BAB 44

7.8K 260 36
                                    

TANG!!

Bunyi kuat kedengaran di dapur.Anyz yang kebetulan masih berjaga melayan drama Korea di dalam biliknya,lantas terkedu.Jadi patung lilin di buat seketika.Terkelip-kelip biji matanya memandang daun pintu.Matanya sekilas memandang jam yang tertera pada skrin komputer riba.Liurnya diteguk berat.

Siapa pulak berada di dapur tu pada pukul dua pagi macam ni? Sudahlah dapur tu berada betul-betul di sebelah bilik yang dia sedang duduki sekarang ini.Lagi satu,bilik ni pulak bilik yang paling hujung dan paling jauh antara bilik-bilik yang lain.Lagi seram bukan?

Buat seketika,Anyz tidak terfikir apa-apa.Tak langsung memberanikan dirinya untuk keluar sehinggakan bunyi itu kedengaran sekali lagi.

Tang!!

Anyz semakin dipagut kerisauan.Tak hairan pun kalau Tok Wan,Nufail dan mamanya tak dengar bunyi itu kerana bilik mereka di ruang tamu.Bilik dia ni saja yang tersesat bersebelahan dapur.Anyz meneguk air liur lagi.
Perlahan-lahan dia bangun dari katil dan mendekati pintu bilik.Diintai ke luar bilik,tak nampak apa-apa pun.Kemudian pintu bilik ditutup semula.

Matanya dililaukan ke sekeliling bilik,mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjatanya nanti.Kemudian dia ternampak raket badminton yang tergantung di tepi almari kayu.Lantas dia tersenyum kecil.Cantik!

Raket tersebut diambil dan dia pegang secara terbalik.Kalau pukul pakai tempat berjaring tu langsung tak sakit.Hah,meh dia pukul pakai pemegang ni.Confirm lebam!

Dengan keberanian yang sebesar tahi kuman,dia melangkah keluar dari bilik.Semakin dia dekat dengan dapur,semakin berdebar jantungnya.

Macam mana kalau bunyi tu datangnya dari penyamun? atau pun perogol bersiri di kampung ni? Dia lagi rela kalau bunyi tu sekiranya datang dari momok walaupun sudah pasti dia akan rebah dulu sekiranya makhluk yang akan dia jumpa di dapur sebentar nanti adalah yang seangkatan dengan momok.

Sampai di dapur,dia lihat ada susuk tubuh seorang lelaki sedang membelakanginya di kabinet dapur.Sedang menyelongkar kebinet kayu itu.Dia pasti itu orang dan bukannya momok sebab walaupun keadaan dapur agak gelap ditambah pula dengan lelaki itu membelakanginya,tapi dia tetap dapat lihat susuk tubuh penyamun itu dari belakang dengan jelas kerana bantuan biasan lampu jalan.

Tangannya semakin kejap dan kemas memegang raket.Ketika dia setapak mendekati lelaki itu,rasa macam nak patah balik saja dan pergi kejutkan Nufail pulak.Kenapalah dia boleh terfikir nak bertindak seorang diri ni?! Ya Allah.. menyesalnya rasa.Huhu

Kini dia sudah berdiri di belakang lelaki itu.Dengan lafaz bismillah,dia menghayun batang raket dan memukul belakang lelaki itu berkali-kali.

"Penyamun tak guna! Dah tak ada kerja lain ke nak buat,hah! Menyamun je kerjanya!!" Anyz masih memukul lelaki itu.Sesekali dia terdengar lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Aduh! Aduh! Ehh,apa ni? Sakitlah.." lelaki itu mengaduh sambil tangannya cuba menghalang pukulan Anyz.Dia kini sudah menghadap Anyz.

Kenapa suara dia macam familiar ek? Bisik hati Anyz.Tapi dibiarkan saja bisikan hatinya berlalu pergi.
Kebetulan je kut.

"Apa aduh! aduh!? Ohh,tahu pulak ye kau nak aduh? Masa nak menyamun tadi kau tak fikir pulak akan mengaduh?" Anyz masih memukul penyamun itu.Dia rasa pukulannya tak kuat sangat pun.

"Hei! Hei.. Anyz! Ni sayalah",

" Apa saya-saya? Tak malunya nak bersaya-saya dengan aku!"

"Tak.. ni sayalah.Seif Hayyaz", lelaki itu memperkenalkan dirinya.Tak sanggup lagi dah nak kena pukul dengan raket badminton tu.Sakit woo..

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang