BAB 30

6.1K 225 5
                                    

FAKHRUL tersenyum pada Anyz yang sedang melangkah ke arahnya.Jantungnya berdegup laju tidak semena-mena.Rindunya dia pada gadis itu.Sudah beberapa bulan dia menghilangkan diri dari Anyz.Sejak pertemuan kali terakhir mereka di kampus Anyz bersama Haffaz,dia tekad untuk melupakan Anyz.Tapi bila dia dapat tahu yang Haffaz sudah meninggal,dia fikir ini peluangnya untuk merebut gadis yang sudah lama bertakhta dalam hatinya.

Kali ini dia sudah bertekad,takkan afa sesiapa yang boleh merebut Anyz lagi darinya.Dia sudah hampir putus asa menanti cintanya ini berbalas jadi sekarang dia tidak akan pernah kenal erti putus asa lagi.Selagi Anyz tidak menjadi miliknya,selagi itu dia tidak akan ke mana-mana.Dulu dia dipintas oleh Haffaz tapi sekarang ini lelaki itu sudah tiada,Anyz sekarang ini sudah bebas.Dia bersimpati atas pemergian lelaki itu tapi dalam masa yang sama dia juga gembiraungkin sudah tiba waktunya Anyz jadi miliknya.

"Wah,kenapa kau makin handsome pulak ni?" usik Anyz bila dia duduk di hadapan Fakhrul.

"Aku? Laa.. baru kau tahu ke aku ni memang dah handsome?"

Anyz memutarkan matanya ke atas.Dah puji macam ni lah pulak.Ni yang malas nak kata apa ni.

"So,kau sihat tak ni? Macam makin sado je aku tengok.Berbulan tak nampak ni sebab kau busy study atau angkat besi?" Anyz memandang Fakhrul atas dan bawah.Ada beberapa perubahan yang dia lihat pada Fakhrul.

Pertama,lelaki ini semakin segak dan kemas.

Kedua,misai yang selalu berada di atas bibir Fakhrul selama ini sudah dicukur bersih.Nampak jambu sangat!

Ketiga,dada Fakhrul semakin bidang dan lengannya juga nampak berotot.Jelas sekali kawannya ini sudah digelar Abang Sado.

"Alang-alang,Anyz.Takkanlah 24 jam nak kena hadap buku je kan? Kena sawanlah aku macam tu.So,sambil-sambil tu aku pergilah gym.Hah,kau ni kenapa makin berseri je aku tengok?"

"Jadahnya makin berseri?" Anyz menggeleng perlahan.Fakhrul sudah sedia maklum tantang pemergian Haffaz.Beberapa minggu selepas Haffaz dikebumikan,dia sempat menelefon Fakhrul dan memaklumkan pada lelaki itu.

Cuma sekarang ini,apa yang Fakhrul masih tidak tahu ialah tentang statusnya kini.Sampai sekarang Fakhrul tidak tahu dia sudah berkahwin dengan Hayyaz dan Anyz tidak langsung terfikir untuk bagitahu.Baginya,rumah tangga dia dan Hayyaz akan berakhir tidak lama lagi jadi tak penting untuk lelaki itu tahu.

"Ye laa,orang lawa macam kau ni takkanlah tak jumpa pengganti arwah lagi kan?" usik Fakhrul.Sebenarnya ini memang soalan yang benar-benar dia ingin tanya pada Anyz.Takut benar dia jika Anyz sudah berpunya sekarang ini.

"Kau ingat sesenang tu je ke aku boleh lupakan arwah? Isy,dahlah.So,kau dah habis study kan sekarang ni? Dah kerja?"

"Kerja dekat office ayah aku je lah buat sementara waktu ni.Tapi aku tak minat sangat sebenarnya dengan bussines ni.Oh ya,alang-alang kau dah single ni,boleh tak kalau kita hangout sama-sama? Dulu nak ajak kau hangout pun asyik fikir pasal tunang je.Sekarang dah tak ada alasan kan?" Fakhrul menjongket sebelah kening.

"Ya,sure.No problem.Anytime kalau nak ajak lepak boleh call aku okey?" jawab Anyz yakin tanpa sikit pun memikirkan tentang Hayyaz,lelaki yang kini sudah bergelar suaminya.

Biarlah,Hayyaz sekadar suaminya saja.Lagipun mereka dah bersetuju untuk tidak mengambil tahu hal masing-masing.Jadi dia tidak perlu fikirkan tentang Hayyaz.Ya,sama sekali tidak.

DAHI berkerut memandang isterinya di hadapan.Televisyen dekat depan tapi mata sibuk pandang telefon dari tadi.Tersenyum-senyum sendiri pulak tu.Kena sawan ke apa?

"Eherm!" sengaja dia berdehem sekali.Cuba untuk menarik perhatian Anyz.

"Eherm!!" cubaan kali kedua.Tapi masih gagal mendapat perhatian Anyz.Mula timbul rasa curiga dalam benaknya sekarang ini.Siapalah agaknya yang sedang bermesej dengan Anyz sekarang ni? Dah pukul 12.45 tengah malam.Ada ke orang nak main phone lagi? Bukan ke waktu ini kebanyakan orang sedang merehatkan badan?

"Asyik main phone je.Mesej dengan siapa?" akhirnya soalan itu terluah juga dari bibirnya.

"Kawan", jawab Anyz sepatah.Mulut bergerak menjawab pertanyaan Hayyaz tapi mata masih maintain pada skrin sesentuh di hadapannya.

" Lelaki ke perempuan?"

Anyz pandang wajah Hayyaz."Perlu ke tahu? Lelaki atau perempuan,tu hak saya", jawabnya tegas.

"Saya cuma nak tahu je.Dari petang tadi lagi saya tengok awak asyik berkepit je dengan telefon tu?
Sekarang ni dah lewat malam dah.Tutuplah dulu phone tu,pergi masuk tidur.Esok ada kelas lagi", tegur Hayyaz dengan raut wajah serius.Keluar sudah perangai sebenarnya.

" Awak ni kecohlah! Isy!" kaki dihentak kuat tanda protes sebelum naik ke tingkat atas.Sakit pulak hati dia ni.Orang tak kacau dia pun tapi tiba-tiba je nak complain itu ini.Dia nak mesej dengan siapa dan pukul berapa sekali pun,apa hak lelaki tu nak ambil tahu? Isy,menyampah!

Pagi keesokkan hari,sewaktu Hayyaz baru saja turun ke ruang tamu,dia dengar daun pintu ditutup.Dia tahu itu pasti Anyz tapi masih awal lagi untuk pergi ke kelas? Entah macam mana dia boleh tergerak hati untuk mengintai isterinya disebalik langsir yang masih tertutup.

Pandangannya kurang jelas tapi dapat dia lihat sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam berhenti di hadapan pagar rumahnya.Cermin tingkap belah pemandu diturunkan dan dapat dia lihat seorang lelaki berkaca mata hitam sedang tersenyum buat Anyz yang sedang menutup pagar.

Jadi.. pagi ini Anyz pergi ke kelas dengan lelaki itu? Tapi kenapa? Bukan dia tak izinkan Anyz pergi tapi kenapa Anyz tak minta kebenarannya terlebih dahulu?

Entah siapalah lelaki tu,dia sendiri pun tak kenal.

Dan sewaktu di kampus pula,ketika Hayyaz sedang duduk di cafe sementara menunggu kelasnya pada tengahari itu,dia nampak Anyz bersama Yuyu melalui hadapan cafe.Mereka berbual seketika sebelum Anyz terkocoh-kocoh pergi ke arah sebuah kereta yang baru saja memasuki kawasan kampus.
Diperhati dari jauh kereta tersebut.

Honda Accord!

Makin tajam pandangan Hayyaz.
Rasa cemburu dan curiga semuanya bercampur baur dalam benaknya.
Kebetulan pula waktu itu Yuyu memasuki ruang cafe.Terlopong seketika gadis itu bila melihat Hayyaz yang sedang merenungnya tajam demgan sebuah pandangan yang dia sendiri tak dapat tafsirkan.

"JADI,siapa lelaki tu?"

"Nama dia Fakhrul.Dia kawan Anyz dari zaman sekolah lagi.Dia orang memang rapat tapi beberapa bulan lepas dia orang terpisah sekejap.
Kelmarin baru dia orang jumpa balik.Tapi.. Fakhrul ada simpan perasaan pada Anyz.Dari zaman sekolah lagi tapi dia belum bersedia nak luahkan", Yuyu membuka cerita.

Hayyaz hanya diam.Tak tahu nak buat reaksi yang bagaimana.

"Cuma saya terkilan dengan perangai Anyz.Dia cakap dengan saya yang dia dah bagitahu dekat awak pasal Fakhrul.Saya ada jugak tegur dia sebab dah banyak kali sangat dia datang dan balik dari kampus dengan Fakhrul.Kadang-kadang selalu lepak sampai malam.Tapi bila dia cakap awak izinkan,saya tak berani nak kata apalah.Rupanya awak langsung tak tahu"

Hayyaz menghela nafas.Memang betul sejak Anyz berjumpa dengan Fakhrul,isterinya itu selalu sangat pulang lewat ke rumah.Sangkanya Anyz mungkin ada tugasan yang perlu disiapkan.Lagi pula Anyz tak pernah bagitahu dia nak keluar dengan siapa,balik pukul berapa dan berada di mana.

Sudah beberapa hari dia lihat perangai Anyz berubah agresif seperti ini.Dia sebagai suami sudah tentu tidal boleh berdiam diri.Anyz itu isterinya dan haknya!

Sehinggalah suatu malam..

*Kita dah mula nak ke konflik dan konflik dan konflik.. cukup² lah tu Hayyaz baik selama nii😝

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang