HAFFAZ terbatuk-batuk di dalam biliknya.Perit terasa tekaknya saat ini.Kepalanya juga begitu sakit.Berpinar-pinar pandangan matanya.Botol ubat yang berada di dalam laci dj sebelahnya dikeluarkan lalu beberapa biji ubat ditelan ke dalam mulut.Hanya ini saja yang mampu dilakukan untuk melawan penyakit yang dialami sekarang ini.Dia tak nak menjalani pembedahan dan perkara itu memang tak akan pernah terjadi!
Cukuplah dia berulang-alik ke hospital dari kecil sampai besar.Sekarang ini dia mahu bebas.Dia tidak mahu lagi berurusan dengan hospital.Dia mahu hidup bebas seperti Hayyaz dan orang lain.Itu saja impiannya.
Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk dari luar.Dalam suara yang lemah dan perlahan,dia mengarahkan orang di luar sana masuk ke dalam biliknya.Tak larat dia nak bangun dan membuka pintu itu.
"Faz?",
" Yaz,masuklah..", arahnya perlahan.Dia menyandar pada kepala katil dan hanya memandang abangnya yang sedang melangkah mendekatinya.Lelaki itu mengambil tempat di birai katil.
"Kau okay tak ni? Dari bilik sebelah lagi aku dengar kau terbatuk-batuk.Kau tak sihat ke?", soal Hayyaz sedikit risau.Kemain kuat lagi dia dengar Haffaz batuk.Risau dia jadinya.Tu yang dia terus datang ke sini.
" Sihat je.. tapi entahlah.Mungkin aku nak demam agaknya ni.Pedih tekak sikit", ujar Haffaz.Dia mengoles senyuman kecil.
"Takkanlah sebab nak demam aje? Teruk tau aku dengar kau batuk.Semalam okay aje.Tu.. muka tu bukan main pucat lagi.Jomlah aku bawa kau pergi klinik", tegas Hayyaz.
Haffaz pula tertawa kecil.Dia tahu dalam kekerasan Hayyaz melayan perempuan,tapi jauh di sudut hatinya dia seorang lelaki yang sangat baik.Dia bersyukur kerana mempunyai abang sebaik Hayyaz.Dari dia kecil sampai sekarang,Hayyaz selalu ambil berat tentangnya.Walaupun ketika lelaki itu berada di Melbourne,dia sangka Hayyaz sudah melupakannya tapi siapa sangka yang rupanya Hayyaz selalu bertanya khabarnya melalui ibu dan ayah.
Bertuah siapa yang dapat mempersuamikan abangnya ini.Dia jamin gadis itu pasti akan bahagia.
" Aku okaylah.Alaa.. esok lusa baik lah ni.Batuk sikit je ni.Uhuk! Uhuk!",
"Isy,kau ni.Aku bukan apa,aku cuma risau je.Kau ni bukannya sihat sangat.Takut aku kalau penyakit kau tu datang balik.Kau dah makan ubat belum?",
" Dah..",
"Hm,tapi kalau dalam masa dua hari ni kau tak elok lagi,aku heret kau pergi klinik,faham?! Em,dah lewat dah ni.Pergi tidur", tegas Hayyaz.Walaupun Haffaz sebaya dengannya,namun dia tetap menganggap Haffaz sebagai adik lelakinya yang masih kecil.
" Isy,yelaa.. yelaaa.Cubalah jangan garang sangat.Macam mana nak kahwin kalau macam ni,hm?",
"Aku takkan kahwin selagi kau tak kahwin.Dah! Dah! tidur cepat", Hayyaz berdiri di tepi katil.Baru dia hendak melangkah,kakinya tersepak botol ubat yang dimakan oleh Haffaz tadi.Botol tersebut diambil untuk diletak semula di atas laci namun matanya menangkap sesuatu.Sesuatu yang membuatkan detak jantungnya seakan terhenti buat seketika.
Dia membaca tulisan yang terpapar pada botol ubat tersebut.
Brain tumour
"Faz.. ap.. apa benda ni?", botol ubat tersebut ditunjukkan pada Haffaz.Tergamam lelaki itu buat seketika.
" Yaz... ak.. aku.. tu..", Haffaz mengigit bibir.Dia mengutuk dirinya dalam hati.Macam mana dia boleh terlupa nak sorokkan botol ubat tu tadi?
"Aku tanya kau ni apa?!",
" Er.. tu... ",
" Brain tumour? Apa yang kau sorokkan dari aku sebenarnya ni Faz? Kau sakit apa?",
KAMU SEDANG MEMBACA
Seif Hayyaz ✔
Romance"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan n...