BAB 52

11.4K 305 27
                                    

SETELAH beberapa minit berpelukan untuk melepaskan rindu,Hayyaz menarik tangan Anyz lalu dibawa ke balkoni bilik.Mereka duduk di situ.Suasana sepi seketika sebelum Hayyaz bersuara.

"Dah bersedia nak dengar cerita sebenar?"

Anyz mengangguk perlahan sedangkan jantungnya laju berdegup menanti cerita sebenar.Cerita sebenar apa pun dia tak tahu sebenarnya tapi dengar je lah.Dah Hayyaz nak bercerita kan.

Hayyaz menarik nafas dalam.Dia mengesot jauh sedikit dari Anyz.
Bukan apa,takut kena pukul nanti bila dia dah cerita sampai habis.Dia yakin yang selepas selesai dia bercerita,dia akan 'mendapat' sesuatu dari Anyz.
Dan sesungguhnya sesuatu itu akan mengorbankan atau mencacatkan anggota badannya.Betul! Tak percaya? Hah,tunggu tunggu.

"Sebenarnya.. semua ni telah dirancang", kata Hayyaz perlahan.Dia membuang pandang ke dada langit.

" Dirancang?"

Hayyaz mengangguk."Awak tahu tak kenapa saya ceraikan awak dulu?"

Anyz diam seketika.Berfikir."Sebab awak bencikan saya lepas awak tuduh yang saya sengaja bunuh anak kita?"

Hayyaz mengeluh perlahan.Tiap kali hal itu dibangkitkan,pasti hati lelakinya bagai dihiris.Dia berpusing memandang isterinya yang sudah sayu kelihatan raut wajahnya.Tangan Anyz diraih ke dalam genggamannya.

"Anyz,saya nak minta maaf pasal tu.Saya betul-betul minta maaf.Saya sedar saya silap,saya tahu saya dah tuduh awak tanpa periksa hal sebenar.Saya tak patut buat awak macam tu", Hayyaz merenung sepasang mata bundar milik Anyz.
Mengharapkan maafnya kali ini diterima.

Selama bertahun dia hidup dalam penyesalan.Menyesal kerana telah menuduh isterinya sendiri dan menyesal kerana disebabkan itu,dia sanggup menceraikan Anyz.

Anyz tersenyum kelat."Tak apalah.
Benda dah lama lepas.Tapi apa yang jadi sebenarnya ni? Saya tak faham", Anyz masih belum jelas dengan situasi sekarang.Ye lah,baru tadi Hayyaz marah-marah lepastu tiba-tiba datang peluk sambil cakap I miss you.Dah kenapa?

Hayyaz sempat ketawa melihat muka keliru Anyz.Tak pernah tak comel.

"Macam ni ceritanya,lepas saya ceraikan awak haritu,memang saya rasa puas.Puas sangat sebab hati saya dah tak perlu terluka lagi dengan setiap kata-kata dan perlakuan awak.Masa tu memang saya geram dan kecewa sangat dengan awak sebab sanggup bunuh anak saya.Saya fikir masa tu,kut ye pun awak jijik dengan saya tapi tak perlulah sampai nak bunuh nyawa lain.Masa Yuyu call saya dan bagitahu yang awak masuk hospital,saya risau.Walaupun masa tu kita berperang dingin tapi saya tetap risau pasal awak.

Saya bergegas pergi hospital dan sampai-sampai je doktor cakap awak keguguran.Masa tu rasa risau saya terus hilang.Satu je yang terlintas di fikiran saya waktu tu,awak sengaja menggugurkan kandungan tu.Jadi disebabkan rasa geram yang teramat,
ditambah lagi dengan waktu tu awak macam berpura-pura tak tahu yang awak mengandung,disebabkan tu saya ceraikan awak.

Bagi saya,kalau betul lah awak dah jijik dengan saya dan dah tak ingin lagi nak hidup bersama saya,buat apa saya paksa hati awak? Lebih baik kita berpisah.Itu saja jalan yang terbaik", terang Hayyaz berjelar.Anyz disebelahnya hanya mendengar.
Sedikit terasa hati dengan kejujuran Hayyaz tapi dia tak ambil pusing pun.Benda dah lepas kan.

"Lepastu?"

"Beberapa hari lepas kita bercerai,
Nufail datang jumpa saya",

Kata-kata Hayyaz membuatkan mata Anyz membulat besar." Nufail tahu awak dekat mana masa tu?"

Hayyaz mengangguk manakala Anyz lantas mengeluh dengan muka tidak puas hati.Rupanya Nufail tahu mana Hayyaz berada waktu tu.Tapi bila dia tanya,kemain lagi cakap tak tahu.Cis!

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang