BAB 4

6.4K 255 0
                                    

PINTU kaca ditolak dari dalam.
Dengan langkah yang longlai,dia melangkah keluar dari premis itu dengan wajah yang kelat.Secalit pun tiada senyuman yang terhias di wajahnya seperti selalu.Pintu keretanya dibuka dan sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut kereta tersebut,pecah takungan air mata yang ditahan sedari tadi.Setitis demi setitis air mata lelakinya mengalir dari tubir mata.

Dia memang seorang lelaki yang bersifat gagah dan kuat.Tapi dia lemah dengan ketentuan Allah.
Kudrat yang dia ada sebagai seorang lelaki ini tak dapat melawan takdir Allah walau sekeras mana sekali dia menolak.Allah telah mengatur perjalanan hidupnya sebegini jadi dia harus terima dengan rela hati.

Redha dan berdoa.

Itu saja yang dia mampu lakukan sekarang ini.Dia sudah pun akur dengan aturan Ilahi akan perjalanan hidupnya.Dan mulai detik ini,dia terpaksa menerima kenyataan bahawa hidupnya sudah tidak sama seperti dulu.

Kehidupan Seif Haffaz yang selama ini dihiasi dengan gelak dan tawa,telah bertukar duka dan hiba.Itu kenyataan yang perlu dia terima.

Tanpa dipinta,berderai lagi air matanya.Kecilnya dia sebagai seorang hamba Allah yang terlalu banyak kelemahan.Sesak nafasnya mahu menerima semua ini.Namun dia sedar,setiap yang bernyawa di muka bumi ini juga akan berdepan dengan situasi yang sama.Bukan dia seorang saja,cuma yang membezakannya hanyalah cepat atau lambat.

Tapi,dia tidak boleh lemah! Seif Haffaz yang dulu bukanlah seorang lelaki yang lemah,mudah berputus asa dan berfikiran cetek.Sungguhpun kehidupannya sudah berubah selepas ini,namun dia tetap Seif Haffaz! Semangat dan peribadinya tetap sama dan tidak akan sedikit pun berubah.Ya,itu yang pasti! Dia perlu kuat di hadapan semua orang.Biarlah hanya dia dan Allah sahaja yang tahu peritnya apa yang perlu dia tanggung selepas ini.

Seif Haffaz mengangkat wajahnya yang hampir lencun itu lalu dia meraup wajahnya dengan tangannya yang kasar.Plastik putih yang diletakkan di seat sebelah pemandu tadi ditenung lama sebelum dia memasukkannya ke dalam laci pada dashboard.Dia tidak lupa untuk mengunci laci tersebut dengan kunci yang telah disediakan.

Apa nak jadi pun jadilah,dia tetap dengan keputusannya!

Sebaik sahaja nafasnya ditarik dalam seakan mengumpul semula kekuatan dalam dirinya yang sudah hilang seketika tadi,Haffaz terus menekan pedal minyak dan terus meninggalkan kawasan klinik tersebut.

ANYZ mengoles senyuman kecil bila dia melihat Haffaz terkocoh-kocoh datang ke arahnya.Dari jauh dia nampak lelaki itu tersenyum padanya sambil melambai-lambai tangan.Haih,comel betul lah dia ni!

"Wohoo,semangatnya nak dating! Saya cakap pukul dua tapi belum pukul dua lagi awak dah tercongok dekat sini", usik Haffaz.Dia tersenyum dan menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.Lagi sekali,comelnya!

Dan hasil daripada usikannya itu tadi,dia mendapat satu pukulan yang padu tetapi manja dari Anyz.Nasib baik dia dipukul guna buku nota yang nipis,bantai kalau Anyz pukul dengan buku nota atau rujukan yang tebal-tebal tu,mahu rabak buku tu.Buku tu je lah,dia tak.He he..

" Awak ni jahatlah! Isy.. sudahlah! Awak pergilah dating seorang.Malas nak keluar dengan awak", rajuk Anyz.

"Eh,nak buat apa pula saya dating seorang? Nanti saya nak bercakap dengan siapa? Saya nak makan dengan siapa? Saya nak duduk sebelah siapa? Saya nak usik siapa?", Haffaz membuat muka kasihan.
Tercebik-cebik bibirnya.Kononnya nak tagih simpatilah tu dari tunang sendiri.

"Cakap je la seorang-seorang!",

Haffaz menahan senyum.Dia tahu yang Anyz sekadar merajuk manja.Anyz ni dia takkan merajuk kalau disebabkan oleh benda yang remeh temeh.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang