TEPAT jam sebelas malam,Anyz baru menjejakkan kakinya ke rumah.Dari pagi tadi dia menghabiskan masanya bersama Fakhrul.Banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama disamping mereka berbual dan bercerita.
Maklumlah,kawan baik ni bila beberapa bulan tak jumpa pasti banyak berita yang ingin dikongsi bersama.Walaupun cerita tu tak penting,asalkan masa mereka diisi dengan cerita dan ketawa.Daun pintu dipulas.Keadaan rumah yang sudah gelap itu meyakinkan Anyz bahawa Hayyaz sudah tidur.
Biasanya lelaki tu tak selalu berjaga sampai ke lewat malam.Pukul sepuluh malam biasanya Hayyaz sudah pun tidur melainkan jika dia ada tugasan yang perlu disiapkan.Baru kakinya mahu cecah anak tangga pertama,ruang tamu yang tadinya gelap,tiba-tiba menjadi terang.Suis lampu telah dibuka oleh seseorang dan yang pasti bukan dia yang buka.Anyz menoleh tepi dan tersentak dia dibuatnya bila lihat Hayyaz sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu sambil merenungnya tajam.
Air liur diteguk sekali.Bukan apa pun cuma dia terkejut bila lihat muka Hayyaz sekarang ini.Wajah lelaki itu nampak tegang.Tak seperti selalu.Ni yang buat dia terfikir.Ni Hayyaz betul-betul ke atau jelmaan dia?
"Balik pun.Keluar dari pagi tadi,pukul sebelas malam baru nak jejak rumah?" soal Hayyaz.Tegas dan mendatar suaranya.
"Pergi mana? Tadi tu siapa pulak yang hantar?" soalnya lagi.
Anyz diam.Entah kenapa malam ni rasa mulutnya susah pulak untuk menjawab.Biasanya apa saja yang dikatakan oleh Hayyaz,pasti cepat saja bidasannya keluar.Tapi tidak malam ni.Mungkin ni kali pertama dia lihat muka tegang Hayyaz agaknya.Mungkinlah.
"Kenapa diam?" Anyz didekati.Makin kecil matanya melihat kebisuan Anyz.
"Dah tak ada mulut dah nak jawab soalan saya?"
"Apa dia? Saya keluar dengan kawan je lah", jawab Anyz geram.Habis hilang rasa takutnya tadi bila lihat Hayyaz seakan cuba untuk menyakitkan hatinya.
Hayyaz menjongket senyum sinis."Oh,kawan? So,this is your last time awak keluar dengan dia.Lepas ni saya dah tak nak tengok awak balik lewat lagi.Lepas habis je kelas,terus balik rumah.Faham?" tegas Hayyaz.Dia tekad untuk bertegas dengan Anyz malam ini.
"Hah?" Anyz pandang wajah Hayyaz.Ada riak tidak puas hati di wajahnya saat ini.Ini tak boleh jadi!
"Wait! wait! What's going on here? Apahal awak tiba-tiba je nak halang saya? Suka hati sayalah nak keluar dengan siapa atau nak balik pukul berapa sekali pun.Apa masalahnya?" Anyz bercekak pinggang.Orang tengah penat-penat ni nak ajak gaduh pulak dia!
"Apa masalahnya? masalahnya sekarang ni lelaki yang sedang berdiri depan awak sekarang ialah suami awak.Tapi awak boleh lagi keluar rumah dengan entah jantan mana tanpa izin saya lagi.Lepastu balik pulak tengah malam macam ni.Awak ingat elok sangatlah macam tu?" Hayyaz masih bertegas.Namun masih terselit kelembutan pada nada suaranya.Belum sampai menengking lagi.
Anyz ketawa sinis mendengar kenyataan Hayyaz."Ya,awak suami saya tapi pernah ke saya anggap awak macam suami saya selama ni? Tak pernah,bukan? Jadi apa yang awak nak kecoh-kecoh sangat ni?
Hei.. awak dah lupa ke yang kita dah bersetuju untuk tak ambil tahu hal masing-masing? Awak tak perlu sibuk hal saya dan saya tak perlu sibuk hal awak.Selama ni pernah ke saya ambil tahu pasal awak? Tak,kan?" tubuh dipeluk dan mata membalas renungan suaminya.
Hayyaz mengetap rahang."Ya,kita dah bersetuju untuk tak ambil tahu hal masing-masing.Tapi dalam hal ni,saya berhak tegur awak dan saya berhak untuk halang awak keluar dari jumpa dengan lelaki lain!"
"Kenapa pulak? Cemburu? Puih laa.. tak payah nak cemburu sangat okey? Buang masa awak je nak cemburu semua ni.Look,awak buat macam ni pun saya takkan pernah suka awak.Takkan pernah!", tekan Anyz.Sakit hatinya bila hidupnya dikongkong begini.
Hayyaz terdiam seketika.Sedikit terasa hati dengan kata-kata Anyz tadi.Tapi tak apa.Dia dah biasa dengan semua ni.
" Anyz,ni bukan kes cemburu atau apa.Soalnya sekarang ni awak isteri saya dan tanggungjawab saya untuk menjaga awak.Kalau awak diusung sana sini dengan lelaki yang bukan mahram awak,apa pulak orang nanti.Bayangkan kalau sesuatu yang tak diingini terjadi pada awak,saya nak cari awak dekat mana?", Hayyaz cuba berlembut.
Mata Anyz mengecil memandang lelaki itu."Saya tak harap pun awak ambil tahu pasal sayalah! Ee,awak ni dah kena sampuk syaitan mana,huh? Tiba-tiba je nak meroyan tak tentu pasal", bentaknya.Rasa macam nak hempuk-hempuk je muka Hayyaz sekarang ni.
"Sudahlah! Saya malas nak layan awak!" Anyz segera menyusun langkahnya mendaki anak tangga.
Namun belum sampai lagi kakinya ke anak tangga seterusnya,pergelangan tangannya ditarik oleh Hayyaz."Anyz! Tolonglah dengar cakap saya.Saya buat semua ni untuk keselamatan awak jugak.Walaupun awak kenal dengan lelaki tu,tapi tetap macam-macam boleh jadi.Please.. ", pujuk Hayyaz perlahan.Memang dia risaukan tentang keselamatan Anyz.Lagi-lagi bila keluar dengan lelaki lain sampai ke lewat malam.Walaupun lelaki itu rapat dengan Anyz,tapi masih tidak elok begitu.
" No! Kenapa awak desak ni? Tak ada apa-apa punlah yang akan jadi.Please jangan nak over sangat!", marah Anyz lagi.
"Anyz,please.. untuk kali ni je awak tolonglah anggap saya ni suami awak.Dengar cakap saya.Please..", tangan isterinya digenggam erat.Mengharapkan gadis itu faham dengan permintaannya.
"No! Never! Saya takkan pernah anggap awak ni suami saya.Nak tahu sebab apa? Sebab awak bukan Haffaz dan sebab awaklah dia mati! I hate you,faham tak?!" dada Hayyaz ditolak Anyz.Mujur Hayyaz sempat berpaut pada pemegang tangga.Kalau tak memang dah terlentang dah dia tadi.
"Anyz! Can you stop it?! Boleh tak belajar untuk terima kenyataan yang Haffaz dah tak ada.Terima ketentuan Allah!" Hayyaz meninggikan suara.Tak tahan lagi begini.Dia perlu sedarkan Anyz bahawa Haffaz sudah tiada dan berhenti dari menyalahkan takdir Allah.
"Shut up! Awak tahu tak? Saya tak pernah rasa menyesal macam ni.Saya betul-betul menyesal kahwin dengan awak! Saya dah tak tahan lagi.Saya nak.."
"Anyz.." sangkah Hayyaz perlahan tapi tegas.Dia tahu apa yang ingin dikatakan Anyz sebentar nanti.
"Saya nak awak ceraikan saya malam ni jugak!"
Terkedu Hayyaz.Betul sangkaannya.
Dia fikir masalah cerai ni dah selesai dan tak akan dibangkitkan lagi.Tapi tak sangka Anyz masih mahu dia diceraikan.Keras sungguh hati Anyz.
"Tak! Saya takkan ceraikan awak! Pegang kata-kata saya ni,NurAnyz Syaheera.Sampai bila-bila awak akan jadi isteri saya!"
Mendadak naik kemarahan Anyz.Apa yang susah sangat ni? Dia cuma minta dilepaskan saja.Tu pun susah sangat ke? Lafazkan je talak tu dan mereka sudah tiada kaitan lagi.Senang!
"Awak dah kenapa nak simpan saya sangat ni? Haffaz dah tak ada.Kalau.. kalau awak ceraikan saya sekalipun,
dia bukan boleh buat apa.
Jadi lepaskan je lah saya,apa yang susah sangat?" menjegil mata Anyz pandang Hayyaz.Kalau dia tak fikir dosa,dah lama dia tolak Hayyaz biar jatuh tergolek dari tangga ni.Hayyaz tidak menjawab.Lama direnung wajah Anyz.Mukanya yang tadi tegang kemerahan dek kerana marah sudah beransur kendur.
Tenang sikit hatinya ketika ini.Nafas ditarik dalam."Saya takkan ceraikan awak,Anyz.Ni keputusan muktamad saya.Saya mengahwini awak bukan atas dasar permintaan Haffaz saja.Saya ikhlas terima awak sebagai isteri saya dan juga.."
"Sebab saya cintakan awak,Anyz.Saya sayang awak.Saya memang nak memperisterikan awak selama ni.Tapi Haffaz yang terlebih dahulu memilih awak", selepas berkata begitu,Hayyaz turun ke bawah.Kunci keretanya dicapai dan terus berlalu keluar dari rumahnya.
Anyz yang ditinggalkan masih kaget.Mana mungkin Hayyaz sudah cintakannya.Mereka baru saja kenal.Mustahil Hayyaz sudah jatuh cinta padanya.Walhal waktu di rumah Puan Sarah itu merupakan kali pertama dia bersua muka dengan Hayyaz.Tapi..
"Sebab saya cintakan awak,Anyz.Saya sayang awak.Saya memang nak memperisterikan awak selama ni.Tapi Haffaz yang terlebih dahulu memilih awak",
Haffaz terlebih dahulu memilihnya? Apa maksud Hayyaz? Mereka pernah berjumpa ke sebelum ni? Tapi bila? Rasanya dia tak pernah berjumpa dengan Hayyaz sebelum ni.
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romansa"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...