BAGAI tak cukup kaki Anyz berlari masuk ke dalam hospital.Kerisauan yang dirasainya semakin menghantui diri.Sungguh dia takut sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada Haffaz.Tadi sewaktu dia lepak di cafe kampus bersama Yuyu,dia mendapat panggilan dari Hayyaz.Katanya Haffaz dimasukkan ke hospital.Kata Hayyaz lagi,keadaannya agak teruk sekarang ini.
Ya Allah,Kau lindungilah dia.Aku mohon padaMu.Berikanlah dia kekuatan untuk terus bertahan,Ya Allah.Aku mohon padaMu.
Sampai sahaja di bilik yang menempatkan Haffaz,Anyz terus melangkah masuk.
Ternyata bukan dia seorang saja yang berada di dalam bilik itu.Ada Puan Sarah,Encik Lokman dan Hayyaz juga.Namun mereka semua tidak sedar kehadirannya di situ.Walaupun semua ahli keluarga Haffaz berada di situ,namun keadaan di dalam bilik itu sepi.Dia lihat Puan Sarah menyeka-nyeka air matanya di penjuru bilik sambil ditemani suaminya.
Jelas sekali yang dia sedang menangis.
Mungkin wanita itu baru tahu tentang keadaan Haffaz.Kemudian dia beralih pula pada Hayyaz.Lelaki itu sedang duduk di sebelah katil Haffaz.Dari gayanya,dia seperti sedang berbual dengan Haffaz.Walaupun dia agak jauh dari katil itu,namun dia dapat dengar suara Haffaz yang kedengaran amat lemah ditelinganya.
Ya Allah,Kau kuatkanlah dia.Bantulah dia..
"A.. An.. Anyz..", Haffaz bersuara perlahan.
Hayyaz yang berada di sebelahnya mengerutkan dahi."Hm? Kau nak apa?",
" An.. Anyz..", ulang Haffaz sekali lagi.Kali ini dia mengangkat jari telunjuknya menunjuk ke arah Anyz yang sedang berdiri di hadapan pintu.Hayyaz bingkas bangun dari duduknya dan melemparkan senyuman kecil buat gadis itu.
"Anyz? Bila sampai?",
" Er.. baru je.Anyz menganggu ke?",
"Ehh,tak ada lah.Anyz masuklah.Ni.. Faz dari tadi nak jumpa Anyz.Ibu keluar dulu ye?", ujar Puan Sarah sebelum dia dan suaminya meninggalkan mereka bertiga.Seketika kemudian,Hayyaz juga meminta diri untuk keluar.Katanya nak pergi beli air tapi sebenarnya sengaja dia ingin membiarkan Haffaz dan Anyz.
" Ehh,tak payahlah.Kau duduk je sini.Aku ada benda nak cakap dengan kau.. dan Anyz", ujar Haffaz.Walaupun lancar bicaranya,namun masih kedengaran lemah.
Niat Hayyaz terbatal.Sudahnya,dia berdiri di sisi katil manakala Anyz duduk di tempatnya tadi.
Nafas ditarik dalam sebelum perlahan-lahan Haffaz bersuara."Sebenarnya,aku ada benda nak cakap dengan kau,Yaz.Anyz,saya pun nak awak dengar apa yang saya cuba nak sampaikan",
Hayyaz dan Anyz saling berpandangan."Apa dia?",
"Aku tak nak berdalih lagi.Aku nak berterus terang je.Yaz,kau dah tahu kan keadaan aku sekarang ni macam mana?",
Lambat-lambat Hayyaz mengangguk.
"Saya dah tak boleh bertahan lama lagi,Anyz.Saya dah tak ada peluang untuk terus bertahan", ujar Haffaz perlahan.
Walaupun ringkas ayatnya tapi cukup untuk membuatkan Anyz menakung air mata.Sehabis baik dikawal air matanya agar tidak tumpah di hadapan lelaki yang dia cintai.Dia tahu,itu sekadar ramalan doktor saja.Belum tentu betul lagi."Saya sedar yang impian saya untuk mengahwini awak cumalah sekadar mimpi yang tak akan pernah jadi kenyataan.Itu cuma akan kekal sebagai impian dalam hidup saya.Dan..",
" Ap.. apa awak merepek ni?",
"Sayang,please.Dengar dulu apa yang saya nak cakap",
Anyz mengigit bibir bawah.Kenapa dia berdebar-debar sangat ni? Apalah yang cuba disampaikan Haffaz ni?
"Anyz,awak tahu kan saya sayangkan awak? Saya cintakan awak? Sayang saya pada awak tak pernah berubah dari dulu sampailah sekarang.Saya tak nak satu hari nanti bila saya dah tak ada,awak seorang diri.Saya nak ada orang yang boleh jaga awak dan boleh cintakan awak macam mana saya cintakan awak.Saya nak dia lindungi awak bila saya dah tak ada nanti.Jadi sebab tu.. saya.. nak..",
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romance"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...