BAB 26

5.3K 238 2
                                    

"AWAK ni memang jenis yang menyakitkan hati eh?" soal Anyz tiba-tiba sewaktu jejak saja kaki Hayyaz ke dalam rumah setelah menghantar Ilhan dan Adif ke kereta.

Hayyaz berpaling memandang isterinya yang sedang duduk di atas sofa sambil memandang tajam wajahnya.Apa lagi yang tak kena ni?

"Sebab?", malas nak layan.Tapi dia cuba juga selesaikan apa-apa saja ketidakpuasan dalam hati isterinya.Dia mengambil tempat di sofa bertentangan.

"Masa pindah haritu awak langsung tak berbincang apa-apa dengan saya.Tahu-tahu je terus ajak saya pindah.Kali ni pulak awak main setuju je nak jaga budak tu? Saya ni pun langsung awak tak pandang apatah lagi nak mintak persetujuan saya.Awak ingat saya ni tunggul batu ke apa kat situ?", marah Anyz.Sakit hatinya bila apa-apa saja hal di dalam rumah itu yang ada kaitan dengannya tapi tidak dibincang sekali.

Berkerut seketika dahi Hayyaz.Hairan dan tak faham.Hal kemain kecil macam tu pun nak diperbesarkan ke? Besar sangat ke kesalahannya ni?

"Saya ingat awak okey je.Jaga Adif je pun,takkanlah awak tak setuju pulak?", terangkat sikit kening Hayyaz.Dia yang tak faham Anyz atau Anyz ni memang seorang yang sukar untuk difahami?

Satu tawa sinis terkeluar dariulut Anyz.Mahu saja dia cepuk-cepuk muka Hayyaz ni.Terserlah wajah meluatnya pada lelaki itu saat ini.

"Jaga Adif je pun? Senangnya awak cakap.Awak ingat saya ni suri rumah sepenuh masa ke apa dekat rumah ni? Awak ni pun kalau nak tunjuk baik sangat boleh tak hal tu jangan ada yang melibatkan saya? Ni main suka hati je nak bawa masuk budak dalam rumah ni.Rimaslah macam ni!"

Terdiam Hayyaz dibuatnya.Anyz ni marah sangat tak tentu pasal sebab tak suka budak-budak ke atau sebab aku tak minta persetujuan dia?

"Jap.. saya tak faham dengan awak ni.
Salah ke apa yang saya buat sekarang? Ni rumah saya jadi saya rasa saya ada hak nak suruh siapa-siapa pun tinggal dekat sini.Setakat saya setuju nak jaga Adif,tak luak satu apa pun dalam rumah ni",

Hayyaz dipandang dengan wajah menjengkelkan."Ohh,jadi sebabtulah awak beria sangat nak bawa saya pindah sini? Sebab dengan senangnya awak boleh berkuasa dalam rumah ni.Nak bawa masuk siapa pun ikut suka hati awaklah.Tak perlu tanya saya.Macam tu?",

Satu keluhan berat dilepaskan Hayyaz.Sampai bila mereka perlu terus bergaduh dan buat hal masing-masing macam ni? Perkahwinan yang mereka ikat ni macam tak bawa erti apa pun.Mereka bagaikan dua orang asing yang dipaksa untuk duduk dalam satu rumah saja.

"Bukan macam tu maksud saya.. hm,tak apalah.Kalau awak tak puas hati sangat dengan keputusan saya nak jaga Adif  buat sementara waktu dekat rumah ni,awak tak perlulah jaga dia.Biar saya je yang jaga dia seorang", Hayyaz terpaksa mengalah.Kalau dia ikutkan perasaan yang masih tak puas hati dengan keras kepala Anyz ni,
alamatnya memang dia angkat kaki keluar dari rumah ni.

" Hah baguslah tu.Awak pandai-pandailah jaga dia.Saya malas nak ambil tahu pasal dia okey? Awak yang gatal sangat nak jaga budak tu,so saya malas nak ambil tahu!", tegas Anyz lalu segera naik ke tingkat atas.

Langkah gadis itu hanya dipandang kosong.Wajahnya diraup beberapa kali.Tabahkanlah hatinya untuk terus berdepan dengan Anyz.Semoga dengan segala kesabaran yang dia ada,dia mampu mengubah Anyz.Tidak banyak,sedikit pun jadilah.

MATA yang masih berat untuk terbuka dipaksa juga untuk celik.Terpisat-pisat matanya memandang sekeliling.Seketika dia memproses keadaan sekeliling,okey dia tahu sekarang ini dia di dalam bilik.

Tapi macam mana dia boleh terbangun pulak? Rasanya tadi macam ada yang mengejutkannya.

Tok! tok!

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang