JARUM jam menunjukkan angka 11.45 minit malam.Anyz masih pegun berada di ruang tamu rumah keluarga mentuanya.Orang lain semua dah tidur termasuk Hayyaz sendiri namun dia saja yang masih berjaga.Tak tahulah macam mana nak cakap tapi dia benar-benar takut nak masuk bilik.Bukan takut apa,takut nak berhadapan dengan suaminya.Lebih tepat lagi,takut nak terima kenyataan bahawa suaminya kini Seif Hayyaz.
Sepanjang hari tadi,dia tak rasa pun macam dia bersuamikan lelaki itu.Ye la,mana taknya kalau waktu dia bertembung dengan Hayyaz pun boleh dikira dengan jari je.Rumah ni kan besar,kalau nak masuk dapur tu boleh je lalu tempat lain selain dari laluan utama di ruang tamu.Kalau Hayyaz ada dekat ruang tamu pulak,dia selamba je buat-buat tak nampak lelaki tu walaupun dia tahu dia sedang diperhati.
Tapi sekarang,malam ini memang waktu yang tidak dapat dia elak lagi.Macam mana nak elak kalau pasal tidur ni? Takkan pulak dia nak tidur dekat ruang tamu? Nanti apa pulak lah kata keluarga mentuanya nanti.
Macam mana dia nak terima hakikat yang dia akan tidur satu bilik atau mungkin satu katil dengan Hayyaz,lelaki yang entah dari mana dan luar dalam pun dia tak tahu macam mana.Tahu-tahu je dah bergelar suaminya.Macam mana dia nak harung semua tu? Dahlah kena hadap muka dia lagi.Aih,pening pulak kepala dia fikir.Dia ada terfikir nak buat-buat tertidur atas sofa.Kononnya tak sedarlah yang dia tertidur.Tapi bila fikir balik,macam tak logik je.
Lepastu dia terfikir juga nak tidur dalam bilik yang sama dengan Hayyaz tapi dia akan tidur di bawah.Kalau setakat nak sebilik dengan Hayyaz dia boleh terima lagi tapi kalau nak tidur sekatil tu memang never!
Jujur dia kata kalau tengok dekat cermin sekarang ni,matanya ni dah mengalahkan panda.Atau mungkin beruang koala.Ikut mata memang dia mengantuk sangat! Tapi nak buat macam mana,terpaksa dia tahan seketika mata ni.
Dia dah buat keputusan,dia akan tidur sebilik dengan Hayyaz malam ini tapi dia akan masuk bilik bila Hayyaz dah tidur nanti.Rasanya Hayyaz mesti penat jadi mesti dia akan tidur awal punya.Tak lama lagi mesti dia tidur dan bolehlah dia masuk dan tidur dalam bilik tu.
"Anyz? Tak tidur lagi?", tegur seseorang dari belakang.
Ya,tak perlu berpaling pun dia dah tahu siapa.Walaupun Hayyaz dan Haffaz kembar seiras,namun intonasi suara mereka dapat dibezakan tanpa perlu memandang wajah kembar itu.
" Tak.Belum ngantuk lagi", bohong Anyz.Tipulah tak ngantuk kalau dah mata tu macam pontianak tercekik batu nisan je rupanya.
Haffaz duduk di sofa bertentangan.
"Tak ngantuk konon.Mata tu dah tak boleh nak bukak dah dikira tak ngantuk lagi namanya? Pukul sebelas malam tu memang waktu lena awak dah", ujar Haffaz tenang.Tiga tahun bersama Anyz cukup untuk buat dia mengenali gadis itu.
Anyz diam.Ye,ada betul kata Haffaz tu.
" Kenapa tak tidur kalau dah ngantuk? Perlu ke tahan mata tu?",
"Awak tanya saya,awak tu tak nak tidur ke? Dah lewat ni.Bukan ke awak dah masuk tidur tadi?", sengaja Anyz tidak menjawab pertanyaan Haffaz.
" Saya dahaga.Turun tadi nak ambil air tapi ternampak awak.Sudahlah tu,jangan ditahan matanya.Esok pagi sembap pulak nanti.Dah pergi masuk tidur.Hayyaz tu pun dah tidur tahu?",
"Kejap lagilah.Saya teman awak kat sini dulu ye?", Anyz tersenyum manja.Lama juga dia tak bermanja dengan Haffaz begini.
" Eh,nak buat apa? Tak payahlah.
Awak ni bukan tunang saya lagi tau.Sekarang awak ni isteri orang,dah ada suami nak kena uruskan itu ini.Tu.. Hayyaz tu yang sepatutnya awak teman.Apalah biarkan dia tidur seorang diri dalam bilik", omel Haffaz.Lembut saja bebelannya tapi entah kenapa kata-kata itu telah buat Anyz sedih.Dia sendiri tak tahu kenapa.
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romance"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...