ANYZ bermundar mandir di ruang menunggu.Kejap dia duduk,kejap dia bangun.Sesekali dia mengintai di dalam bilik rawatan yang menempatkan Haffaz di dalamnya.Tak senang duduk betul dia dibuatnya.Sudah hampir setengah jam Haffaz di masukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi namun sampai sekarang masih belum tahu keadaannya.
Mengapa Haffaz boleh pengsan? Sebab penat atau sebaliknya? Teruk tak keadaannya ye?
Aduhh.. tak tenanglah macam ni!
Anyz kembali duduk di atas kerusi sambil kakinya tergoyang-goyang.Cuma untuk menghilangkan gementar yang bertandang di tangkai hatinya.
"Anyz,kau ni kenapa? Cuba bawa bertenang sikit.Aku yang risau tau tengok kau macam ni", tegur Fakhrul di sebelahnya.Tadi sewaktu Haffaz dibawa ke hospital,Fakhrul menawarkan diri untuk menghantar dan menemaninya ke sini.Bahaya pula biarkan Anyz memandu dalam keadaan cemas macam ni.Jadi,mereka ke sini dengan menaiki kereta Haffaz.
Cuma itu lah.Satu je perkara yang buat dia hairan sekarang ini.Siapa lelaki yang dimasukkan ke hospital ni? Apa hubungan dia dengan Anyz? Kenapa Anyz nampak cemas sangat bila lelaki tu pengsan? Kawan ke?
" Ak.. aku tak bolehlah,Rul! Aku cemas tau tak?", jelas ketaran di suara Anyz.Hadui,Haffaz masuk hospital je pun tapi dah mengalahkan lelaki tu masuk wad ICU pula.
"Kau nak cemas apanya? Cuba bertenang sikit.Lelaki tu sedang diperiksa lagi kan? Tak ada apa-apalah.Dia okay tu cuma pengsan je.Mungkin penat agaknya", ujar Fakhrul tenang.
Sedikit sebanyak,selepas mendengar kata-kata Fakhrul tadi,Anyz menjadi lebih tenang.
Ya,mungkin Haffaz pengsan sebab keletihan.Itu saja.
" Hm,Anyz.Boleh tak aku tanya kau sesuatu?",
"Apa dia?",
"Em,siapa lelaki ni? Aku tengok kau risau semacam je sebab dia.Kawan?", soal Fakhrul.Sehabis baik dia cuba menyembunyikan rasa cemburu yang sedikit mencuit tangkai hatinya.Ya,dia cemburu.Dari sekolah menengah lagi dia menaruh hati pada Anyz dan perasaan itu masih kekal sampai ke hari ini.Cuma dia belum bersedia untuk meluahkan rasa itu pada Anyz.
Baru Anyz hendak membuka mulut,Fakhrul menjawab bagi pertanyaannya sendiri.
"Kawan?",
Anyz mengeluh." Nantilah aku bagitahu kau.Tak penting pun untuk kau tahu",
Fakhrul mengangguk akur.Kalau Anyz kata tak penting untuk dia tahu,maksudnya lelaki ni tak adalah istimewa sangat pun,kan?
"Okaylah,aku nak pergi toilet sekejap", ujarnya sebelum dia pergi meninggalkan Anyz.
Ketika itu juga,seorang jururawat keluar dari bilik yang menempatkan Haffaz.Anyz bingkas bangun dan mendapatkan jururawat tersebut.
" Cik,macam mana dengan tunang saya?",
Jururawat itu tersenyum kecil."Tunang cik dan sedarkan diri.Doktor masih ada di dalam tapi cik dah boleh masuk", ujarnya lembut sebelum berlalu pergi.
Anyz memanjatkan kesyukuran sebelum dia menapak mendekati pintu bilik tersebut.Tombol pintu dipulas dengan senyuman yang terukir di bibir.Belum sempat dia melangkah masuk,telinganya dapat menangkap perbualan antara Haffaz dan seorang lelaki.Ya itu sudah tentu doktor yang merawat tunangnya.
"Saya tak nak sesiapa tahu pun pasal ni.Saya nak rahsiakan perkara ni dulu", ujar Haffaz.Suaranya perlahan,mungkin masih letih dan lemah.
"Tapi dah lama awak biarkan perkara ni.Kalau lagi lama awak biarkan,
perkara ni akan jadi semakin teruk dan peluang untuk awak sembuh tu mungkin tipis"," Saya tahu tapi tak apalah.Saya dah redha dengan ketentuan ni.Saya dah malas nak buat apa-apa rawatan lagi.Dari kecil sampai saya besar,hospital ni dah macam rumah kedua saya.Saya dah cukup menderita selama ni.Jadi di saat-saat akhir macam ni,saya nak bebas.Kalau boleh saya dah tak nak ada kena mengena lagi dengan hospital", suara Haffaz seakan bergetar.
Anyz dengar doktor lelaki tersebut melepaskan keluhan.
"Tapi awak tahu tak keputusan awak ni akan menambah risiko? Sekurang-kurangnya kalau awak buat rawatan dan awak makan ubat yang dah dibekalkan pada awak,risiko awak kembali sembuh tu tinggi,Faz",
" Maaf,doktor.Tapi saya tetap dengan keputusan saya.Saya takkan lakukan sebarang rawatan.Ubat yang dibskalkan dekat saya dulu pun masih ada dalam kereta.Saya tak keluarkan pun",
"Tapi..",
"Biarlah,doktor.Kalau kata umur saya tak panjang,saya redha.Kalau ditakdirkan saya akan pergi disebabkan penyakit ni,saya akur pada ketentuan Allah.Mungkin sampai sini sahaja perjalanan hidup saya.Jadi saya nak nikmati saat-saat terakhir saya sebagai manusia yang bebas", ujar Haffaz sebak.
" Baiklah,kalau macamtu.Pihak hospital tidak..",
Anyz tidak sanggup lagi dengar perbualan mereka.Dia menutup daun pintu perlahan,tidak mahu orang di dalam menyedari kehadirannya.
Tangannya mengigil kesejukan.
Lututnya pula terasa lemah untuk berdiri.Dari awal perbualan lagi air matanya sudah tidak dapat dibendung.Setitis demi titis air mata laju menuruni pipinya.Dadanya kian sesak.Sukar untuk dia menerima kenyataan.Seif Haffaz,tunang yang paling dia sayang sedang menderita?
Tetapi menderita kerana apa? Haffaz sakit? Tapi sakit apa? Dia akan mati? Adakah lelaki itu akan mati?
Ya Allah,dia mahu tahu semua ni.Apa yang disembunyikan oleh Haffaz? Macam mana sebenarnya keadaan lelaki itu? Bantulah aku,Ya Allah.
"Maaf,doktor.Tapi saya tetap dengan keputusan saya.Saya takkan lakukan sebarang rawatan.Ubat yang dibekalkan dekat saya dulu pun masih ada dalam kereta.Saya tak keluarkan pun",
Itu dia!
Tanpa berlengah,Anyz terus berlari ke luar dari hospital dan terus menuju ke kereta Haffaz yang dibawa oleh Fakhrul ke sini tadi.Sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut kereta,dia terus menyelongkar.Dia mahu bukti! Dan dia juga mahu penerangan lebih lanjut.
Jika benar kata Haffaz yang dia sedang sakit dan akan mati tidak lama lagi,dia mahu bukti! Jika tidak,dia akan anggap yang Haffaz sekadar bergurau.
Setiap ceruk kereta itu diselongkar oleh Anyz termacuk segala laci yang berada di hadapannya.Sehinggalah dia ingin membuka sebuah laci yang berada pada dashboard kereta tetapi malangnya,laci itu dikunci.Hatinya kuat mengatakan bahawa bukti yang dicari ada dalam laci tersebut.Jadi Anyz kembali menyelongkar.Tapi kini dia mencari kunci untuk membuka laci tersebut.Dia semakin cemas.Debaran kian terasa.Dia benar-benar ingin tahu segalanya.
" Ya Allah! Mana kunci ni?", Anyz meraup wajah.Cuba untuk bertenang namun dia gagal.
Sehinggalah akhirnya,dia ternampak ada satu kunci kecil yang digantung bersama dengan kunci kereta tersebut.Tanpa membuang masa,dia terus membuka laci tersebut dengan menggunakan kunci kecil itu tadi.
klik!
Ya! Terbuka juga.
Debaran di dadanya semakin ke kemuncak.Dia mengeluarkan plastik putih yang berada dalam laci tersebut dan isi plastik itu dikeluarkan.
Dalamnya ada beberapa botol ubat biji.Dia ambil satu botol ubat dan membaca apa yang tertulis padanya dan ketika itu,dunianya seakan gelap.Hatinya berkecai.Perit untuk dia menerima kenyataan.Allah! Allah! Haffaz!
Air matanya meluncur laju dan laju,lagi dan lagi tanpa henti.Terada seakan jantungnya berhenti dari terus mengepam dara ke seluruh badan.Bagai ada serpihan kaca yang menusuk jauh ke dalam tangkai hatinya.Pedih dan berdarah.Mahu dia pengsan saja di sini namun bila memikirkan Haffaz,dia gagahkan diri untuk masuk semula ke dalam hospital.
Bila dia sampai di hadapan bilik Haffaz,dia segera mengelap wajahnya menghilangkan segala air mata yang membasahi seluruh wajah.Dia cuba bertenang,tidak mahu Haffaz sedar akan tangisannya yang tiada henti ini.
Bila dia sudah bertenang dan cukup yakin yang dia boleh bersemuka dengan Haffaz,tombol pintu dipulas.
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romance"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...