BAB 65

9.3K 232 9
                                    

TIGA BULAN KEMUDIAN..

Anyz mengusap lembut batu nisan di hadapannya.Air mata yang bertakung di tubir matanya pantas diseka.
Pusara yang menempatkan jasad seseorang di dalamnya itu dipandang lama tanpa sedikit pun dia berganjak dari tempat duduknya meskipun sudah hampir 20 minit mereka berada di situ.Hayyaz di sebelahnya sudah menarik tubuh kecilnya ke dalam pelukan lelaki itu.

"Sayang okey ke tak ni?" soal Hayyaz lembut.Dia faham dengan keadaan isterinya saat ini.Dia juga sedih dengan apa yang telah berlaku sekarang ini.Tapi dia sudah pun redha dengan pemergian ini.

Anyz diam.Air mata yang mengalir di wajahnya diseka lagi.Makin dilap,makin banyak pulak yang keluar.

"Abang tak suka tau tengok sayang sedih macam ni.Abang pun sedih jugak dengan apa yang berlaku,tapi kita kena belajar untuk melepaskan.Hidup ni sementara je,sayang", pujuk Hayyaz lembut sambil mengusap belakang Anyz.

" Tapi.. Anyz tak sangka dia akan pergi dengan cara yang macam ni.Anyz tak sempat jumpa dia pun.Anyz tak sempat nak mintak maaf dekat dia", kata Anyz dalam seduan.

"Sayang,janganlah macam ni.Tak tenang roh Fakhrul ni nanti.Abang faham apa yang sayang rasa.Abang pun rasa bersalah sangat dengan arwah.Disebabkan dia nak selamatkan kita tiga bulan lepas,dia pulak yang kena tikam.Tapi apa yang kita boleh buat? Itu dah ajal dia", terang Hayyaz.

Fakhrul telah meninggal dunia tiga bulan lepas akibat kecederaan yang teruk pada bahagian kepala dan juga terdapat tiga kesan tikaman pada tubuhnya.Dua di bahagian dada dan satu pada bahagian perutnya yanh dipercayai telah ditikam oleh Evelyn.Fakhrul menghembuskan nafas terakhirnya beberapa jam selepas Anyz selamat melahirkan bayi-bayi mereka.Dari awal lagi dia memang sudah tahu yang Fakhrul dimasukkan ke hospital yang sama dengan Anyz.Jadi sementara menunggu pembedahan Anyz selesai,dia sempat melawat Fakhrul.

Sempat jugak dia mendengar sepatah dua kata dari lelaki itu.Ketika dia bersama dengan Anyz dalam wad bersalin,seorang doktor ingin berjumpanya.Doktor itu ialah Doktor Khai,doktor yang merawat Fakhrul.Doktor Khai memberitahunya bahawa Fakhrul telah pergi buat selama-lamanya.

Esoknya dia bagitahu Anyz pasal semua ni.Tapi baru sekarang Anyz sempat menziarah kubur Fakhrul akibat masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan selama ini.

"Tapi Anyz terkilan,abang.Anyz nak ucapkan terima kasih dekat dia sebab selamatkan kita.Anyz pun nak mintam maaf dekat dia sebab Anyz selalu marah dia",

" Sayang,jom kita balik? Nanti abang cerita dekat sayang.Tak elok tau sayang menangis meratap dekat kubur ni.Kita balik dulu ye? Nanti abang cerita dekat sayang",

Setelah dipujuk oleh Hayyaz,barulah Anyz mengangkat punggung dari perkuburan itu.Dia bukan apa,dia cuma sedih sebab telah kehilangan seorang sahabat baik dari kecil lagi.Fakhrul telah banyak berkorban untuknya.Malah di saat-saat akhir begini pun dia sanggup berkorban nyawa.Selama ini Fakhrul yang sentiasa bersamanya ketika dia senang dan susah.Ketika dia tidak mampu menahan rasa sakit apabila diceraikan oleh Hayyaz dulu,lelaki inilah yang paling banyak menghiburkannya.

Jadi bila dia dapat tahu Fakhrul telah pergi,dia benar-benar sedih.Mahu saja dia pergi melihat Fakhrul buat kali terakhir sewaktu di hospital dulu tapi doktor tidak mengizinkannya kerana tahap kesihatannya yang lemah.Selepas tiga bulan,setelah luka dari pembedahannya pulih dan setelah anak kembarnya sudah dibenarkan pulang ke rumah,barulah dia berpeluang untuk melawat kubur Fakhrul.

"AKU nak mintak maaf dekat kau atas segalanya.Aku nak mintak maaf sebab sering ganggu hubungan kau dengan Anyz.Aku tak bermaksud nak rampas kebahagiaan kau orang cuma aku tak dapat terima kenyataan yang Anyz milik orang lain.Aku nak mintak maaf pada kau dan Anyz.Kau anggaplah pertolongan aku tadi untuk tebus kesalahan aku pada kau orang.Tolong sampaikan kata maaf aku ni pada dia",

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang