"ANYZ.."
"Anyz..",
" Ohh,Puan Anyz Syaheera.."
Hayyaz menggaru kepalanya.Ke mana pulak perginya isterinya tu? Lepas solat Subuh tadi terus menghilang.Dia keluar berjoging sekejap je dekat depan taman tu,masuk rumah je Anyz dah hilang.Panggil tak menyahut pulak tu.
"Anyz?" panggilnya lagi.Laman luar,tingkat atas,dalam bilik Anyz,dapur,ruang tamu dan bilik kerja.Hampir satu rumah ni dia tawaf tapi tak jumpa.
Okey dia pelik.Dia keluar ke? Tapi kereta ada je dua-dua dekat luar rumah.Habis?
"Anyz???" panggilnya yang entah kali ke berapa.Panggil 'Anyz' tak dengar.Panggil 'sayang' kang tahulah.Tak pun 'darling'.'Baby' ke.Tak pun 'sweety'.Comel juga kan?
Haish,dahlah! Dari pagi tadi asyik merapu je aku ni.
Isy,penatlah pulak main cari-cari ni.Tak apalah.Adalah tu terselit kat mana-mana kut.Asalkan kasut dan kunci kereta dia ada.Maknanya adalah tu dia dalam rumah ni.
Dek kerana badannya sudah berpeluh ketika berjoging tadi,dia naik ke bilik.Nak mandi dulu lepastu berehat kejap dalam bilik.Kejap lagi dia kena ambil Adif pulak di rumah Puan Sarah.Penuh jadualnya hari ni.
Tombol pintu biliknya dipulas dan..
"Oi,Mak Temah kau!"
Terkejut Hayyaz dibuatnya bila melihat Anyz sedang tidur di atas katilnya dengan telekung yang masih tersarung pada tubuh Anyz.Dadanya diurut perlahan.Haih,sini rupanya dia.Penat aku cari satu rumah tadi.
Kenapalah dia ni suka sangat buat aku lemah jantung?
Perlahan-lahan dia menapak mendekati katil.Hm,lena betul tidur ni.Nak kejut ke tak nak? Kalau nak kejut pun buat apa? Suruh dia tidur dalam bilik lain? Tu bukan namanya menghalau ke? Lagipun apa salahnya Anyz tidur dalam bilik ni sekali kan?
Hm,biar je lah.
Tuala mandi dicapai dan terus masuk ke bilik air.Setelah siap berpakaian,
dia mendekati katil lagi dan terus merebahkan tubuhnya yang keletihan di sebelah Anyz.Direnung wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur.Tak dinafikan,Anyz memang seorang yang cantik.Senyumannya manis saja.Tapi jarang dia dapat lihat gadis itu tersenyum.Kalau senyum pun,senyuman tu bukan buatnya.Apalah nasib? Ada bini lawa tapi tak boleh pegang.Teringin juga dia nak cuit hidung mancung milik isterinya.Teringin juga dia nak menyentuh tangan Anyz.Lagi teringin dia nak mengucup kedua belah pipi dan dahi gadis itu.Tapi malangnya,
siapalah dirinya nak buat semua tu?Kalau pagi tadi berkemungkinan dia akan ditendang ke highway Karak dengan hanya menyakat gadis itu,ni kalau dia cium pipi Anyz dah tentu kena terajang sampai ke Laut China Selatan.Mana tahu kan?
Sudahnya,matanya terlelap jua dengan hanya merenung seluruh wajah isterinya.Tak dapat pegang pun tak apalah asalkan dapat tidur dekat-dekat.
"EH,nak pergi kelas dah ke?" Hayyaz menahan Anyz yang sudah pun berdiri di hadapan pintu utama.
"Dahlah ni.Tak nampak?" soal Anyz dengan pandangan jengkel.Rabun agaknya mata tu.
"Breakfast lah dulu.Penat saya masak",
"Breakfast? Roti bakar sapu Nutella awak tu? Tak apalah,saya tak nak.Terima kasih", Anyz tersenyum sumbing.Ada pulak suruh aku makan menu breakfast dia tu.Tolonglah.. tak sedap langsung.Lagi rela dia tak sarapan pagi.
" Hah,kebetulan apa yang awak cakap tu salah.Hari ni saya tak buat roti bakar sapu Nutella.Makanan lain", Hayyaz tersenyum.
Terangkat kening Anyz."Makanan lain? Apa dia?"
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romance"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...