Adiya Ar-Rayyan
AKAD nikah pada pagi itu berjalan dengan lancar.Malangnya majlis ini tidak seperti majlis akad nikah orang lain.Pengantin perempuannya enggan turun dan hanya berkurung di bilik hotel.Namun kali ni Tan sri Razak memang tidak memaksa Farah untuk turut berada di dalam majlis itu.
Selepas bersalam-salaman sesama ahli keluarga,Rayyan keluar dari dewan itu dan menuju ke bilik yang ditempatkan Farah.Mujur pihak hotel beri Spare card untuk akses bilik itu.Kalau tak,harap Farah buka pintu tahun depan baru terbuka.
Tit tit!
Kedengaran bunyi akses pintu.Farah mengesat air matanya dan memandang manusia yang berani masuk ke biliknya.Rayyan!!Arghhh!
Tajam mata Farah mencerlung ke arah Rayyan."what the hell are you doing here pervert?!!Get the fu*k out of my room !!" Rayyan hanya tersenyum melihat respon Farah.Entah apa yang lucunya.Dia pun berjalan menuju ke arah farah yang kaku berdiri di situ.Terus diciumnya dahi Farah.Wudhuknya sudah batal tadi sewaktu bersalam dengan ahli keluarganya.
Merona merah macam cili muka farah bukan sebab malu atau terharu,tapi lagi teruk.Amarahnya membuak-buak melihat wajah kacak milik Rayyan itu hanya tersenyum.
Pakk!
Satu tamparan hinggap di pipi Rayyan.Rayyan memegang pipinya yang mula memerah akibat tamparan itu.Dadanya terasa panas.Tapi ditahannya sahaja marahnya itu.Senyum lagi.
"Sayang dah breakfast?Kalau belum jomlah turun...Banyak saudara mara kat dewan tu." Rayyan cuba menarik tangan farah namun farah segera menepis tangan rayyan.
"Look Rayyan.I hate you so so so much more than I hate my dad.Jangan ingat I akan terima you sebagai suami I." Farah kemudiannya berlalu pergi dan melanggar bahu Rayyan.
Rayyan tersenyum lagi.Dia bersyukur at least farah nak turun meskipun respon farah itu langsung tidak memberangsangkan.Sabar Rayyan Sabar.
YOU ARE READING
my dear, Mr hubby | √
RomanceSangkaannya selama ini tak seindah namanya.Ain Sharmiela,sanggup buat apa sahaja demi suaminya.Namun,sangkaannya serong apabila suatu kejadian tidak disangkakan menimpa rumah tangga mereka. Seorang yang penyayang terutama apabila bersama isterinya.T...