BAB 17

5.8K 244 0
                                    

DIA mengenakan blouse lengan panjang warna biru muda dan kain labuh warna hitam.Tidak lupa juga tudung bawal crepe warna cream yang menampakkan lagi kecomelan Anyz.Selesai sahaja membelek pemakaiannya di hadapan cermin,dia bergegas turun ke bawah.Nasib baik masa dia keluar dari bilik air tadi,Hayyaz sudah lesap.Lesap ke mana tu tak tahu pula dia.

Jejak sahaja kakinya di ruang tamu,dia lihat masih ramai tetamu yang kebanyakkannya terdiri daripada saudara-mara Hayyaz yang masih belum pulang.Dengar cerita tadi rasanya ada yang tidur sehari dua di sini.Mungkin itu saudara-mara suaminya yang datang dari jauh.Rasanya ada yang dari Penang,Johor dan Kelantan.

Dia tersenyum pada seorang gadis molek yang sedang duduk di sofa ruang tamu.Dia tak kenal pulak siapa orangnya tu.Tengok dari muka macam masih bersekolah lagi.Mungkin tingkatan lima.

Kemudian dia melangkah pula ke dapur.Di situ memang padat dengan wanita-wanita yang mungkin boleh digelar makcik sedang berkumpul di dapur sambil melakukan beberapa kerja ringan seperti mengupas bawang,membasuh pinggan dan macam-macam lagi.Berat juga hati dia nak turut serta,ye la dia ni masih baru dalam keluarga ni.Seorang pun dia tak kenal lagi.Tapi bila fikir balik,kalau dia buat tak tahu je nanti lagilah dia dikatakan sombong.

Jadi,tegurlah.Manis-maniskan muka tu.

"Ehh,turun dah pengantin baru ni?", tegur seorang wanita.Manis mukanya.

Anyz membalas senyuman wanita tadi." Maaflah,Anyz turun lambat sikit tadi.Anyz mandi sekejap", ujarnya perlahan.

"Eh,tak apa.Ni kenapa datang dapur? Pergi duduk luar tu.Anyz mesti penat lagi kan?", tegur wanita lain pula.Wanita ini sedang mengelap pinggan mangkuk yang basah.

Aish,siapa ni?

" Eh,tak apalah.. em.. aunty?",

"Makngah.Panggil Makngah je.Yang tu Maklong", kata wanita yang sedang mengelap pinggan mangkuk itu tadi.Maklong pula wanita pertama yang menegurnya tadi.

Anyz mengangguk faham.Dia mendekati Maklong yang sedang mengupas bawang.Baru tangannya hendak menyentuh sebiji bawang untuk membantu wanita itu,dia dihalang."Eh,Anyz ni.Nak buat apa?"

"Hm? Anyz nak tolonglah buat apa yang patut",

"Tak apa,kerja senang je ni.Tak payah susah-susah.Anyz tu penat lagi kan? Baru je tadi akad lepastu dah kena buat kerja.Anyz pergi rehat dulu dekat ruang tamu tu", arah Maklong.Makngah di sebelahnya tersenyum setuju.

" Alaa,Anyz bukan apa.Tak sedaplah pula kalau Anyz tak buat apa-apa kat sini,Maklong,Makngah", ujar Anyz perlahan.Dia tak suka kalau dia dipandang rendah.Lagipun dia sedar dirinya sekadar menumpang di rumah keluarga Hayyaz ini.Jadi kalau dah menumpang tu buat cara menumpang.

"Apa yang tak sedapnya? Kita orang ni faham sangat.Tak apa,lagipun Makngah ni yang suruh Anyz berehat.
Dah-dah.. tak payah susah-susah.Pergi duduk luar",

" Tapi..",

"Anyz,hah kalau dah rasa susah hati sangat tu,meh sini tolong ibu", Puan Sarah memanggil menantunya.Anyz terus mendekati wanita itu.

" Ni ibu nak mintak tolong Anyz bawakkan air ni dekat laman luar sana.Bagi dekat orang luar tu ye?", arah Puan Sarah lembut.Sejuk hati dia tengok Anyz ni.Nasib baiklah gadis itu jadi menantunya juga walaupun bukan dengan Haffaz.

Anyz mengangguk.Dulang yang terdapat empat cawan air teh panas dan sepinggan kuih seri muka dibawa ke laman luar dengan berhati-hati.Buatnya terjatuh dulang tu,naya je hidup dia.

Di situ dia lihat ada tiga orang lelaki yang sedang duduk di bangku laman belakang.Dari jauh dia dapat lihat suaminya dan Haffaz bersama dengN seorang lagi lelaki.Hm,dia tak oernah nampak pun sebelum ni.Mungkin saudara Hayyaz agaknya.

"Maaf." Anyz meletakkan dulang tadi di atas meja kopi betul-betul  berhadapan dengan bangku yang diduduki tiga orang lelaki itu.Dia sedar yang mata ketiga-tiga lelaki itu terarah padanya termasuk jugalah Hayyaz.Tapi tak apalah.Dia buat bodoh je.Seoles senyuman dihadiahkan buat mereka bertiga dengan kepalanya yang masih ditundukkan.Setelah mengosongkan dulang,dia segera melangkah pergi.

Huih,dah kenapalah semua orang pandang aku macam tu? Macamlah aku ni pelik sangat?

"Lawa jugak ye bini kau tu? Nampak muda je dia.Umur berapa tu?", soal Firdaus,sepupu kepada Hayyaz dan Haffaz.

" Sebaya aku dengan Faz je",

"Ya ke? Nampak mudalah dia.Tadi sebelum kau kenalkan dia sebagai bini kau,aku fikirkan budak sekolah manalah tadi", Firdaus tergelak.Ingat lagi masa dia terserempak dengan Anyz semalam,waktu tu dia hampir-hampir je nak panggil Anyz tu adik.Padahal dia cuma tua setahun je dari Anyz.

Hayyaz ketawa kecil mendengar telahan Firdaus manakala Haffaz di sebelahnya sekadar tersenyum.

" Cuma aku hairan ni.Dari semalam lagi aku sibuk duk fikir.Haritu tak salah aku Faz yang bertunang dengan Anyz lepastu tup tup kau pulak yang kahwin dengan dia.Kenapa bertukar pulak?", soal Firdaus sambil memegang dagunya tanda hairan.Macam tak logik kan? Bertunang dengan orang lain lepastu kahwin dengan orang lain.

Pasangan kembar di hadapannya tidak menjawab.Hayyaz memandang Haffaz dan Haffaz memandang Hayyaz.Lama juga nak tunggu mereka bersuara sehinggalah Hayyaz yang membuka mulut.

"Nak buat macam mana kan? Jodoh tu rahsia Allah.Kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan", jawab Hayyaz yakin.Ye laa yakin yang dibuat-buat.Dia main cakap je tu.Kebetulan dia pernah dengar orang sebut ayat ni dalam satu drama.

" Ye,itu aku tahu cuma kenapa boleh macam tu pulak? Kau dah lama suka dekat Anyz ke atau Anyz yang dah lama suka dekat kau?", Firdaus masih tak puas hati dengan jawapan Hayyaz.Ye la,baginya perkara ini berlaku seakan dirancang.Bukan niat nak sibuk tapi teringin juga dia nak tahu.

Kali ini Hayyaz pula mendiamkan diri.Tiada jawapan pula untuk soalan Firdaus itu.

"Perasaan suka,sayang dan cinta dalam diri manusia tu satu perkara normal,Fir.Tak salah kalau Anyz nak jatuh cinta pada Hayyaz dan Hayyaz jugak jatuh cinta pada Anyz.Bagi aku itu lumrah,aku tak ada hal pun.Walaupun Anyz tak dapat jadi isteri aku,tapi sekurang-kurangnya dia jadi kakak ipar aku", ujar Haffaz tenang.

Hayyaz di sebelah terus mengangguk.Tapi kenapa dalam cerita ni dia nampak macam jahat pulak ye? Nanti orang ingat dia pulak yang rampas Anyz dari Haffaz.

" Ohh.. kau tak kisah pun pasal ni?", Firdaus mula percaya dengan jawapan yang diberi Haffaz.

"Tak kisah pun.Aku okay je",

" Wahh.. proud of you,dude!",

Beberapa minit kemudian,Firdaus bangun meninggalkan adik-beradik itu sendirian.Suasana sepi ketika sebelum Hayyaz membuka mulut.

"Kenapa kau tak nak cerita benda betul ye?", soalnya perlahan.Takut pulak ada orang lain terdengar nanti.

"Cerita apa? Pasal aku?",

"Ya.. why not? Sampai bila kau nak tipu dia orang semua? Lambat-laun dia orang mesti akan tahu jugak",

Haffaz tergelak."Tak semudah tu lah,Yaz.Kalau boleh aku tak nak seorang pun tahu pasal aku.Aku tak nak buka mulut dah.Cukuplah family kita dan family Anyz yang tahu.
Biarlah orang fikir kau dengan Anyz tu kahwin sebab suka sama suka.Aku harap kau tak kisah kalau aku..",

"Of course,Faz.Aku tak kisah pun dengan semua tu.Orang lain nak kata apa pun terserahlah pada dia orang.Apa je sebab yang kau bagi pada dia orang,aku terima asalkan benda tu boleh buat kau tenang,dik.
That's more than enough", Hayyaz tersenyum.Senyumannya itu menampakkan keikhlasannya sebagai seorang abang kepada adiknya yang lebih menderita daripada mengecapi kebahagiaan di muka bumi ini.

Sekarang ini,dia hanya mahu menggembirakan hati si adik.
Meskipun dia perlu bersusah payah,namun dia terima.Asalkan itu boleh diganti dengan kebahagiaan adiknya.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang