01 + First Of All

8.5K 620 77
                                    

Aku masuk ke dalam rumah baru aku dan Taehyung. Ya, dia lepas perkahwinan tu terus meminta aku pergi ke rumah ini seorang diri. Dengan kereta yang baru dibelinya.

"Yes, dah tamat", aku tersenyum melihat kecomelan Kim Taehyung di sebelah aku.

"Jom balik, Tae", aku menyilangkan tangan aku pada tangannya. Dia memandang aku. Dan, aku dapat kesan kejijikan dalam pandangannya itu. Apa...maksud pandangan ni?

"Lepaslah. Kau ingat satu benda. Kau jangan nak ingat kau boleh sesuka hati nak pegang aku. Aku x pernah suka kau. Ni mama yang paksa aku kahwin dengan perempuan x tau dia kutip dari mana. Sawan maybe sampai tetiba nak suruh aku kahwin dengan perempuan sampah macam kau ni. Kau pon tahu pasal benda gila ni kan? So, please behave. Jangan berlagak kau dah kahwin dengan lelaki pewaris syarikat terbesar korea kau boleh bangga. No, kau hanya isteri atas kertas iaitu ISTERI PALSU aku", dia berkata sambil menekan perkataan 'isteri palsu' itu.

Prankkkk!!!

Hati aku bagaikan kaca yang pecah berderai di atas lantai. Ya Tuhan. Kebahagiaan yang aku fikir aku dah kecapi selepas menghadapi kesukaran dalam hidup yang yang dulunya tiada ibu bapa dan miskin lesap setelah mendengar gelaran yang diberikan oleh suami sendiri kepadaku.

Aku nampak Taehyung berjalan ke arah keretanya.

"Awak nak pergi mana?"

"Aku nak pergi mana bukan urusan kau. Sekarang kau balik rumah pastu duduk diam-diam dalam bilik kau yang pintu bilik warna merah. Kau jangan berani masuk bilik aku yang pintu warna hitam. Kalau aku tahu kau berbuat demikian, siap kau", Taehyung terus masuk ke dalam keretanya dan terus meluncur laju meninggalkan aku di depan dewan perkahwinan kami.

Aku masuk ke dalam bilik yang pintunya berwarna merah. Badan aku hempaskan atas katil yang empuk di dalam bilik itu.

Ibu bapa aku meninggalkan aku sejak kemalangan yang menimpa keluarga aku dan ketika itu, hanya aku yang terselamat. Aku sara diri aku sendiri sehinggalah aku kenal dengan Puan Kim. Dia baik dan banyak bantu aku.

"Yeora, duduk sini sekejap", Puan Kim menepuk kerusi di sebelahnya yang kosong. Ketika itu, ada Taehyung dan juga Tuan Kim.

"Errr, ok", aku hanya akur. Aku duduk di sebelah Puan Kim iaitu di hadapan Taehyung. Aku menunduk malu.

"Aunty dengan Uncle dah buat keputusan", aku memandang Puan Kim yang baru mula berbicara. Taehyung hanya setia dengan telefonnya.

"Aunty dengan uncle nak kahwinkan kamu dengan Taehyung"

"Pfffttt", Taehyung tersedak air liur selepas mendengar penjelasan mamanya.

"Tiada bantahan dan aunty nak kamu berdua bersiap kerana majlis tu akan berlangsung dua minggu dari sekarang", Puan Kim memandang anaknya tajam.

"Tapi, ma..."

"Oppp!! Tiada bantahan. No no no", Puan Kim menggoyangkan jari telunjuknya.

Taehyung mengeluh. Aku...terkesima. Aku...happy. Aku...seronok.

Aku mengeluh perlahan. Dah x boleh buat apa. Ni permintaan Puan Kim. And, aku pon sayangkan Kim Taehyung. Inilah impian aku. Jadi, inilah takdir kami berdua. Sebagai suami isteri. Walaupun, aku hanyalah isteri palsu kepada Kim Taehyung.

•••

Weee... X tau best ke x. Tapi, chap ni banyak intro tentang macam mana diorang kahwin..bla bla bla...next chap akan bermulanya kekejaman Taehyung...😈 Sila bersedia

Happy iftaq noh💞

Eeee, x posa😝😝 jgn terliur😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eeee, x posa😝😝 jgn terliur😂

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now