BAB 37

6.1K 244 15
                                    

SEIF HAYYAZ turun ke bawah dengan mata yang masih terpisat-pisat.Langkah diatur menuju ke dapur.Dari jauh lagi dia dengar bunyi bising dari dapur.Bunyi seakan besi dan kaca bertemu pun ada.Dahinya berkerut.Siapa pulak yang duduk dapur pagi-pagi buta macam ni?

Momok ke?

Eh,ni bulan puasa.Celah mana pulak datangnya momok tu.

Dah tu?

Gulp!

Liur diteguk payah.Langkah diatur perlahan-lahan menuju ke pintu dapur.Dia intai ke dalam dan alangkah terkejutnya dia bila lihat Anyz sedang ke sana ke mari di dapur.Ternganga kecil mulutnya.

Dia mimpi ke?

Atau Anyz yang sedang bermimpi?

Hairan bila tiba-tiba saja pagi ini Anyz bangun masak untuk sahur.Selama ni tak pernah-pernah pulak.Ye la berbuka puasa semalam pun dia beli je dekat bazaar ramadhan tu.

"Oi,mak kau!" latah Anyz.Terkejut dia bila berpaling dan tiba-tiba saja Hayyaz berada di belakangnya.Kejung pulak tu tak bergerak.Dah macam patung lilin dah.

"Isy! Dah kenapa pulak awak ni tercegat dekat pintu tu?" omelnya sambil tangan ligat mengisi nasi yang siap dimasak ke dalam bekas.

"Awak.. masak", Hayyaz tersenyum.
Bahagia dia rasa walaupun sekadar Anyz masak untuk sahur.Mungkin ini makanan pertama dan terakhir hasil tangan isterinya,tapi tak apalah.
Asalkan Anyz pernah masak untuknya.Itu pun dia sudah bersyukur.

"Masak je pun.Aih,sudahlah.Tolong ambil lauk atas meja tu", arah Anyz dan segera keluar dari dapur bersama bekas nasi ditangannya.Kepala digeleng perlahan.

Kalau ikutkan malas dia nak masak hari ni.Ni semua salah Yuyu! Boleh pulak tadi waktu dia sedang sedap tidur,Yuyu menelefonnya dan memaksa dirinya untuk masak sahur ini.Puas dia membantah keras tapi telinganya dah tak tahan dengar bebelan Yuyu.Jadi nak tak nak terpaksalah juga dia rajinkan diri untuk memasak.

Dia pun tak tahu kenapa dia malas sangat masak.Nak kata tak reti masak tu memang dah jauh panggang dari api lah.Dia kan pelajar Culinary Arts dan bab-bab memasak tu memang celah gigi je.Tapi entahlah.Malas nak fikir.

" Thanks sebab sudi masak pagi ni", kata Hayyaz sambil tersenyum bila selesai saja mereka bersahur pada pagi itu.Walaupun ringkas saja hidangan Anyz,sekadar ayam goreng kunyit,telur dadar dan kacang botol masak pedas,tapi dia makan dengan cukup berselera.

Anyz sekadar mencemik muka.Apalah sangat memasak ni.

"Oh ya,berbuka nanti mama ajak berbuka dekat rumah dia.Awak ada kelas ke petang ni?"

Hayyaz berfikir seketika sebelum dia mengeleng."Tak ada kelas pun hari ni.Awak?",

"Ada kelas sampai petang",

" Ohh,nanti saya hantar awak pergi kelaslah.Lepastu petang tu saya ambik dan terus balik rumah mama.Lambat-lambat karang lewat pulak sampai",

Anyz hanya mengangguk.Suka hatilah.Tak kisah pun.Mata dah berat dah ni.Jam di dinding pula dikerling sekilas.Baru pukul lima pagi.Curi-curi tidur kejaplah sementara nak tunggu Subuh.

JAM lapan pagi,Anyz bergegas turun ke bawah.Lilitan tudung di kepalanya dibetulkan di hadapan cermin. Beberapa minit lepas itu,kelihatan Hayyaz juga turun ke ruang tamu.Simple saja pakaiannya.Sekadar t-shirt biru muda berkolar dan seluar jeans.

Tapi entah kenapa nampak segak pulak di mata Anyz.Haih,janganlah buat perangai Anyz oii..

"Dah siap?"

Anyz pantas mengangguk.Mereka melangkah ke kereta dan terus menuju ke kampus.

"Okey,stop! Hantar sini je lah.Saya jalan kaki masuk kampus", kata Anyz sambil tunjuk ke arah bahu jalan bersebelahan dengan pintu masuk kampus.

Dahi Hayyaz berkerut." Sini? Kenapa tak masuk je?"

"Tak bolehlah nanti ada orang nampak awak hantar saya.Kereta awak ni dahlah familiar", Anyz menjuling mata ke atas.Sedia maklum bahawa lelaki di sebelahnya ni cukup dikenali ramai.

Hayyaz tergelak kecil.Signal diberi ke tepi bahu jalan." Betul tak nak hantar masuk?" soalnya lagi.Jauh jugak tu.Memang pintu masuk dekat sebelah ni je tapi nak berjalan sampai ke dewan kuliah tu bukannya dekat.

Anyz mengangguk.Pintu kereta dibuka namum Hayyaz pula memanggilnya.Dia berkalih.

"Apa?"

Tanpa banyak cakap,Hayyaz meraih  tangan kanan Anyz dan dibawa sendiri ke hidung gadis itu.Salam.Dia kemudiannya tersenyum.

"Petang nanti saya jemput,okey?" kepala Anyz digosok lembut.Entah kenapa waktu tu,Anyz terkedu.Tak membantah dan melenting seperti selalu.Rasa damai pula bila diperlakukan begitu oleh Hayyaz.
Seketika kemudian barulah dia tersedar.Cepat-cepat dia keluar dari perut kereta dan masuk ke kawasan kampus.

Adeh,parah ni.Kenapa semacam je aku rasa bila dengan dia sekarang ni?

Anyz menggeleng kepalanya perlahan.Ya Allah,Kau hindarilah dirinya ni dari perkara-perkara berbahaya.Amin..

SELEPAS selesai membasuh pinggan mangkuk di dapur,Anyz mengikut langkah Puan Maimunah ke ruang tamu.Di situ terdapat ayah,abang serta suaminya yang sedang duduk sambil menonton televisyen.

"Anyz dengan Yaz tidurlah sini malam ni ye? Esok ada kelas ke?" soal Puan Maimunah.Anak dan menantunya dipandang silih berganti.Mereka serentak menggeleng.Memang mereka cadang nak tidur sini pun bila ayahnya kata nak mereka solat terawih bersama di masjid berdekatan.Rasa malas pulak nak balik bila dah tengah malam sangat.

"Dik,abang tengok kau macam makin gemuk je.Tak diet ke?" seloroh Nufail sambil tersengih memandang adiknya.Hayyaz juga turut sama memandang isterinya.

Erk! Gemuk?

"Mana ada gemuklah.Isy,dia yang dah gemuk lepastu cakap orang pulak", nafi Anyz sambil membuat muncung panjang.Padahal dalam hati tu dah risau sangat takut-takut betul apa yang abangnya cakap.Dia dah gemuk ke? Aduh,dah lah tak lama lagi nak raya.Lepastu nak jumpa saudara -maranya lagi.Apa kata orang nanti bila dia dah gemuk? Oh tidakk!!

" Eleh.. orang gemuk mana ada nak mengaku yang dia tu gemuk", sindir Nufail lagi.Tak puas kacau adik sendiri.

"Yaz.. Yaz.Kesian kau dapat bini gemuk ye?", makin galak Nufail mengusik.Bahu Hayyaz ditepuk perlahan.Sengaja nak menambah lagi kesan pada lakonannya.

" Tak apalah.. cari bini lainlah ye? Best jugak kalau ada bini lebih dari satu ni kan" sambungnya lagi.Dikerling wajah Anyz yang duduk di sofa bertentangan mereka.Kelat wajah itu.

Mata Anyz mengecil memandang abangnya.Hayyaz di sebelah lelaki itu juga dikerling.Tersenyum saja suaminya.Eleh.. eleh.Lelaki kalau dapat cakap pasal kahwin-kahwin ni mesti tersenyum sampai ke lubang telinga.Puih!

"Apa pandang abang macam tu?"

"Blek! Abang gedik! Anyz report dekat Kak Fea nanti,padan muka abang!"

"Hah reportlah report.Abang paksa Hayyaz kahwin lagi satu.Biarkan,
padan muka Anyz!" Nufail menjelir lidah.

Laju saja tangan Anyz mencapai bantal kecil di senelahnya dan terus lempar pada Nufail.Malangnya lelaki itu dapat menepis.

"Eee! Ma,tengok abang ni.Tak habis-habis nak kacau orang!"

Puan Maimunah hanya menggeleng melihat perangai anak-anaknya.Tak habis-habis nak bertengkar.Haih..

Hayyaz pula makin lebar senyumanya melihat Anyz.Ternyata Anyz ni seorang yang manja juga.Tapi bila di rumah,garang bukan main ye? Dia dapat simpulkan sesuatu.Anyz akan bersikap manja dengan orang yang dia sayang.Jadi kalau dia nak Anyz bermanja dengannya,dia kena jadi orang yang Anyz sayang.Tapi dia tahu bukannya senang.

Siapa je lah yang tak kenal dengan perangai isterinya ni.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang