HAYYAZ dan Haffaz melangkah ke ruang tamu sebaik sahaja mereka selesai berbual di laman luar.Di ruang tamu itu pula ada Encik Lokman,Puan Sarah dan Anyz yang sedang menonton televisyen.
"Ibu,ayah.. Yaz ada benda sikit nak cakap ni", dia mengerling Haffaz yang duduk di sebelah Puan Sarah.
Lelaki itu mengangguk kecil.Anyz pula hanya pandang sekilas saja pada suaminya sebelum dia kembali memandang kaca tv.Tengok cerita yang sedang bersiaran ni lagi best tau!
" Em,sebenarnya Yaz dah fikir habis dah yang Yaz akan bawa Anyz pindah dari rumah ni", Hayyaz mengerling kejap pada Anyz.Betul telahannya,
gadis itu pasti terkejut dengan keputusan tiba-tiba yang dibuat ini.Bulat mata Anyz pandang suaminya.Macam tak percaya pun ada dengan apa yang dia dengar.Nak pindah? Kenapa dia tak tahu apa-apa? Kenapa tk bincang dulu dengan dia? Herh,macam ni nak dia anggap suami?
"Laa.. nak pindah dah? Kut ye pun duduklah sini lama sikit,dua tiga minggu lagi ke.Lepastu pindahlah.Ibu tak puas lagi ni nak tinggal dengan menantu ibu", Anyz dipandang dengan muka simpati.Bila ibu mentuanya pandang,terpaksalah juha dia tersenyum walaupun moodnya sudah hancur disebabkan oleh Hayyaz!
" Tak apalah.Lagipun dah tiga empat hari awak berkepit dengan Anyz tu.Bagilah suami dia pulak yang berkepit sekarang ni", tolak Encik Lokman.
"Ya,ibu.Lagipun abang Yaz ni baru je kahwin.Bagilah dia orang belajar hidup sendiri dulu.Apa orang kata,bagi dia orang rasa masam manis hidup berumah tangga", ujar Haffaz perlahan.
Bila masuk je campur tangan Anyz,pasti hatinya sebak.Cuba bayangkan orang yang kau sayang separuh mati cakap macam tu dekat kau? Seolah-olah macam kau ni tak berharga langsung di mata dia.Lagipun dia bukannya siapa-siapa.Pernah jadi tunangnya juga.
" Hm,ye lah.Yaz nak pindah kat mana?",
"Yaz ingat nak pindah dekat rumah singgah Yaz dulu tu.Sebelum masuk universiti dulu kan Yaz ada beli sebuah rumah atas bukit sana",
Rumah singgah tersebut sudah lama juga dia beli.Kebetulan sewaktu kawasan itu dibuka,awal-awal lagi dia dah tertarik dengan reka bentuknya.
Harga pulak murah waktu tu.Jadi dia beli dan jadikan rumah tersebut sebagai rumah singgah saja.Senang sikit nak tenangkan fikiran ke apa dekat sana.Rumah atas bukit,faham-fahamlah keadaannya macam mana." Ohh,dekat situ.Elok jugak kalau macam tu.Ye la,beli rumah besar-besar tapi tak ada orang duduk buat apa? Hm,bila nak pindah masuk sana ni?",
"Yaz ingat esok",
" Esok? Cepatnya..", Anyz yang sedari tadi mengunci mulut mula bersuara.Dahlah tak bagitahu orang nak pindah lepastu tahu-tahu esok terus pindah.Apa benda laa..
Hayyaz diam.
"Abang Yaz ajak pindah esok sebab minggu depan dia nak balik Melbourne.Dia ada satu semester lagi dekat sana.Sebab tu dia bawa awak balik rumah dia dulu.Lepas dia pergi Melbourne tu bolehlah awak nak tinggal dengan ibu atau mama", Haffaz tolong jawab bagi pihak Hayyaz.
Anyz pula entahlah.Bila Haffaz bersuara je dia macam tak mampu nak menjawab.Apatah lagi membantah.Sudahnya dia diam saja.Tapi diamnya tak bermakna dia akur dengan sema keputusan ini.Dia masih tak puas hati dengan Hayyaz.
PINTU bilik dibuka.Dia tutup rapat dan kunci pintu tersebut.Hayyaz yang sedang berdiri di balkoni bilik terus didekati dengan rasa geram yang teramat.
" Awak!",
Hayyaz berpaling."Ye?",
"Kenapa awak buat keputusan tak bagitahu saya? Angin tak ada,ribut tak ada tahu-tahu je nak pindah esok",
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romance"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...