BAB 59

8.7K 241 9
                                    

"OI,mak buyung!"

Anyz yang sedang mengira duit di kaunter cafenya,lantas menjeling tajam pada Yuyu.Suka hati je panggil dia mak buyung! Tahulah perutnya sekarang ini dah besar.Kira kalau dari tepi tu,dah nampak macam snowman dah.Tapi tak payahlah sebut-sebut mak buyung.

"Kau nak apa datang sini?" soal Anyz mendatar.

Yuyu tergelak.Dia tahu yang Anyz paling pantang kalau dia dipanggil mak buyung.Alaa,benda betul kan? Lagipun bukan semua perempuan boleh dipanggil dengan panggilan macam tu.

"Janganlah marah,mak buyung.Aku gurau jelah.Kau ni sensitif sangatlah sejak mengandung ni.Pening aku nak layan tau.Macam manalah Hayyaz tu boleh tahan dengan perangai kau ni?"
"Eh,cakap baik sikit okey? Suami aku tu baik.Tak macam kau! Sikit-sikit nak cakap aku mak buyung.Aku tahulah sekarang ni badan aku dah selambak macam kapal selam.Tak macam body kau,slim je", bentak Anyz.Wajah Yuyu yang tersengih-sengih dijeling lagi.

"Alaa,body kau okey apa.Tak adalah.. emm.. gemuk sangat... gemuk sikitlah tapi masih okey lagi.Tak payahlah sebab ni pun kau nak mental.Normal lah tu,semua orang mengandung akan bertambah berat badan.Lepas pantang nanti kau slim lah balik", pujuk Yuyu.

" Sekarang baru lima bulan.Ada empat bulan lagi,kau tahu? Kalau dah lima bulan perut aku dah besar macam ni,empat bulan lagi aku tak tahulah nak besar mana lagi", omel Anyz sambil mengusap perutnya.

"Hah! Itu yang aku musykil sekarang ni.Kandungan kau baru lima bulan kan? Tapi kenapa gayanya dah macam lapan bulan? Dah macam tunggu masa nak beranak je aku tengok kau ni.Tak berat ke?" dahi Yuyu berkerut sambil memerhati perut Anyz.

"Tak berat ke kau tanya aku? Apa kata kalau kau cepat-cepat kahwin? Kau rasalah sendiri macam mana bawak perut ni ke sana ke mari.Seksa tahu tak?"

Yuyu tersengih.

"Nanti-nantilah.Tunggulah kau beranak dulu.Takkan aku nak kahwin masa kau tengah macam ni? Kang tak pasal-pasal terberanak pulak kau dekat atas pelamin aku", katanya lalu ketawa.Anyz hanya tersenyum mengiakan.

"Eh,suami kau mana? Bukan ke dia selalu datang sini teman kau sekali?" soal Yuyu sambil matanya melilau mencari kelibat Hayyaz di sekitar cafe tersebut.

"Dia tak datang lagi.Dia kena pergi office dulu sekejap,ada urusan katanya.Then baru dia datang sini",

Yuyu mengangguk." Untunglah kau kan? Ada suami yang baik macam Hayyaz tu.Cemburu aku dibuatnya tau.Jarang tau boleh jumpa lelaki yang sanggup berkorban jiwa dan raga dia demi untuk seorang perempuan", kata Yuyu tiba.Anyz pula tergelak mendengar kata-kata Yuyu.

"Poyolah ayat kau! Sudahlah,kau nak makan apa pulak kali ni?"

"Macam biasa,please.Tapi nanti boleh tak kau suruh staf lain je yang tolong hantarkan makanan? Kau duduk je diam-diam dekat kaunter ni.Bahaya tahu tak? Ni kalau Hayyaz tahu,mahu dia kuarantin kau dekat rumah",

"Ish,ye laa ye laa.Membebel je nenek ni", kata Anyz.Belum sempat dia hendak mengangkat punggung dari kerusi,dia lihat kelibat seseorang sedang memasuki cafe tersebut.
Mulutnya terlopong seketika.Wajah Yuyu dipandang dengan riak cemas.

" Kau kenapa?"

"Assalamualaikum",

Serentak Anyz dan Yuyu menoleh memandang ke arah suara tersebut.

" Waalaikumussalam",

Anyz menundukkan mukanya.Salam Fakhrul tidak dijawab.

"Hai,Anyz.Lama betul tak jumpa kau.Rindu sangat aku rasa dekat kau.Kau sihat?" soal Fakhrul dengan senyum lebar di mukanya tanpa dapat mengesan keadaan di situ yang sudah bertukar dingin.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang