BAB 9

4.9K 230 2
                                    

HAFFAZ berpaling bila daun pintu dibuka dari luar.Nampak sahaja wajah Anyz,dia terus melemparkan senyuman paling manis buat gadis itu.

"Mana awak pergi tadi? Puas saya cari tau.Ingatkan awak dah balik,tak nak tunggu saya", ujar Haffaz ceria walaupun suaranya tidak seiring dengan wajahnya yang kelihatan pucat dan lemah.

Anyz tidak bersuara.Dia hanya menundukkan wajah.Dia tak kuat.Sangkanya dia mampu untuk bersemuka dengan Haffaz seperti biasa walaupun dia sudah tahu segalanya.Namun,dia lemah.Sedaya upaya dia cuba untuk tidak menitiskan air mata.Esakannya ditahan.

Melihatkan kebisuan Anyz,Haffaz bersuara lagi." Sayang? Awak okay tak ni?",

Allah! Panggilan itu! Panggilan tu cukup memilukan bagi Anyz.

Tanpa dipinta dan diharap,setitis air mata Anyz gugur.Dia pantas mengigit bibir,menahan esakannya pula yang hampir-hampir sahaja terlepas keluar tadi.

"Anyz? Hei,kenapa ni?", soal Haffaz lagi lembut.Risau pula dia.

Maaf,dia lemah! Dia tak kuat! Dia tak mampu menahan semua ini lagi!

Dan akhirnya,Anyz hanya membiarkan air matanya terus gugur satu persatu.Esakannya terlepas jua dan tingkahnya telah menyentakkan Haffaz.Pantas lelaki itu bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil dengan riak cemas.

"Hei,sayang,Anyz,sayang.. hei,hei.Kenapa ni? Kenapa awak menangis ni?", soal Haffaz.

Anyz diam seketika.Tangisannya masih memenuhi ruang bilik itu.

" Anyz Syaheera,kenapa ni? Cuba awak bagitahu saya,hm? Kenapa aw..",

"Berapa bulan lagi?",

Haffaz terdiam.Dia merenung wajah Anyz lama." Be.. berapa bulan lagi? Apa maksud awak?",

"Berapa bulan lagi yang awak ada,hm?", soal Anyz.Kali ini dia berani untuk pandang wajah Haffaz.

Haffaz terkedu.Adakah maksud Anyz,berapa bulan yang dia ada untuk terus bertahan dengan penyakitnya ini?

" Brain tumour stage 4.Berapa bulan lagi masa yang awak ada?", soal Anyz lagi.Kali ini lebih terperinci bila melihat kebisuan dari Haffaz.

Seperti tadi,Haffaz terkelu.Kali ini,nafasnya seakan terhenti.Terkejut dia bila Anyz dapat tahu tentang penyakitnya,rahsia terbesar yang dia sorokkan.

"Aw.. awak dah dengar?",

Anyz mengangguk lemah.

" Semuanya sekali?",

"Sampai bila awak nak sorokkan perkara tu dari saya? Kalau awak tak masuk hospital hari ni,saya rasa sampai bila-bila pun awak takkan bagitahu saya.Betul tak?", air mata Anyz gugur lagi.

" Anyz,sa.. saya bukan nak sorokkan perkara ni dari awak.Cuma.. bagi saya awak tak perlu tahu tentang ni.Awak..",

"Saya tak perlu tahu?! Apa maksud awak yang saya tak perlu tahu? Haffaz,saya ni tunang awak tau.Bakal isteri awak juga tapi sampai hati awak tak nak bagitahu saya?",

" Anyz,kalau awak tahu pun awak dah tak boleh buat apa.Awak pun tahukan saya dah stage ke berapa?", Haffaz bersuara dengan getaran.Matanya turut berkaca.

"Kalau saya tahu dari awal lagi,saya boleh pujuk awak untuk buat rawatan!",

" Saya tak nak! Saya tak nak,Anyz.
Biarlah saya macam ni.Kalau kata saya mati pun nanti,biarlah.Saya redha.Saya dah tahap empat,buatlah rawatan macam mana sekalipun,saya tetap akan mati juga nanti.Cuma lambat atau cepat saja", terang Haffaz.Dia merenung wajah Anyz yang sudah lencun itu lama.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang