BAB 41

7.7K 273 44
                                    

PERANG dingin antara Anyz dan Hayyaz berterusan selama beberapa minggu lagi.Anyz pun sudah mati akal untuk memujuk lelaki itu.Macam-macam sudah dia buat tapi layanan Hayyaz masih sama.Beku dan kaku.Boleh dikira dengan jari je berapa patah perkataan yang Hayyaz keluarkan dalam sehari.

"Okey."

"Hmm."

"Entah."

"Tak."

Tu je la perkataan yang selalu Hayyaz guna.Senyum pulak? Ya Allah.Susah teramat nak tengok.Bukan susah tapi memang tak dapat tengok langsung.
Hayyaz pun kadang-kadang dalam seminggu,pasti ada sehari atau dua hari dia tak balik rumah.Tidur kat mana,dia tak tahulah pulak.Bukan tak tanya tapi persoalannya langsung tak dijawab.Jadi malas lagi dia nak menyakitkan hati sendiri.

Tapi dia tahu mungkin Hayyaz balik rumah ibu.Atau mungkin tidur di rumah kawan? atau hotel? entahlah dia malas dah nak fikir.

Jujur sebenarnya dia lagi rela dengar Hayyaz membebel seumur hidupnya daripada lelaki itu terus berdingin macam ni.Tak tenteram hidupnya.Dia tinggal satu rumah dengan Hayyaz tapi ibarat tinggal dengan patung lilin Hayyaz saja.Hayyaz ada atau tiada di rumah,tak ada beza pun.

Waktu makan,dia turun sekejap saja.Jamah sikit daripada masakannya kemudian menghilang dalam bilik.Turun pun waktu nak pergi solat terawih dan pergi kelas.Sahur pula? Hayyaz akan bagun sahur dulu.Awal-awal lagi lelaki itu bangun dan makan terlebih dahulu jadi waktu dia pula bangun sahur,mereka tidak bertembung.

Dia pun tak tahulah sampai bila nak jadi macam ni.Sungguh,rasa rindu mula mencengkam hatinya.

Dan pada pagi itu,Anyz sudah tidak mahu fikir tentang masalah rumah tangganya lagi.Serabut kepalanya.Lagi pula sejak beberapa hari yang lepas,kepalanya ni kerap sangat berdenyut.Tekaknya pula selalu sangat rasa mual.Dia pun tak tahulah kenapa.

Seusai solat Subuh,Anyz duduk seketika di sofa ruang tamu.Tekaknya kembali terasa loya.Diurut perlahan dadanya tapi semakin menjadi-jadi pula rasa loya tersebut datang.Untuk seketika,dia tak dapat menahan rasa loya tersebut dan terus berlari ke dapur.Dikeluarkan segala isi perutnya ketika bersahur tadi.Nasib baiklah dia makan sikit saja.Kalau tak mahu dengan anak tekaknya sekali terkeluar.

Hayyaz yang turut berada di dapur itu,terkejut melihat Anyz yang tiba-tiba saja meluru ke sinki dan muntah-muntah.Mahu dia mendekati isterinya tapi egonya menghalang.
Sudahnya dia hanya melihat saja Anyz yang masih sedang mengeluarkan isi perutnya itu tanpa sebarang reaksi.

Anyz mengelap mulutnya dengan tapak tangan.Dah selalu sangat dia macam ni.Muntah-muntah tak kira masa.Dah jemu dah pun dengan rutinnya begini.Cuma pagi ini,perutnya terasa lain macam saja.Sakit yang pedih begitu.Nak kata senggugut? Dia dah lama tak datang period.

Hm,mungkin sebab sejak beberapa hari ini,dia jarang makan.Sama ada berbuka atau sahur memang tak makan.Tak ada selera.Paling-paling pun dia cuma minum seteguk air saja.

Rambutnya yang tidak terurus itu diikat satu.Ketika dia menoleh ke belakang,dia lihat Hayyaz sedang memandang ke arahnya.Emtah sejak bila doa dekat situ pun dia tak perasan.Dia nak tegur Hayyaz,tapi tekaknya tak mengizinkan.Takut kalau dia bercakap,terkeluar balik isi perutnya ni.

Ketika dia lalu di sebelah Hayyaz untuk ke ruang tamu,tangannya dipegang oleh lelaki itu.Tapi sekejap saja sebelum tangannya dilepaskan kembali.Dia lihat wajah Hayyaz lama.
Lelaki itu mengerling jam di dinding dapur,kemudian dia bergerak ke peti sejuk.Dibuka dan diambil sesuatu dah dihulurkan pada Anyz.

Paket jeruk mangga disambut oleh Anyz.

"Makan jeruk tu.Hilanglah sikit rasa loya tu nanti.Lain kali waktu makan tu makan banyak sikit", ujar Hayyaz mendatar dengan wajah beku.Dia kemudiannya meninggalkan Anyz sendirian di dapur.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang