BAB 25

5.8K 244 6
                                    

"EH,kenapa dengan jari kau tu?" soal Yuyu.Baru dia perasan jari telunjuk Anyz yang berbalut.

"Kena kaca sikit", jawab Anyz yang menulis sesuatu di atas sehelai kertas.Sekarang ini mereka berada di perpustakaan.Kelas dengan Sir Ikwan tadi boleh dibatalkan pulak.Nak balik rumah,pukul 12 nanti ada kelas lain pulak.Sudahnya melepak je lah dekat sini.

" Kena kaca? Macam mana boleh kena? Kau berperang dengan suami ke? Main baling-baling pinggan cawan eh?", usik Yuyu.Tapi macam serius je mukanya tu.Dia fikir betul-betul ke?

"Kalau aku berperang dengan dia,apa motif baling pinggan cawan? Baik aku campak bom nuklear je dalam bilik dia.Senang.Meletup terus hancur", selamba saja jawapan Anyz.Hal semalam sewaktu lelaki itu menemaninya di klinik bagaikan hilang begitu saja.

" Dah tu? Sampai terluka ni apa kes?",

"Aku nak masak kat dapur tu semalam.Sekali entah macam mana gelas aku pegang boleh terpecah.Aku kutip,tu yang luka.Kena jahit sikit,"

Yuyu mengangguk faham.Padan muka! Balasan tak hormat suami.Bisik Yuyu.

Eh,apa aku ni? Astaghfirullahalazim.

"Weh,betul ke apa yang Mrs Wong cakap semalam?",

Yuyu memandang hairan gadis berkulit putih di hadapannya." Cakap apa?",

"Alaa.. yang untuk karnival tahunan dekat kampus ni tak lama lagi.Kita berdua kena buka booth masakan kan.Aku tak tahulah kenapa kita juga yang terpilih? Punya ramai student lain but why us?" rungut Anyz.Pipi gebunya ditepuk beberapa kali.Buat hilang tekanan katanya.

"Ohh,alaa.. chill lah.Bab-bab memasak ni macam kau tak biasa pulak.Dalam kelas tu,masakan kau je yang dikira the best of the best tau.Banggalah sikit Mrs Wong kasi kau buka booth sendiri", kata Yuyu.Best tak best jugaklah.Masalahnya dengan dia sekali diheret untuk menjadi pembantu Anyz.Pembantu je eh.PEMBANTU.

" Okay tu memanglah okay.
Masalahnya sekarang ni dah lah kena buka booth sendiri,lepastu aku kena buat demonstrasi masakan pulak dekat depan tu.Bayangkan lah aku kena masak empat hidangan dalam satu hari.Mahu berasap aku macam ni", rungut Anyz.Suara tu dah nak menjerit dah tapi terpaksa ditahan-tahan.Akal masih ingat dia di perpustakaan.Bising kang kena halau pula nanti.

"Memanglah empat hidangan.Tapi tu appetizer,main dish,side dishes dengan dessert.Bukannya kau kena buat semua tu dalam satu masa.Mrs Wong kan dah kata kau boleh break sekejap",

" Berehat pun ke mana je lah aku boleh pergi? Merayau tempat lain,booth tu siapa nak jaga? Buatnya pengetua ke apa datang check booth tapi pengurus tak ada,rabak aku",

Yuyu ketawa kecil.Muka tak puas hati Anyz ni menyeramkan juga eh?

TING! TONG!

Hayyaz bergegas ke pintu utama.
Daun pintu dibuka sedikit dan lantas dia tersenyum memandang tetamu yang hadir ke rumahnya.

"Eh,Abang Ilhan.Masuklah..",

Lelaki yang digelar Ilhan itu tersenyum buat Hayyaz."Adif,salam abang Yaz ni", tegur Ilhan.Tangan anak kecilnya itu ditarik untuk menyalami tangan Hayyaz.Adif baru dua tahun.Walaupun masih kecil,namun Ilhan sudah boleh bercakap sikit-sikit tapi masih dalam pelat anak kecilnya.

Tersenyum kecil Hayyaz melihat kecomelan Adif.Mahu saja dilambung budak itu tinggi-tinggi.

" Kenapa tak bagitahu abang nak datang? Kalau tak boleh minta Anyz masak apa-apa.Dapur tu kosong lagi ni" Hayyaz tersengih.Pukul sepuluh pagi tapi dapur masih belum berasap.Tadi dia hanya membeli sarapan pagi di luar saja.Malas pulak nak masak roti bakar dengan nutella nya tu.Anyz pulak tak keluar-keluar bilik.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang