atas sofa.Fikirannya kosong.Hatinya tidak tenteram memikirkan keadaan Anyz sekarang ini.Sudah hampir 12 jam setelah kehilangan Anyz.Entah dimanalah gadis itu berada sekarang.Serabut kepala otaknya memikirkan masalah ini.Mustahil Anyz boleh hilang secara tiba-tiba macam tu.Dia yakin,pasti semua ini angkara pihak yang tidak puas hati dengannya selama ini.Dia yakin ada dalang disebalik semua ini.Tapi dia tetap tak boleh buat keputusan melulu.
Telefon bimbit Hayyaz berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.Dengan lemahnya dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello,assalamualaikum",
" Waalaikumussalam.Yaz? Anyz macam mana? Dah jumpa ke?" soal Puan Sarah.Kedengaran gelisah sekali suara wanita itu.Maklumlah,menantu kesayangannya hilang.Siapa tak risau kan?
Hayyaz melepaskan keluhan berat."Belum,bu.Tak ada apa-apa lagi ni", jawabnya lemah.
"Ya Allah,mana pulak Anyz pergi ni? Yaz dah cari sekitar situ ke?"
"Sudah,bu.Semua tempat Yaz dah cari tapi tetap tak jumpa.Ibu,macam mana ni? Yaz risau pasal Anyz.Lagi-lagi dia tengah sarat mengandung tu.Kalau jadi apa-apa dekat dia macam mana?"
"Jangan cakap macam tu,Yaz.Ibu pun risau ni.In shaa Allah,dia tak apa-apa.Kita doa banyak-banyak ye? Mama dah tahu belum pasal ni?"
"Belum.. Yaz tak sempat nak bagitahu",
"Tak apalah,biar ibu bagitahu.Yaz tenang-tenang ye? Jangan fikir bukan-bukan.Kita doakan Anyz selamat walau mana jugak dia berada ye?"
"Okey.."
Talian dimatikan.Hayyaz kembali mengelamun seorang diri.Sekarang ini difikirannya hanya pada Anyz,Anyz dan Anyz.Macam-macam yang dia fikir.Macam mana kalau orang jahat yang curi Anyz? Macam mana kalau orang itu cederakan Anyz?
Herh! Sumpah dia kata,dia sanggup bunuh sesiapa sahaja yang berani sentuh Anyz! Apatah lagi ada orang tang menyakiti isterinya itu!
TIGA HARI KEMUDIAN..
Sudah tiga hari berlalu namun kehilangan Anyz masih belum ada apa-apa khabar.Setiap jam yang berlalu terasa sakit untuk dihadapi.Dalam masa tiga hari ini,macam-macam boleh jadi.Mahu terputus urat jantungnya setiap kali memikirkan kemungkinan yang akan berlaku dalam masa tiga hari ini.
"Maaf,encik.Setakat ni pihak kami masih lagi sedang mengumpul maklumat.Kes kehilangan isteri encik ini pihak kami tak boleh nak simpulkan apa-apa buat masa ni.Harap encik bersabar", kata seorang anggota polis,Inspektor Razman.
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romance"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...