ANYZ hanya memandang lauk-pauk yang dihidangkan di atas meja dengan pandangan kosong.Sikit pun dia tak berselera nak makan walaupun pada hakikatnya juadah yang telah disediakan itu memang sedap-sedap belaka.Macam tak padan
pulak dengan menu bersahur mereka pada pagi itu."Laa.. dah kenapa tu ditenungnya makanan ni? Tak nak makan ke?" soal Puan Maimunah.Dari tadi dia perhati saja anak gadisnya tu,nasi dah terhidang depan mata mata langsung tak diluak.
"Anyz rasa Anyz nak makan benda lainlah", kata Anyz perlahan.Ketika itu,semua mata sedang tertumpu padanya.Jadi segan pulak dia nak bercakap.
" Sayang nak makan apa?" sampuk Hayyaz.
"Em.. roti bakar dengan Nutella", Anyz tersengih-sengih memandang Hayyaz yang sudah terkebil-kebil memandangnya.
Menu breakfast aku tu.
" Laa.. sahur nak makan tu je? Nasi tak nak?" soal Tok Wan pula.
Anyz menggeleng.
"Hm,kejap ye Tok Wan pergi buat..", Tok Wan sudah bangun dari duduknya tapi dia segera dihalang oleh Anyz.
" Tak apalah,Tok Wan.Anyz nak Yaz je yang tolong buatkan.Anyz nak makan yang suami Yaz buat je", dia memandang Hayyaz yang masih memandangnya tidak berkelip.Tok Wan akur saja dengan permintaan Anyz.Faham sangatlah kalau dah orang mengandung ni.Banyak sangat songehnya.
"Boleh tak abang?" soal Anyz bila lihat Hayyaz hanya membatukan diri.Perlahan-lahan Hayyaz mengukir senyuman lalu mengangguk kecil.
"Boleh je,sayang.Kejap ye abang pergi buat.." Hayyaz menggosok perlahan kepala isterinya sebelum dia bergerak ke kabinet dapur.
ANYZ tersenyum-senyum melihat Hayyaz yang sedang bergerak ke sana ke mari untuk menyediakan roti bakar di dapur.Sekejap lelaki itu ke kiri,sekejap lelaki itu ke kanan.Dalam masa lima belas minit begitu,Hayyaz mendekatinya bersama sepinggan roti bakar di tangan.
"Makanlah.. kejap lagi dah nak imsak ni", Hayyaz mengambil tempat di hadapan Anyz dengan senyuman lebar di wajahnya.Anyz mengangguk lalu roti bakar di dalam pinggan itu diambil dan disuap ke dalam mulutnya.
"Wah,sedapnya! Pandai abang buat",
Hayyaz tergelak melihat kesungguhan Anyz memuji roti bakarnya." Apalah sayang ni,puji abang dah macam abang ni masak pasta Aglio Olio pulak.Roti bakar je pun,letak je dalam pembakar tu lepastu sapu Nutella", pipi Anyz sempat dicubitnya.
Haih,geram dengan bini sendiri.Anyz turut tergelak sama.Dia menyambung semula suapan roti bakar di tangannya.Makan punya makan,tiba-tiba kunyahannya terhenti.Roti bakar ditangannya dipandang sayu.Senyuman yang terukir di wajahnya tadi lantas hilang dari wajahnya.Hayyaz yang melihat perubahan mendadak Anyz itu segera menyoal.
"Sayang? Laaa.. kenapa ni? Tak sedap ke?" soalnya cemas.Otaknya mula berfikir macam-macam.Dia ada terletak sos cili ke tadi?
Anyz tidak menjawab.Wajah hairan Hayyaz dipandang lama.T ercebik-cebik bibirnya menahan esakan dari terlepas keluar dari mulutnya.
Hah,sudah! Masaklah kau Yaz! Apa kau dah buat?
"Sayang,kenapa ni? Janganlah diam je.Bagitahu abang,kenapa ni? Ada yang tak kena ke?" Hayyaz menggosok perlahan tangan Anyz.
"Dulu.. Anyz tak pernah pandang pun roti bakar abang ni.Sikit pun Anyz tak ada hati nak makan setakat roti yang abang buat ni.Abang ajak macam mana pun,Anyz tetap tak nak sentuh roti tu.Macam-macam alasan yang Anyz bagi masa tu semata-mata tak nak makan apa yang abang buat.
Hari-hari Anyz kutuk dan marah abang sebab asyik buat sarapan yang sama je setiap hari.Tapi masa tu Anyz tak pernah sedar pun yang hari-hari abang buatkan roti bakar ni sebab Anyz yang tak pernah langsung sediakan sarapan untuk abang.
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romance"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...