BAB 63

7.9K 229 7
                                    

ANYZ membuka matanya perlahan-lahan.Terpisat-pisat anak matanya memandang sekeliling.Ternyata dia masih berada di sini,di dalam sebuah kilang lama yang panas dan melemaskan.Ada banyak nyamuk dan serangga.Badannya sudah merah-merah dek digigit serangga.

Anyz menggerakkan kedua belah tangannya yang telah diikat dibelakang.Tiga hari dia duduk atas kerusi dengan tangan dan kaki yang diikat macam ni.Tipulah kalau dia kata tak sakit.Dalang yang sanggup melakukan semua ini memang sangat kejam!

Setelah itu,dia memandang sayu pula pada perutnya.Masuk kali ini,sudah entah kali yang ke berapa bayinya itu menendang.Dia tahu,anaknya pasti lapar sekarang ini.Sudah tiga hari dia di sini,tiga hari jugalah dia tidak diberi makan.Dia cuma diberi makan biskut kering saja.Itu pun sekali sehari.Mana nak kenyang kalau diberi tiga keping biskut kering untuk bertahan selama sehari? Kadang-kadang sampai dia merayu macam pengemis meminta makanan tapi langsung tidak diendahkan.Bukan untuk dirinya pun,tapi untuk bayi di dalam kandungannya ini juga.Kesian anaknya terpaksa merasai seksaan seperti ini.

Setiap malam dia menangis.Menangis kerana rindukan Hayyaz.Dia terlalu rindu pada lelaki itu.Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi lelaki itu datang mencarinya.

"Reti pun bangun.Ingatkan kerja kau tahu membuta je!", kata seorang lelaki yang muncul disebalik pintu gudang tersebut.Anyz hanya memandang kosong pada lelaki itu.Dah jemu dah pun pandang muka yang sama.Kalau tak kerana dia sudah kehabisan kudrat,dah lama dia tendang lelaki ni.

Lelaki itu mendekati Anyz.Lelaki yang berambut blonde dan bermata coklat hazel itu Anyz tatap dengan mata yang lemah.Dia dah tak larat dah sekarang ni sedangkan nak bersuara pun dia dah tak mampu.Entah sampai bilalah dia nak berada dalam keadaan macam ni?

" Kau nak air?" soal lelaki itu.

Anyz laju saja mengangguk.Tak dapat makan pun tak apalah asalkan ada sesuatu yang boleh diberi pada anaknya.

Lelaki itu bergerak ke suatu sudut dan mengambil sebotol air mineral.Botol itu dibuka dan dihulurkan pada Anyz.

"Nah.."

Anyz memandang botol tersebut.Macam mana pulak dia nak minum kalau tangan kena ikat?

"Ohh,kau tak boleh minum rupanya.Tak apalah,kau jilat je lah ye?" lelaki itu kemudian terus menjirus sebotol air mineral tadi ke wajah Anyz.Terkejut Anyz dibuatnya.Tak semena-mena air matanya mengalir.Tak pernah dia dapat layanan sebegitu teruk sepanjang dia hidup.Sedangkan Hayyaz sendiri pun layan dia bagaikan bidadari.Tak tahu apa dosanya pada lelaki itu sehingga dia diseksa sebegini teruk! Walhal dia langsung tak kenal dengan lelaki berambut blonde ini.Muka ada iras mat salleh tapi Bahasa Melayunya lancar sekali.

"Nangis lagi! Kau ni asyik nangis je.Tak reti penat ke,huh?! Naik pekak dah telinga aku ni dengar kau punya lalak tu!" marah lelaki itu.

"Diam!"

Semakin kuat tangisan Anyz.

"Aku kata diam!"

Geram dengan Anyz,lelaki itu kemudiannya menarik rambut panjang Anyz yang sudah mengurai dengan kuat.Sampai terdongak kepala gadis itu.

"Kau tak faham bahasa ke,huh? Aku suruh diam pun tak nak! Aku penatlah jaga kau ni.Menyusahkan orang je!" kepala Anyz ditunjal-tunjal.

Anyz hanya mampu mendiamkan diri.Nak melayan? Dengan keadaan dia yang macam ni memang taklah dia nak melawan.

Beberapa minit kemudian,pintu gudang itu dibuka dari luar.Seorang lelaki berbadan sasa menjengulkan wajahnya ke dalam.

"Dia dah sampai", kata lelaki itu.Lelaki berambut blonde itu tersenyum sinis.Telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam poket seluar dan nombor seseorang didail.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang