BAB 3

6.7K 304 3
                                    

PUAN Maimunah atau dipanggil  Mama,mendekati anak daranya,Anyz Syaheera yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Haih,dah pukul berapa ni? Kenapa tak bersiap lagi?", soalnya.Mama mengambil tempat di sebelah Anyz yang sedang memandangnya dengan dahi berkerut seribu.

" Bersiap? Pergi mana?", soalnya hairan.Nak keluar ke? Mama tak cakap apa-apa pun tadi.

"Laaa.. kan sekejap lagi kita ada makan malam dekat rumah Ibu.Tak ingat ke? atau Faz lupa nak bagitahu Anyz?", soal Mama hairan.Tadi ibu kepada Haffaz ada menelefonnya dan menjemput keluarganya datang ke rumah untuk makan malam bersama.

" Ohh,phone Anyz ada dekat atas.Ada lah kut Faz text Anyz tu", jawab Anyz.Kemudian,matanya berkalih kembali pada kaca tv yang sedang menyiarkan drama Suamiku Paling Sweet di TV3.

"Hah,habis tu? Tunggu apa lagi? Pergilah siap cepat! Boleh lagi dia melanguk dekat depan tv ni? Lepas abang dengan Papa balik,kita terus pergi je ni.Cepat siap!", omel Mama yang sudah menaikkan oktaf suaranya.Mulalah nii....

" Alaa.. kejap lagilah,Mama.Anyz nak tengok drama ni dulu.Boleh lah ye?", pujuk Anyz.Ni drama kegemarannya tau.Tak pernah miss satu episod pun.Mana boleh dia tinggalkan!

"Ehh,tak ada.Bangun sekarang,pergi siap! Cerita ni nanti ada ulangan",

"Alaa.. cerita ni tak ada ulanganlah,
Mama.Ni TV3,bukannya ada ulangan macam Astro",

" No! I said go,it's means go! Nanti apa pula kata keluarga Faz kalau kita datang lewat? Anyz dah lah bersiap berejam.Haih,dah sudah! Bangun,tutup tv tu sekarang,Anyz Syaheera", tegas Mama.Mahu atau tidak,terpaksa juga Anyz akur dengan arahan Mama.Dengan berat hati,dia menekan punat off pada alat kawalan jauh dan terus berlari anak ke tingkat atas untuk bersiap.

45 MINIT KEMUDIAN..

"Adik!!!!!! Woii,buat apa dekat atas tu? Bersiap ke cabut bulu kambing?", panggil Nufail,abang kepada Anyz dari ruang tamu.Gilalah! bukan main lama dia bersiap.Semua perempuan memang macam ni ke apa?

" Ye! Ye! Kejaplah!!", jerit Anyz.Terkocoh-kocoh dia turun ke tingkat bawah.Mama dan Papa sudah menunggunya di dalam kereta.

"Lambat betul! Buat apa dekat atas tu?", soal Nufail.Dia mencapai kunci rumah dan sempat dia memandang Anyz dari atas ke bawah.Tak ada lah sarat sangat pun pakaian Anyz.Gadis itu cuma memakai jubah kosong berwarna hijau zamrud dan shawl bercorak flora dililit di kepalanya.
Simple je kan? Tapi lama betul masa yang diambil untuk bersiap.Ingatkan dalam 45 minit tu Anyz akan pakai baju yang panjang meleret,lepastu dengan manik-manik berterabur dari atas sampai ke bawah baju tu.Kalau macam tu,fahamlah juga dia kenapa lambat sangat bersiap.Ini tidak,simple je bajunya.Satu manik pun tak ada.Make up pun tak ada lah tebal sangat.

" Alaa.. Anyz main tukar-tukar baju tadi.Finally,jumpa pun yang sesuai", jawab Anyz sambil menyarung kasut heel wedges kesayangannya.

"Aihh,macam ni nak jadi bini orang? Bersiap lambat! Nanti hari-hari Faz kena tunggu Anyz bersiap", Nufail masih mengomel sambil mengunci pintu pagar.

" Alaa.. Faz tu baik! Dia boleh bersabar tau dengan perangai Anyz ni", ujar Anyz.Sesaat kemudian,dia tergelak sendiri.Bersabar dengan perangainya? Macamlah perangai dia tu teruk sangat.

Sampai sahaja di rumah keluarga Haffaz,Anyz dan sekeluarga berbual kosong di ruang tamu.Sesekali dia menjeling ke tingkat atas.Tiada pun tanda-tanda Haffaz akan turun.Atau dia tiada di rumah sekarang ini? Tapi ke mana pula? Dah tahu keluarganya akan datang malam ini,hilang pula dia.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang